MyMetroArena
Firdaus Hashim
firdaushashim@nstp.com.my
JURULATIH Nepal, Johan Kalin mengakui Malaysia jauh lebih kuat berbanding pasukannya selepas tumpas 2-0 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.
Beliau yang berasal dari Sweden berkata, tempoh 20 minit awal permainan babak pertama adalah tempoh paling sukar sepanjang kariernya bergelar jurulatih apabila anak didiknya ditekan dari setiap sudut oleh barisan serangan Harimau Malaya.
"Kami cuba menyerap tekanan dan cuba kembali ke dalam permainan.
Tempoh 10-20 minit menyaksikan pemain saya hilang arah dan ada masalah dengan padang.
"Kami tak dapat kawal bola dengan baik hingga akhirnya melepaskan dua gol menerusi situasi bola mati.
Kalin (kiri) bersama kapten Nepal, Biraj Maharjan. FOTO BERNAMA
Berdasarkan aksi mereka, Malaysia memang layak untuk menang malam tadi.
"Pemain sudah berikan yang terbaik tetapi Malaysia ternyata skuad lebih handal daripada kami.
Apa yang boleh saya simpulkan, Malaysia terlalu kuat bagi kami," katanya pada sidang media, semalam.
Malaysia yang dalam fasa terakhir sebelum turun menentang Timor Leste dalam pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 Jumaat ini hampir dikejutkan Nepal yang juga sedang mempersiapkan pasukan untuk aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia.
Untuk rekod Nepal yang berada di ranking ke-161 dunia berjaya mengelak beraksi di pusingan pertama berbanding skuad kendalian Tan Cheng Hoe yang sekadar di tangga ke-168, sekaligus gagal berada dalam kelompok 34 pasukan teratas Asia yang meraih tiket automatik ke peringkat kedua.
Dalam pertemuan itu, skuad Harimau Malaya mempamerkan aksi turun naik apabila hanya berjaya menembusi gawang Nepal pada babak kedua menerusi sepakan penalti Safawi Rasid pada m-50 dan Shahrul Saad m-82.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Jun 2019 @ 4:33 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan