Selasa, 11 Jun 2019

Sumareh tamatkan kemarau gol


MOHAMADOU SUMAREH
MOHAMADOU SUMAREH
11 Jun 2019 9:36 PM

KUALA LUMPUR - Selepas mengharungi lapan perlawanan tanpa gol, Mohamadou Sumareh akhirnya menamatkan kemarau dengan meledak jaringan pertamanya dalam tempoh lapan bulan ketika membantu Harimau Malaya mendahului Timor Leste 3-0 pada babak pertama playoff kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Pemain naturalisasi pertama Malaysia meledak gol ketiga pasukan negara pada minit ke-37 dalam perlawanan yang menyaksikan anak-anak buah Tan Cheng Hoe menguasai sebahagian besar permainan.


Terdahulu, penyerang Perak, Shahrel Fikri Md Fauzi meletakkan pasukan negara di depan menerusi dua jaringan pada minit ke-11 dan 17.

Timor Leste yang kalah 1-7 dalam aksi pertama, Jumaat lalu dihadiahkan sepakan penalti, namun ditangkap mudah oleh penjaga gol, Ifwat Akmal Chek Kassim. – sumber UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan