Jumaat, 13 Julai 2018

Indonesia beri jaminan keselamatan kepada pemain B-19 negara


SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Hamidin

SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Hamidin Mohd. Amin.
13 Julai 2018 3:58 PM

KUALA LUMPUR 13 Julai- Pihak tuan rumah Indonesia berjanji untuk memperketatkan kawalan keselamatan ke atas pemain skuad bawah 19 tahun negara (B-19) berikutan insiden mereka diserang penyokong tempatan selepas perlawanan separuh akhir Kejuaraan AFF 2018 di Stadium Gelora Delta Sidoarjo, semalam.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan jaminan tersebut, yang tidak mahu keganasan seumpama itu berulang kembali apabila anak buah Bojan Hodak turun beraksi di final menentang Myanmar esok.

“Saya telah menghubungi Naib Presiden FAM, Datuk Ab Ghani Hassan selaku pengurus pasukan B-19 kebangsaan dan juga pegawai-pegawai pasukan kita di Surabaya, Indonesia bagi mendapatkan maklumat berhubung insiden yang berlaku.

“Berdasarkan maklumat diterima, terdapat penyokong Indonesia membaling botol dan batu dari tempat duduk penonton ke arah pemain B-19 kebangsaan selepas perlawanan iaitu ketika mereka hendak masuk ke terowong menuju ke bilik persalinan.

“Kekecohan yang berlaku telah menyebabkan pasukan B-19 kebangsaan keluar lewat hampir sejam untuk pulang ke hotel penginapan. Bagaimanapun, kekecohan itu berjaya dikawal pihak berkuasa dan tiada sebarang kecederaan dialami pemain dan pegawai pasukan B-19 kebangsaan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Insiden itu tercetus apabila penyokong Indonesia tidak berpuas hati apabila skuad Garuda Muda tewas kepada Malaysia menerusi penentuan sepakan penalti 3-2 selepas aksi sebenar terikat 1-1.

Jelas Hamidin, berkata pihak tuan rumah memohon maaf atas insiden yang berlaku namun pihak FAM masih menunggu laporan perlawanan sebelum tindakan susulan dibuat.

“Susulan insiden itu, saya telah menghubungi Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Joko Driyono dan beliau berjanji akan meningkatkan tahap kawalan keselamatan pasukan B-19 kebangsaan ketika menjalani latihan pada hari ini dan juga ketika di hotel penginapan.

“Joko Driyono sebagai mewakili PSSI turut meminta maaf di atas insiden yang tidak diingini itu.

FAM akan menunggu laporan daripada Match Commissioner (MC) dan pengadil sebelum mengambil apa-apa tindakan selanjutnya berhubung insiden ini. - UTUSAN ONLINE
SUMBER-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/indonesia-beri-jaminan-keselamatan-kepada-pemain-b-19-negara-1.708335#ixzz5LBF4nIjG
© Utusan Melayu (M) Bhd


Skuad B-19 selamatkan diri [METROTV]


Aziman Rosdi
aziman@nstp.com.my

KEJAYAAN skuad bawah 19 tahun negara (B-19) melangkah ke final Kejohanan AFF 2018 dicemari dengan insiden keganasan penyokong Indonesia yang tidak berpuas hati dengan kekalahan pasukan tuan rumah pada pertemuan separuh akhir di Stadium Gelora Delta Sidoarjo, semalam.

Lebih 26,000 penyokong Indonesia membanjiri stadium untuk menyaksikan pertembungan dua pasukan musuh ketat itu, namun ternyata kekalahan skuad Garuda Muda di tangan Malaysia menerusi penentuan sepakan penalti 3-2 selepas terikat 1-1 pada aksi sebenar sukar diterima.

Jurulatih negara, Bojan Hodak mendakwa, pemain dan pegawai pasukan berdepan detik mencemaskan apabila mereka dibaling dengan botol minuman dan batu selepas tamat perlawanan sehingga memaksa mereka berlari masuk ke bilik persalinan untuk menyelamatkan diri.

"Mereka (penyokong Indonesia) membaling botol minuman dan batu ke arah kami, mujur kami sempat lari keluar meninggalkan padang dengan segera. Kami bernasib baik tiada yang cedera," katanya ketika dihubungi Sukan NSTP.

"Saya tidak tahu sama ada pihak pengurusan (Persatuan Bolasepak Malaysia) ada membuat aduan kepada pihak tuan rumah dan AFF. Memang kecewa perkara seperti ini masih berlaku."

Kejayaan menundukkan Indonesia membolehkan anak buah Hodak menempah pertemuan final dengan Myanmar (Sabtu) dan pengendali dari Croatia itu tetap melihat peluang untuk menang masih 50-50 meskipun mereka pernah mengalahkan lawannya itu 1-0 di peringkat Kumpulan B.

"Bukan mudah untuk kami menewaskan Indonesia kerana ini perlawanan kelima dalam tempoh sembilan hari dan mereka juga mendapat sokongan padu penyokong. Bagi saya perlawanan akhir menentang Myanmar selepas ini 50-50 dan kami kena bersedia.

"Ada beberapa pemain mengalami kecederaan dan saya perlu nilai situasi ini sebelum membuat keputusan siapa yang akan bermain di final," kata Hodak.

Ini kali keenam skuad muda negara layak ke final Sabtu ini selepas hanya bergelar naib juara pada 2003, 2005, 2006, 2007 dan 2017.

Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Julai 2018 @ 9:01 AM

Penonton cabut pagar cuba serang kami - Nizaruddin


 SUASANA di Stadium Gelora Delta, Sidoarjo, Indonesia ketika perlawanan separuh akhir Piala AFF B-19
SUASANA di Stadium Gelora Delta, Sidoarjo, Indonesia ketika perlawanan separuh akhir Piala AFF B-19 antara Malaysia dan Indonesia malam tadi. Dalam gambar kecil, Muhammad Nizaruddin Jazi. - UTUSAN ONLINE
13 Julai 2018 1:03 PM

KUALA LUMPUR 13 Julai - Dihujani pelbagai objek termasuk botol yang dilemparkan penyokong Indonesia selepas berakhir perlawanan peringkat separuh akhir Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2018 bawah 19 tahun (B-19) merupakan satu pengalaman sukar dilupakan buat pemain-pemain skuad muda negara.

Kemenangan 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedudukan terikat 1-1 dalam 120 minit perlawanan ternyata membangkitkan kemarahan penyokong lawan yang disifatkan sukar menerima kekalahan kepada jiran serumpun, apatah lagi laman sendiri.


Segalanya bermula sebelum wisel permulaan ditiupkan lagi apabila penyokong tuan rumah didakwa sengaja memprovaksi pemain dan staf kejurulatihan Malaysia B-21 kononnya sebagai perang psikologi bagi menjatuh moral pasukan.

‘Perang’ yang dicipta itu seakan menjadi apabila Indonesia berjaya merobek gawang skuad negara seawal minit kedua menerusi jaringan Egy Maulana Vikri namun kedudukan itu tidak kekal lama apabila Muhammad Syaiful Alias meledak jaringan penyamaan buat Malaysia pada minit ke-15.

Pemain tengah skuad B-19, Muhammad Nizaruddin Jazi berkata, keadaan menjadi semakin tegang selepas tamatnya penentuan sepakan penalti di Stadium Gelora Delta, Sidoarjo itu apabila penyokong Indonesia mula melempar pelbagai objek ke dalam padang dan kawasan tempat duduk pasukan negara.

Tambah membimbangkang, ada diantara pagar stadium rosak apabila dicabut penyokong sebelum cuba menceroboh kawasan pada namun tindakan itu sempat dihalang pihak berkuasa.

“Ada provokasi sikit disebabkan penyokong Indonesia selepas kalah. Ini kerana skuad Malaysia B-19 tidak pernah kalah dengan mereka (bagi peringkat umur tersebut). Dia provokasi pemain kita.

“Kami kena baling botol dan pelbagai lagi objek. Takut juga sebab tengok pagar stadium telah rosak kerana dicabut penyokong tuan rumah. Ada yang masuk ke padang cuba ceroboh tapi Alhamdullillah semuanya dapat dikawal,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

Sementara itu, Muhammad Nizaruddin berkata, insiden itu sedikit pun tidak melenturkan semangat mereka untuk beraksi menentang Myanmar pada aksi final yang dijangka berlangsung pada pukul 4.30 petang esok.

“Ya, ini merupakan pembakar semangat untuk saya dan kawan-kawan. Kami mahu buktikan bahawa Malaysia mampu menjulang Piala AFF di bumi Indonesia,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE
SUMBER-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/penonton-cabut-pagar-cuba-serang-kami-nizaruddin-1.708261#ixzz5L8gfzOKz
© Utusan Melayu (M) Bhd


Khamis, 5 Julai 2018

KEPUTUSAN PENUH MALAYSIA 1-0 FIJI


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Malaysia   1-0 Fiji
m-33 Syafiq Ahmad
PEMAIN MALAYSIA
22 KHAIRUL FAHMI CHE MAT
15 RIZAL GHAZALI
05 ADAM NOR AZLIN
03 SHAHRUL SAAD
02 IRFAN ZAKARIA
06 SYAZWAN ANDIK
10 NAZMI FAIZ MANSOR
12 AKRAM MAHINAN
11 SAFAWI RASID
16 SYAZWAN ZAINON
17 SYAFIQ AHMAD
PEMAIN GANTIAN
09 SHAFIQ SHAHARUDIN
23 HAFIZUL HAKIM
19 WAN ZACK HAIKAL
21 NAZIRUL NAIM
20 KENNY PALLRAJ
14 NASIR BASARUDDIN

KEPUTUSAN MASA PERTAMA MALAYSIA 1-0 FIJI

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Malaysia   1-0 Fiji
m-19 Syafiq Ahmad
PEMAIN MALAYSIA
22 KHAIRUL FAHMI CHE MAT
15 RIZAL GHAZALI
05 ADAM NOR AZLIN
03 SHAHRUL SAAD
02 IRFAN ZAKARIA
06 SYAZWAN ANDIK
10 NAZMI FAIZ MANSOR
12 AKRAM MAHINAN
11 SAFAWI RASID
16 SYAZWAN ZAINON
17 SYAFIQ AHMAD
PEMAIN GANTIAN
09 SHAFIQ SHAHARUDIN

MALAYSIA 1-0 FIJI


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Malaysia   1-0 Fiji
m-33 Syafiq Ahmad
PEMAIN MALAYSIA
22 KHAIRUL FAHMI CHE MAT
15 RIZAL GHAZALI
05 ADAM NOR AZLIN
03 SHAHRUL SAAD
02 IRFAN ZAKARIA
06 SYAZWAN ANDIK
10 NAZMI FAIZ MANSO
PEMAIN GANTIAN
09 SHAFIQ SHAHARUDIN

Jumaat, 22 Jun 2018

Cheng Hoe panggil 10 pemain bawah 25 tahun

MyMetroArena
Mohd Fitrie Muhamad
mfitrie@nstp.com.my
 
KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe memanggil 10 pemain bawah 25 tahun dalam senarai terbaru ke latihan pusat skuad kebangsaan menjelang aksi persahabatan antarabangsa kelas A menentang Fiji di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, 5 Julai ini.

Daripada senarai itu, Cheng Hoe mengekalkan 11 daripada 23 pemain yang beraksi dalam Kelayakan Piala Asia 2019 menentang Lubnan, 27 Mac lalu dan persahabatan bertemu Bhutan, 1 April lalu.

Sebagai ganti, Cheng Hoe menyenaraikan tiga pemain Kedah iaitu penjaga gol, Ifwat Akmal Chek Kassim, Syazwan Zainon dan Rizal Ghazali, Nasir Basharudin dan Amirul Azhan Aznan (Perak), Aidil Zafuan Abd Radzak (JDT), N Thanabalan (Negeri Sembilan) dan Danial Ashraf Abdullah (Kelantan).

Melengkapkan senarai 23 pemain, Cheng Hoe turut menyenaraikan semula pemain bersama pasukan menentang Mongolia 22 Mac lalu diketuai Ahmad Hazwan Bakri, Safawi Rasid, Adam Nor Azlin dan La’vere Corbin-Ong (JDT) serta Rawilson Batuil (Sabah).

“Saya gunakan peluang yang ada untuk dapatkan pilihan terbaik. Apa yang boleh saya katakan, ini sebagai persediaan untuk masa depan pasukan negara. Apapun, pintu untuk pemain senior masih belum tertutup kerana jika mereka berada pada prestasi terbaik, saya juga sedia menyenaraikan mereka.

“Buat masa sekarang, saya lihat ia masih di peringkat ujian dan saya akan gunakan enam perlawanan ini untuk menilai secara menyeluruh bagi mendapatkan kombinasi terbaik sebelum ke Piala AFF nanti,” katanya yang menambah semua pemain terbabit perlu melapor diri 1 Julai ini.

Selepas aksi menentang Fiji, Harimau Malaya dijadualkan mengharungi lima lagi aksi persahabatan kelas A bertemu Taiwan (7 September), Kemboja (11 September), Sri Lanka (12 Oktober), Republik Kyrgyz (16 Oktober) dan Maldives (3 November).

Kesemua perlawanan ini sebagai persiapan bagi menghadapi Piala AFF 2018 yang bakal berlangsung pada 8 hingga 15 Disember depan.

Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama Kemboja, Laos, Vietnam dan Myanmar.

Info

Senarai pemain: Nazmi Faiz Mansor, Syafiq Ahmad, Safawi Rasid, Ahmad Hazwan Bakri, La’vere Corbin-Ong, Adam Nor Azlin, Aidil Zafuan Abdul Radzak (JDT), Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Shahrul Saad, Nazirul Naim Che Hashim, Amirul Azhan Aznan, Nasir Basharudin (Perak), Ifwat Akmal Chek Kassim, Akram Mahinan, Syazwan Zainon, Rizal Ghazali (Kedah), Zaquan Adha Abdul Radzak, Syazwan Andik Ishak, Irfan Zakaria (Kuala Lumpur), Wan Zack Haikal Wan Nor (FELDA United), Khairul Fahmi Che Mat (Melaka United), N Thanabalan (Negeri Sembilan), Rawilson batul (Sabah), Danial Ashraf Abdullah (Kelantan).

Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Jun 2018 @ 4:39 PM