Rabu, 3 Oktober 2018

Mohamadou Sumareh dipanggil sertai Harimau Malaya


 Mohamadou Sumareh
MOHAMADOU Sumareh (kiri) dihalang oleh pemain Selangor dalam perlawanan unifi Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE/AHMAD ZAKKI JILAN
Ahmad Shazwan Md. Yusof

shazwan.yusof@utusan.com.my 
02 Oktober 2018 12:15 PM
 Mohamadou Sumareh
KUALA LUMPUR 2 Okt. - Pemain sayap Pahang, Mohamadou Sumareh bakal membuat kemunculan sulung bersama skuad kebangsaan apabila terpilih dalam senarai 24 pemain bagi menghadapi dua aksi persahabatan kelas ‘A’ pada 12 dan 16 Okober ini.

Pemain kelahiran Gambia berusia 27 tahun itu, dipanggil ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe bagi pertemuan menentang Sri Lanka di Colombo dan seterusnya Republik Kyrgyz di Stadium Hang Jebat, Melaka.


Sumareh menetap di negara ini sejak berusia 13 tahun dan memulakan karier bola sepak profesional bersama pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 2013 sebelum mendapat kerakyatan April lalu.

Aksi persahabatan antarabangsa tersebut merupakan persiapan skuad Harimau Malaya bagi menghadapi Piala Suzuki AFF 2018 yang bakal berlangsung dari 8 November hingga 15 Disember ini.

Malaysia telah diundi dalam Kumpulan A bersama Kemboja, Laos, Vietnam dan Myanmar.

Berikut merupakan senarai 24 pemain yang dipanggil menyertai skuad kebangsaan; -

Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Shahrul Saad , Amirul Azhan Aznan, Kenny Pallraj, Nor Hakim Hassan (Perak), Haziq Nadzli, Adam Nor Azlin, Syamer Kutty Abba, Fazly Mazlan (JDT II), Akram Mahinan, Syazwan Zainon, Akhyar Rashid (Kedah), Zaquan Adha Abd Radzak, Syazwan Andik Ishak, Irfan Zakaria (Kuala Lumpur), Norshahrul Idlan Talaha, Mohamadou Sumareh, Matthew Davies (Pahang), Rawilson Batuil, Azzizan Nordin (Sabah), Shahrel Fikri Md. Fauzi (Nakhon Ratchasima), Khairul Fahmi Che Mat (Melaka United), Mahalli Jasuli (PKNS FC), Syahmi Safari (Selangor). - UTUSAN ONLINE

SUMBERArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/mohamadou-sumareh-dipanggil-sertai-harimau-malaya-1.759140#ixzz5SsPlD8lx
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan