SUKAN»Bola
Selasa, 11 Februari 2020 | 4:33pm
Bekas pemain bolasepak
Kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail. Gambar kedil Safawi Rasid. - Foto
Zulkepli Osman/Asyraf Hamzah
Harimau Malaya perlu ramai
'Safawi'
Oleh Zulfaizan Mansor
zulfaizan@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Skuad kebangsaan
memerlukan sekurang-kurangnya enam pemain memiliki kualiti seperti Safawi Rasid
untuk memastikan Harimau Malaya mampu bersaing di peringkat lebih tinggi.
Bekas pemain kebangsaan, Datuk
Jamal Nasir Ismail menjelaskan beliau melihat Safawi sebagai satu-satunya
pemain tempatan (tidak termasuk pemain kacukan dan naturalisasi) yang
benar-benar mempunyai kualiti ketika ini.
Beliau juga tidak menolak
kemungkinan bahawa Harimau Malaya tidak lagi perlu mengharapkan pemain
naturalisasi sekiranya lebih ramai pemain tempatan seperti Safawi dapat
dilahirkan pada masa depan.
“Setakat ini Safawi saja yang
nampak ada kualiti seperti pemain import, yang lain memang jauh. Jadi bagaimana
pemain lain nak capai tahap macam Safawi, Akhyar (Rashid) pun tak sampai tahap
itu lagi.
“Pemain kita kena kerja keras
untuk jadi seperti Safawi dan semuanya terpulang kepada diri pemain. Sepatutnya
pemain tempatan tidak patah semangat jika kita ambil pemain naturalisasi, tapi
mereka sepatutnya berusaha lebih keras,” katanya kepada BH Sukan, semalam.
Mengulas lanjut mengenai impak
naturalisasi, Jamal menjelaskan terdapat pro dan kontra tindakan Persatuan
Bolasepak Malaysia (FAM) mengambil ‘import’ Harimau Malaya.
Beliau berkata, Harimau Malaya
memang memerlukan pemain naturalisasi bagi meningkatkan prestasi pasukan dalam
jangka pendek.
“Kalau kita masih dengan pemain
tempatan, susah sebab standard pemain kita ketika ini sangat rendah. Jadi susah
untuk kita dapatkan keputusan positif buat Harimau Malaya dalam masa yang
singkat.
“Bagi jangka panjang kita boleh
beri pendedahan kepada bakat muda tempatan kerana bila sampai masanya nanti,
kita sudah tidak perlu lagi bergantung kepada pemain naturalisasi,” katanya.[1]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan