Isnin, 29 September 2014

Dollah pening pilih 22 pemain terbaik

WARTAWAN SINAR HARIAN
26 September 2014
Aksi Safiq Rahim ketika perlawanan persahabatan menentang Terengganu.
Aksi Safiq Rahim ketika perlawanan persahabatan menentang Terengganu. Aksi Safiq Rahim ketika perlawanan persahabatan menentang Terengganu.

MESKIPUN sudah mempunyai bayangan 22 pemain bagi menyarung jersi kebangsaan, namun pengendalinya, Dollah Salleh belum bersedia mengumumkan senarai skuad Harimau Malaya sehingga 6 Oktober.

Menurutnya, keputusan itu dibuat setelah mendapati ramai dalam kalangan pemain yang diturunkan pada aksi perlawanan amal bertemu Terengganu kelmarin, mempamerkan prestasi luar biasa dalam merebut slot skuad kebangsaan menghadapi Piala Suzuki AFF 2014 di Singapura November depan.

“Walaupun keadaan ini sedikit memeningkan saya, tetapi saya lihat ia satu petanda positif buat pasukan apabila rata-rata pemain berjaya membuktikan kebolehan sebenar.

“Kalau di bahagian serangan, saya tidak mempunyai masalah kerana kita sudah kenal pasti siapa mereka, tetapi kita berkemungkinan akan membuat sedikit rombakan di bahagian tengah kerana saya lihat hampir kesemua pemain di posisi ini mampu beraksi dengan baik,” katanya ketika ditemui sejurus tamat perlawanan itu.

Mengulas perlawanan amal itu, bekas ketua jurulatih Pahang itu mengakui kehadiran skuad kebangsaan ke Terengganu tidak sia-sia apabila berjaya menguji kesemua pemainnya sepanjang permainan berlangsung.

“Secara keseluruhannya selepas kita mengharungi tiga perlawanan ketika bertemu Indonesia, Kemboja dan Terengganu, saya cukup berpuas hati dengan prestasi pemain.

“Jadi selepas kita mengumumkan 22 pemain itu nanti, barulah saya akan terus memberi perhatian terhadap skuad Harimau Malaya termasuk menetapkan formasi pasukan,” katanya.

Pada perlawanan amal itu, skuad Harimau Malaya terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Safiq Rahim pada minit ke-31 hasil lorongan cantik Joseph Kalang Tie.

Empat minit berselang, skuad bimbingan Dollah Salleh berjaya melebarkan kedudukan menerusi gol kedua hasil jaringan benteng pertahanan, Mohd Azmi Muslim.

Begitu pun kem tuan rumah memberi tentangan sengit merapatkan jurang gol melalui sepakan penalti yang disempurnakan dengan kemas Ismail Faruqi pada minit ke-38 dan Mohd Ashaari Shamsuddin menceriakan penyokong Terengganu apabila menjaringkan gol penyamaan lima minit selepas itu (minit 43).

Selang dua minit, Mohd Faiz Subri kembali menggamatkan stadium setelah membawa Terengganu di depan dengan gol ketiga.

Namun kegembiraan tuan rumah tidak kekal lama apabila pasukan kedua Dollah Salleh mengikat kedudukan menerusi Mohd Badri Radzi pada minit ke-54, manakala penyerang kelahiran Terengganu, Abdul Manaf Mamat menghadiahkan gol kemenangan Harimau Malaya empat minit selepas itu.


Sumber-Sinar Harian online 26.9.14

Rabu, 24 September 2014

Tuntut aksi terbaik

Tuntut aksi terbaik
Oleh Faizul Azlan Razak

Kuala Terengganu: Pengendali Harimau Malaya, Dollah Salleh menuntut semua 27 pemain yang akan menentang Terengganu dalam aksi persahabatan amal malam ini supaya memberikan persembahan terbaik.

Menurutnya, biarpun hanya perlawanan amal untuk mengutip kutipan derma, semua pemain harus menyajikan aksi terbaik mereka di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah untuk disenaraikan dalam 22 pemain terakhir bagi menghadapi Piala Suzuki AFF 2014 di Singapura, pada November.
“Saya mengakui sudah ada bayangan 22 pemain, namun perlu tunggu hingga malam esok kerana semua 27 pemain yang ada dalam skuad ini berpeluang disenaraikan kerana semua mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing,” katanya, semalam.

Dollah berkata, beliau akan menumpukan latihan penuh selepas senarai 22 pemain itu diumumkan kerana tidak memiliki banyak masa untuk menyiapkan diri bagi menghadapi temasya dwitahunan itu.
Foto
KEM latihan pusat Piala Suzuki AFF bermula 6 Oktober.

Kem latihan pusat Piala Suzuki AFF bermula pada 6 Oktober.
Pada perlawanan bertemu skuad bimbingan Abdul Rahman Ibrahim, Dollah merancang untuk menurunkan semua pemain kecuali Mohd Hafiz Kamal dan R Gopinathan yang cedera.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/24
Sumber-

Artikel ini disiarkan MYMETRO pada : 2014/09/24

Sabtu, 20 September 2014

KEPUTUSAN MASA PERTAMA PERLAWANAN PERSAHABATAN MALAYSIA 2-0 KEMBOJA

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
m-7 Joseph Kalang Tie
m-  gs
PEMAIN MALAYSIA
22 KHAIRUL FAHMI CHE MAT
03 RONNY HARUN
04 ASRARUDDIN PUTRA
06 FAKHRI SAARANI
08 SAFIQ RAHIM-K
13 INDRA PUTRA MAHAYUDDIN
15 JOSEPH KALANG
16 S.KUNALAN
18 ABDUL MANAF
21 HAFIZ KAMAL
24 RAZMAN ROSLAN

Senarai pemain bola sepak Malaysia ke Sukan Asia 2014


No
Nama pemain
01
Mohd Farhan Abu Bakar
03
Shahrul Saad
04
Brendan Gan Seng Ling
05
Ashri ChuChu
06
Ahmad Hazwan Bakri
07
Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak (C)
08
Saiful Ridzuwan Selamat
10
Mohd Norfarhan Muhammad
12
Gary Steven Robbat
14
Amirul Hisyam Awang Kechik
15
Junior Eldstal
16
Zubir Azmi
17
Fandi Othman
20
Azrif Nasrulhaq Badrul Hashim
21
Nazirul Naim Che Hashim
22
Izham Tarmizi Roslan
24
Amer Saidin
25
Ferris Danial Mat Nasir
27
Fadhli Shas
31
Nazmi Faiz Mansor.


Sumber- http://malaysiafootball-dimos.blogspot.com

Selasa, 16 September 2014

KAPS PEMAIN MALAYSIA SELEPAS PERLAWANAN PERSAHABATAN MENENTANG INDONESIA 14.9.2014

OLEH-AHMAD YAAKOB

NO
NAMA PEMAIN
KAPS
GOL
01
FARIZAL MARLIAS
24
0
02
MOHD AFIF AMIRUDIN
01
0
03
RONNY HARUN
07
0
04
ASRARUDIN PUTRA OMAR
33
0
05
MOHD BUNYAMIN OMAR
27
01
06
ZAIRUL FITREE ISHAK
00
0
07
AHMAD FAKRI SAARANI
25
02
08
SHAFIQ RAHIM
49
08
09
NORSAHRUL IDLAN TALAHA
41
05
10
SAFEE SALI
59
21
11
AZMI MUSLIM
20
0
12
SHUKOR ADAN
45
03
13
INDRAPUTRA MAHAYUDDIN
42
15
14
R.GOPINATHAN
05
0
15
JOSEPH KALANG TIE
02
0
16
S.KUNALAN
48
0
17
MOHD AMRI YAHYA
30
6
19
AZAMUDDIN AKIL
21
4
20
BOBBY GONZALES
03
0
21
MOHD HAFIZ KAMAL
02
0
22
KHAIRUL FAHMI CHE MAT
23
0
23
BADROL BAKHTIAR
27
3
24
MUSLIM AHMAD
20
0
25
AHMAD  EZRIE SHAFIZIE SAZALI
01
0
28
AZIZON KADIR
11
0

Isnin, 15 September 2014

Harimau Malaya banyak kelemahan


IZATTY NURUL AMIRA SUHAIMI
16 September 2014
Safee Sali masih mendapat kepercayaan Dollah Salleh untuk disenaraikan dalam skuad Harimau Malaya.
Safee Sali masih mendapat kepercayaan Dollah Salleh untuk disenaraikan dalam skuad Harimau Malaya. Safee Sali masih mendapat kepercayaan Dollah Salleh untuk disenaraikan dalam skuad Harimau Malaya.

KEKALAHAN pasukan kebangsaan dalam perlawanan persahabatan menentang Indonesia kelmarin, menunjukkan skuad negara memerlukan penambahbaikan bagi menghadapi kempen Piala AFF 2014 November ini.

Bekas pemain bola sepak negara era 80-an, Khalid Ali ketika diminta mengulas aksi Harimau Malaya dalam perlawanan tersebut berkata, masih terdapat banyak kelemahan dan kesilapan yang dilakukan oleh pemain negara.

“Kita dapat lihat terdapat kelemahan seperti hantaran bola, serta kesilapan ketika cubaan menyelamatkan gol. Malah peletakan posisi pemain juga masih lemah. 

Bagaimanapun, Khalid percaya dengan kemampuan pengendali skuad negara, Dollah Salleh untuk memastikan anak-anak buahnya betul-betul bersedia menjelang Piala AFF nanti.
“Saya harap Dollah mampu mengeluarkan idea bernas untuk memantapkan lagi pasukan negara berdasarkan pengalaman berdepan Indonesia ini.

“Kita masih ada lebih kurang sebulan sebelum Piala AFF, mungkin Dollah sedang mencari-cari gandingan terbaik untuk diturunkan dalam kejohanan itu nanti,” katanya.

Khalid  memberitahu, persefahaman dan kerjasama dalam pasukan masih kurang menyebabkan lawan mudah mengambil peluang. Selain gandingan antara pemain yang dilihat tidak menjadi sepanjang perlawanan tersebut.

“Strategi yang digunakan masih meragukan, tapi ini mungkin salah satu eksperimen jurulatih dalam mencari pemain terbaik untuk diturunkan semasa Piala AFF nanti,” katanya.

Menurutnya, kehadiran pemain senior juga tidak banyak membantu walaupun pemain yang diturunkan dalam perlawanan kelmarin merupakan pemain terbaik dalam Liga Super dan Piala Malaysia.

Jelas Khalid, kelemahan paling nyata dalam skuad negara ialah dari segi kecergasan pemain.

Katanya, perlawanan melibatkan negara luar merupakan perlawanan tahap antarabangsa yang memerlukan pemain mempunyai tahap kecergasan tinggi supaya mampu bersaing.

“Dalam perlawanan ini kita dapat lihat tahap kecergasan pemain negara masih kurang baik berbanding pemain Indonesia. Susah untuk kita beraksi dengan baik apabila berdepan dengan lawan sebegini,” jelasnya.

Dalam pada itu, skuad negara bakal berdepan dengan Kemboja dalam satu lagi perlawanan persahabatan 20 September ini di Stadium Shah Alam.

Khalid menyifatkan Kemboja juga merupakan salah sebuah pasukan yang kuat dan berharap skuad negara mempunyai perancangan tersendiri untuk berdepan dengan pasukan itu nanti.

Sumber-Sinar Harian Online 16.9.14

Sukan Asia 2014: Kim Swee gesa pemain bangkit, tumpu aksi temu Laos

REAKSI Jurulatiah Pasukan Harimau Muda, Datuk Ong Kim Swee selepas tewas kepada pasukan Korea, 3-0 pada saingan peringkat kumpulan Sukan Asian Incheon 2014 di Stadium Munhak.. - Foto Yazit Razali
KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad Bawah 23 tahun Malaysia, Datuk Ong Kim Swee mengakui jurang dimiliki skuad bimbingannya dengan tuan rumah, Korea Selatan selepas tewas 3-0 dalam perlawanan pertama Kumpulan A di Sukan Asia, Incheon, semalam.

   Malah, ia turut dibuktikan dengan statistik apabila hanya dua percubaan tepat dalam tempoh 90 minit berjaya dilakukan anak buahnya ke gawang Korea pada aksi di Stadium Munhak itu dengan lawan memiliki rentetan peluang terbaik.

   Sekalipun pedih, kekalahan itu diakui Kim Swee tidak mengganggu perancangannya untuk kembali meraih kemenangan ke atas Laos pada perlawanan kedua peringkat kumpulan pada 17 September ini sebelum berdepan satu lagi pasukan pilihan, Arab Saudi pada aksi terakhir kumpulan.

   "Fokus sekarang adalah hadapi Laos dan bukannya Arab Saudi kerana kita perlu menang dengan Laos terlebih dulu. Saya tidak mahu ambil pusing mengenai perlawanan antara Korea Selatan yang akan menentang Arab Saudi pada hari sama.

   "Kita tiada pilihan lain selain menang ke atas Laos. Dan saya mahu pemain lupakan kekalahan ini dan bangkit untuk menghidupkan kembali peluang," kata Kim Swee.

   Kemenangan ke atas Laos amat ditagih dan seandainya gagal dilaksana, perlawanan menentang Arab Saudi boleh dianggap aksi pelengkap jadual.

Sumber-Berita Harian Online 15.9.14

Ahad, 14 September 2014

Tiga ‘harimau’ menggelupur

Tiga ‘harimau’ menggelupur

Daripada Aziman Rosdi di Surabaya
Ia hari cukup derita buat Malaysia apabila skuad Harimau Malaya kecundang 0-2 di tangan Indonesia dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Gelora Delta Sidoarjo malam tadi.

Kekalahan itu menjadi pelengkap kepada kekecewaan peminat bola sepak tanah air apabila dua pasukan negara bawah 23 tahun (B-23) dan B16 turut mengalami nasib yang sama semalam dalam kejohanan berasingan.


Bagi skuad senior negara, keputusan itu pastinya memberi tamparan hebat buat pengendali baru Dollah Salleh yang masih mencari kemenangan pertama selepas tumpas kepada Tajikistan 1-4 dalam perlawanan persahabatan bulan lalu.

Namun, Dollah tidak menyesal dengan tindakan beraninya menurunkan pemain senior yang sudah lima tahun tidak menyarung jersi kebangsaan iaitu kapten Mohd Shukor Adan, penjaga gol Azizon Abd Kadir serta pertahanan Afif Amiruddin dan tengah Ahmad Ezrie Shafizie Sazali yang tampil buat kali pertama bersama skuad utamanya.
 Foto
AZMI Muslim (kanan) mengasak pemain Indonesia, Anindito Wahyu Erminarno dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Gelora Delta Sidoarjo, Surabaya.


“Saya baru seminggu melatih pasukan ini dan masih mencari rentak permainan yang sesuai. Pada separuh masa pertama agak seimbang dan kami mempunyai dua, tiga peluang untuk menjaringkan gol tapi tidak berhasil,” katanya pada sidang media selepas perlawanan itu.
Sumber-

Artikel ini disiarkan MYMETRO pada : 2014/09/15

Muslim kecewa gol sendiri

Surabaya: Jika perlu dinilai pemain paling kecewa ketika skuad Harimau Malaya tewas kepada Indonesia 0-2 malam tadi, sudah pastinya pemain pertahanan Mohd Muslim Ahmad.

Selepas dua tahun menanti untuk berada dalam kesebelasan utama negara, apa yang terjadi di Stadium Gelora Delta Sidoarjo tidak seperti yang diharapkan apabila dia menjaringkan gol sendiri untuk membolehkan pasukan tuan rumah mendahului pada babak pertama.

Muslim, 25, beraksi cemerlang bersama pemain senior Mohd Shukor Adan dan pemain yang membuat penampilan pertama Afif Amiruddin di bahagian pertahanan tengah namun malang menimpanya apabila dia tertampan bola ke gawang sendiri ketika cuba mengeluarkan bola hantaran lintang Rizki Rizaldi Pora pada hujung babak pertama.

“Saya cuba menyepak bola itu keluar tapi kaki saya tak sampai.Saya tak sangka bola perlahan masuk ke gawang.Memang kesilapan saya dan saya perlu belajar lagi.

“Mungkin ini kerana saya sudah dua tahun tidak bermain dengan skuad kebangsaan jadi saya perlu dapatkan semula momentum,” katanya yang menjadi tonggak kejayaan Harimau Malaya menjuarai Piala AFF 2010.

Gol pertama Indonesia itu menjejaskan permainan negara pada separuh masa kedua sehingga skuad kendalian Alfred Riedl itu menyumbat gol kedua menerusi tandukan penyerang Samsul Arif Munif pada minit ke-83.

Bagi Muslim yang beraksi bersama Polis Diraja Malaysia, dia tetap yakin untuk kembali bangkit membantu pasukan negara jika terus diberi peluang oleh pengendali Dollah Salleh bagi persiapan ke Piala AFF November ini.

“Kita sudah melakukan yang terbaik, apa yang perlu kita lakukan adalah fokus untuk perlawanan seterusnya,” katanya.

Sumber-

Artikel ini disiarkan MYMETRO pada : 2014/09/15

Padah benteng 'tidur'

Incheon, Korea Selatan: Tiada tanda positif pasukan Harimau Muda kendalian Datuk Ong Kim Swee mampu melangkah lebih jauh pada temasya Sukan Asia Incheon selepas kecundang 0-3 kepada tuan rumah Korea Selatan di Stadium Munhak, semalam.

Perlawanan pertama dalam Kumpulan A itu menyaksikan tuan rumah, yang diperkuat tiga pemain Piala Dunia, menguasai sepenuh permainan dengan 64 peratus pegangan bola dan membenarkan Malaysia hanya tiga percubaan dengan dua daripadanya tepat.Korea membuka tirai jaringan menerusi tandukan Rim Chang Woo pada minit ke-27 sebelum penyerang Piala Dunia, Kim Shin Wook menambah gol kedua pada minit ke-78 dan Kim Seung Dae empat minit kemudian.

Namun, di sebalik kekalahan itu, Kim Swee masih menaruh harapan anak buahnya mampu mengatasi Laos dan Arab Saudi, dua lagi pasukan dalam kumpulan itu, bagi memastikan tempat ke pusingan kedua.
Foto
PEMAIN negara, Nor Farhan (dua dari kanan) dikawal ketat pemain Korea Selatan.
Malaysia akan bertemu Laos, yang ditundukkan Arab Saudi 3-0 semalam, pada perlawanan kedua Rabu ini manakala pertemuan dengan Arab Saudi diadakan pada 21 September ini."Kami dihukum kerana kelalaian di benteng pertahanan. Menentang pasukan hebat seperti Korea Selatan, anda tidak boleh melakukan kesilapan yang memberi ruang kepada mereka.

“Jelas mereka jauh lebih baik berbanding kami tapi saya harap pemain akan bangkit selepas ini bagi memastikan kemenangan ke atas Laos dan menghidupkan peluang kami ke pusingan seterusnya,” jelas Kim Swee.Kim Swee, yang gagal mengemudi skuad negara mempertahankan pingat emas Sukan SEA Myanmar tahun lalu, berasa masih ada peluang buat skuad negara meloloskan diri daripada kumpulan itu sekiranya mengutip mata penuh menentang Laos dan Arab Saudi.

Sementara itu, jurulatih Korea Selatan, Lee Kwang Jong lebih berdiplomatik apabila menganggap persembahan pasukan Malaysia lebih kurang sama dengan Arab Saudi tetapi mengakui pemainnya belum cukup persefahaman pada perlawanan pertama semalam.
Sumber-

Artikel ini disiarkan MYMETRO pada : 2014/09/15