BERNAMA | 05
Jun 2019
KUALA LUMPUR –
Sambutan Aidilfitri dan cuaca hujan tidak melemahkan semangat skuad Harimau
Malaya untuk meneruskan latihan menjelang aksi pusingan pertama Kelayakan Piala
Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Timor Leste.
Ketika umat
islam dan rakyat Malaysia meraikan 1 Syawal dan cuti umum, skuad Harimau Malaya
pula sedang gigih membuat persiapan untuk dua perlawan 'play-off’menentang
Timor Leste di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini pada Jumaat ini dan Selasa
depan.
Selain suasana
perayaan, para pemain juga terpaksa mengawal pengambilan makanan untuk menjaga
kecergasan mereka.
Skuad
kendalian Tan Cheng Hoe, yang mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Nepal di venue
yang sama Ahad lalu, kembali meneruskan latihan hari ini, selepas meluangkan
masa bersama keluarga selama dua hari.
Malaysia, yang
menduduki ranking ke-168 dunia, perlu mencatatkan kemenangan agregat ke atas
Timor Leste untuk mara ke pusingan kedua kempen kelayakan itu, yang bakal
menyaksikan pertembungan antara 40 pasukan terbaik Asia untuk memburu tiket
kelayakan ke Piala Dunia 2022 di Qatar dan Piala Asia 2023 di China.
Antara pemain
yang turun padang adalah pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh,
Safawi Rasid, Akhyar Rashid, Syamer Kutty Abba serta La’Vere Corbin-Ong.
Bagi Safawi,
pengorbanan yang dilakukan itu bukan satu perkara yang mustahil demi tanggungjawab
terhadap negara.
"Tahun
ini saya tak makan lemang dan rendang sebab saya tahu sebagai pemain
profesional, saya ada tanggungjawab terhadap negara dan tahu apa yang perlu
dimakan. Pagi tadi saya hanya makan sedikit nasi minyak ketika beraya bersama
keluarga di Terengganu.
"Bagi
saya tiada masalah kerana perlawanan ini sangat penting buat pasukan dan kami
harus mendapatkan kemenangan. Kita tidak boleh mengambil mudah Timor Leste,
perlu beri fokus 100 peratus.
"Jadi,
kita kena lupakan Hari Raya buat seketika dan fokus pada persiapan. Hari Raya
boleh disambut setiap tahun, tapi kelayakan ini hanya empat tahun sekali,"
katanya ketika ditemui pada sesi latihan skuad kebangsaan di Majlis Sukan
Negara (MSN) Bukit Jalil, di sini, hari ini.
Memandangkan
kedua-dua perlawanan itu terpaksa dilangsungkan pada musim perayaan kerana
kalendar FIFA, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberikan promosi tiket
beli satu percuma satu kepada penyokong, di mana tiket dijual pada harga RM30
untuk tempat duduk biasa, RM50 bagi grandstand dan RM5 bagi kanak-kanak. -
Bernama
Artikel Penuh
: https://www.sinarharian.com.my/article/31400/BERITA/Sukan/Harimau-Malaya-sambung-latihan-pada-Aidilfitri©
2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan