Selasa, 5 Januari 2021

Harimau Malaya kesuntukan masa

MyMetroArena



BERNAMA

Kuala Lumpur: Susulan tiada aksi antarabangsa sepanjang musim 2020 mewujudkan kebimbangan kepada skuad Harimau Malaya menjelang dua aksi getir pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Vietnam, pada Mac depan.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merangkap pengurus skuad kebangsaan, Datuk Mohd Yusoff Mahadi mengakui pasukan negara kini memiliki tempoh terhad untuk melakukan persiapan bagi meneruskan momentum cemerlang dalam saingan Kumpulan G kempen kelayakan itu.

Turut menjadi kegusaran beliau adalah prestasi pasukan kendalian ketua jurulatih Tan Cheng Hoe, di samping aspek kombinasi pemain dalam skuad kebangsaan selepas lebih setahun tidak menjalani kem latihan pusat susulan penularan pandemik Covid-19.

Menyedari UAE dan Vietnam sudah melakukan persediaan lebih awal, Mohd Yusoff berkata Cheng Hoe serta barisan pemain negara perlu memanfaatkan kem latihan pusat bermula 15 hingga 26 Jan ini yang menjadi sesi latihan berpasukan pertama skuad kebangsaan sejak November 2019.

"Sejujurnya, ada sedikit kerisauan tetapi saya mengharapkan jurulatih dapat merangka sesuatu perancangan yang lebih komprehensif serta menepati dan dapat menyediakan pasukan walaupun dalam masa singkat," katanya kepada Bernama hari ini.

"Barisan pemain juga perlu memainkan peranan, maknanya kali ini pemain juga kena berkorban dan memberi penumpuan lebih daripada 100 peratus kerana masa yang sedikit ini perlu digunakan sebaik mungkin bagi kita menyediakan sebuah pasukan mantap," katanya.

Selepas lima perlawanan, Malaysia hanya dipisahkan dua mata di belakang pendahulu Kumpulan G, Vietnam yang mengumpul 11 mata sementara Thailand pada kedudukan ketiga (lapan mata), UAE keempat (enam mata) dan Indonesia di kedudukan tercorot tanpa sebarang mata.

Layak ke Piala Asia 2023 adalah misi pasukan kebangsaan dalam Peta Hala Tuju FAM (F:30) dan selepas meraih kemenangan ke atas Thailand serta Indonesia dalam aksi peringkat kumpulan sebelum ini, Malaysia kini berada di landasan terbaik untuk layak secara merit selepas kali terakhir pada edisi Piala Asia 1980 di Kuwait.

Pada masa sama, Mohd Yusoff mengharapkan kerjasama pasukan dan kelab tempatan dapat melepaskan pemain masing-masing yang terpilih ke kem latihan pusat skuad kebangsaaan meskipun dalam tempoh persediaan pramusim bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2021 bermula hujung bulan depan.

"Tidak banyak ruang yang ada cuma bulan Januari, kita dapat peluang untuk mempersiapkan pemain dan Cheng Hoe dapat bersama pasukan setelah lebih setahun, jadi saya fikir ini perlu dihayati setiap pasukan.

"Beri beliau (Cheng Hoe) peluang mendapatkan pemain dikehendaki dalam kem latihan kali ini supaya dapat melihat prestasi pemain dalam usahanya menyediakan pasukan terbaik negara bagi menghadapi perlawanan penting bulan Mac nanti," katanya.

Malaysia dijadual menentang UAE di Dubai pada 25 Mac, sebelum melayan kunjungan Vietnam pada 30 Mac.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 January 2021 @ 7:42 PM

Isnin, 4 Januari 2021

Kim Swee dilantik Pengarah Teknikal FAM

 MyMetroArena



Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Seperti dijangka bekas pengendali skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara, Datuk Ong Kim Swee diumum sebagai Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu berkuat kuasa 1 Januari lalu.

FAM dalam kenyataannya memaklumkan Kim Swee, 50, diberi tugas untuk menggalas jawatan Pengarah Teknikal badak induk bola sepak itu bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Peter de Roo.

Bekas pemain Melaka, Sarawak dan Sabah pada era 1990-an itu sebelum ini memegang jawatan sebagai Penolong Pengarah Teknikal FAM merangkap Ketua Unit Belia FAMKim Swee memulakan karier kejurulatihannya dengan menjadi ketua jurulatih Melaka sebelum namanya melonjak sebagai jurulatih yang berjaya mencungkil bakat muda negara bermula sebagai jurulatih di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan seterusnya menjadi peneraju utama skuad Harimau Muda.

Kemuncaknya, Kim Swee berjaya membawa skuad B-23 kebangsaan meraih pingat emas Sukan Sea 2011 di Jakarta, Indonesia dan disusuli pingat perak Sukan Sea 2017 di laman sendiri, selain turut mengemudi pasukan muda negara melakar sejarah mara ke suku akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 di China dan layak ke peringkat kalah mati Sukan Asia 2018 di Indonesia.

Beliau pernah dilantik sebagai pengendali sementara skuad kebangsaan sebanyak dua kali iaitu dari 3 Februari 2014 hingga 28 Jun 2014 selepas kontrak Datuk K Rajagobal sebagai ketua jurulatih kebangsaan tamat dan dari 5 September 2015 hingga 18 Januari 2016 selepas Dollah Salleh meletak jawatan sebagai ketua jurulatih kebangsaan.

Kim Swee kemudian akhirnya dilantik secara penuh sebagai ketua jurulatih kebangsaan dari 18 Januari 2016 hingga 25 Mac 2017 dan selepas itu, beliau diamanahkan pula untuk mengendalikan skuad B-22 negara bagi menghadapi Sukan Sea 2017.

Menerusi pengalaman luas beliau sebagai pemain dan jurulatih di pelbagai peringkat, Kim Swee yang juga Timbalan Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) dilihat sebagai calon terbaik bagi mengisi jawatan Pengarah Teknikal FAM.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 January 2021 @ 6:12 PM

Sabtu, 2 Januari 2021

FAM puas hati komitmen pemain naturalisasi

MyMetroArena



BERNAMA

Petaling Jaya: Komitmen dan sumbangan pemain naturalisasi dan pemain berdarah kacukan dalam peningkatan prestasi pasukan bola sepak negara di pentas antarabangsa, menepati jangkaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Timbalan Presidennya Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, badan induk bola sepak negara itu berpuas hati dengan kesungguhan mereka, serta impak positif yang dibawa ke dalam skuad kebangsaan yang kini berada di landasan terbaik melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2023.

Beliau berkata, sebagai contoh pemain naturalisasi pertama negara Mohamadou Sumareh, menggalas tanggungjawab dan kepercayaan yang diberikan kepadanya dengan baik, sejak membuat penampilan pertama bersama skuad Harimau Malaya, pada Oktober 2018.

"Setakat ini kita (FAM) berpuas hati, untuk pemain naturalisasi kita baru ada Sumareh seorang dalam pasukan, memang kita nampak komitmen beliau amat tinggi untuk pasukan negara dan kita harap pemain naturalisasi selepas ini pun ada semangat yang sama," katanya.

Sumareh memiliki rekod baik dalam 19 penampilan bersama skuad kebangsaan setakat ini dan berjaya meledak enam gol, dengan tiga daripadanya dijaringkan dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023.

Pada masa sama, Mohd Yusoff berkata FAM memuji semangat kewarganegaraan ditampilkan pemain berdarah kacukan, antaranya pemain kacukan Malaysia-Australia Brendan Gan, La'Vere Corbin Ong (Malaysia-Barbados) dan Matthew Davies (Malaysia-Australia).

Jelasnya, semangat itu dibuktikan apabila Brendan dilihat menangis kegembiraan selepas pasukan negara berjaya merakam kemenangan dramatik ke atas musuh tradisi Indonesia, dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023.

"Jadi maknanya beliau betul-betul menjiwai semangat Malaysia itu, saya lihat pemain seperti Corbin-Ong dan Matt (Davies) menunjukkan minat yang kuat untuk pasukan negara, walaupun belum diberi peluang menyarung jersi negara.

Datuk Mohd Yusoff Mahadi. FOTO File NSTP

"Setakat ini tidak nampak pemain berstatus naturalisasi atau warisan (berdarah kacukan) ini, bermain untuk pasukan negara sambil lewa ataupun tidak menunjukkan semangat kewarganegaraan yang tinggi," tambah beliau yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Program Naturalisasi FAM.

Skuad kebangsaan dijangka bakal menerima sentuhan seorang lagi pemain naturalisasi menjelang dua aksi getir Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Vietnam, pada Mac.

SUMBER=Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Disember 2020 @ 6:40 PM

Sabtu, 19 Disember 2020

Cheng Hoe teruja prospek naturalisasi Dos Santos, Cabrera

 SUKAN



CHENG HOE melihat sudut positif Dos Santos dan Cabrera jika dinaturalisasikan pada tahun 2022 dijangka memberi lebih banyak pilihan buat skuad Harimau Malaya.

Cheng Hoe teruja prospek naturalisasi Dos Santos, Cabrera

Oleh MUHAMAD ARDIE PUTRA SUHAIMI

19 Disember 2020, 9:43 am

KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe me­ngakui cukup teruja sekiranya dua pemain import Liga Malaysia (Liga M), Endrick Dos Santos dan Gonzalo Cabrera berjaya dinaturalisasikan pada tahun 2022.

Sebagai rekod, Endrick yang mewakili pasukan Pulau Pinang telah berkelana bersama pasukan Felcra FC pada musim 2018, Selangor (2019) dan Pulau Pinang bermula tahun ini sebelum kontraknya bersambung musim depan.

Sementara itu, Cabrera yang merupakan penyerang kelahiran Argentina pula mewakili pasukanJohor Darul Ta’zim (JDT) sejak musim 2017 dan tidak mempu­nyai masalah untuk dinatura­lisasikan bermula 2022.

Kata Cheng Hoe, jika proses naturalisasi buat Dos Santos dan Cabrera berjalan lancar, ia akan memberi lebih banyak pilihan buat pasukan memanggil pemain berkualiti untuk menyarung jersi skuad kebangsaan.

Ia adalah perkembangan positif buat skuad negara jika Dos Santos dan Cabrera akan dinaturalisasikan pada tahun 2022. Harus diakui mereka berdua sememangnya memiliki kualiti yang cukup bagus khususnya di bahagian serangan.

Saya percaya kehadiran kedua-dua pemain ini dapat menguatkan skuad negara tetapi pada masa sama, kita tidak boleh melupakan kudrat pemain tempatan dan pastinya ia menjanjikan persaingan sihat dalam pasukan.

Mungkin selepas ini kita boleh mencari barisan pemain import di posisi pertahanan yang berpotensi untuk dinaturalisasikan memandangkan bahagian serangan sudah cukup ampuh,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Terdahulu, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ismail dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa Dos Santos dan Cabrera akan dinaturalisasikan bersama kelab Harimau Selatan bermula tahun 2022.

Sebagai rekod, skuad Harimau Malaya yang menduduki ranking ke-153 dunia sudah mempunyai dua pemain naturalisasi iaitu Muhamadou Sumareh dari Gambia yang diberikan kerakyatan pada 2018.

Sementara itu, Liridon Krasniqi kelahiran Kosovo pula telah diberi kerakyatan pada awal tahun ini selepas bermain dalam kancah Liga M sejak musim 2015.SUMBER-KOSMO ONLINE

Jumaat, 4 Disember 2020

Harimau Malaya 'salin kulit' [VIDEO]

MyMetroArena



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Skuad Harimau Malaya meraih tonik baharu menjelang tugasan penting di peringkat antarabangsa musim depan apabila pengeluar jenama sukan terkenal dunia, Nike Malaysia melancarkan jersi baharu skuad kebangsaan hari ini.

Selepas kali terakhir skuad Harimau Malaya 'salin kulit' pada Mei 2018 lalu, pasukan negara bakal tampil lebih bergaya pada Kelayakan Piala dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Mac selain mengharungi kempen Piala AFF, April nanti.

Mengekalkan warna tradisi kuning dan hitam, rekaan kali ini dilihat lebih ikonik dan moden daripada sebelumnya.

Reka bentuk jersi utama pasukan menampilkan warna kuning sebagai warna yang dominan sambil mempunyai kolar di leher jersi serta kembalinya lengan yang berwarna hitam yang tidak ada pada edisi lalu.

Manakala jersi 'away' atau tempat lawan pula direka dengan warna hitam serta belang kuning yang cukup menawan, sekali gus kedua-dua jersi keramat ini akan di sarung oleh pemain-pemain di pentas antarabangsa.

Jersi baharu pasukan kebangsaan itu berharga RM299 dan boleh didapati di premis Nike terpilih serta boleh melayari secara online di Nike.com mulai hari ini.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Disember 2020 @ 12:59 PM

Rabu, 2 Disember 2020

Harimau Malaya diberi ruang berlatih

MyMetroArena



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.myKuala Lumpur: Bagi memastikan skuad Harimau Malaya kembali bersinar dan tidak terus 'berkarat', Januari dilihat tempoh yang sesuai buat pasukan kendalian Tan Cheng Hoe kembali berlatih selepas setahun tidak bersama.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan berkata, pihaknya memahami kerumitan yang dilalui oleh Cheng Hoe yang berusaha untuk menghimpunkan anak buahnya terutama bagi menghadapi kalendar perlawanan antarabangsa pada Mac tahun depan.

Begitupun disebabkan oleh kempen Liga Malaysia (Liga-M) yang perlu dijalankan pada penghujung Februari nanti, beliau menyarankan supaya kem latihan negara dilangsungkan pada minggu pertama Januari ini.

"Kita faham apa yang dilalui oleh skuad negara dan dipihak MFL akan cuba membantu dengan memberi masa yang lebih untuk mereka berlatih.

"Saya fikir bulan Januari adalah masa sesuai untuk mereka berlatih. Ialah dah lama tak main hampir setahun, banyak aksi karat yang nak kena betulkan.


"Sebab itu kita lewatkan sikit liga pada hujung bulan Februari supaya selepas itu (selepas kem latihan negara), pemain dapat berlatih dengan kelab masing-masing sebelum liga mula," katanya kepada Arena Metro.

Menerusi laporan akhbar ini, Cheng Hoe mengakui terpaksa mengharapkan sentuhan enam pemain di luar negara bagi memastikan skuad Harimau Malaya bersedia menghadapi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Mac nanti.

Enam pemain iaitu Safawi Rasid yang beraksi di Portugal, Luqman Hakim Shamsudin di Belgium, Hadi Fayyadh Abd Razak di Jepun serta tiga pemain di Thailand, Norshahrul Idlan Talaha, Mohamadou Sumareh dan Dominic Tan ketika ini masih kekal beraksi dan berlatih berbanding pemain tempatan yang kini bercuti selepas Liga-M berakhir bulan lalu.

"Kita juga ada beri masa seminggu lebih pada pertengahan Mac nanti iaitu sebelum Malaysia menentang UAE (Emiriah Arab Bersatu) dalam kelayakan Piala Dunia.

"Itu yang boleh kita bantu kerana jadual Liga-M juga perlu diteruskan. Tempoh berkenaan cukup buat pasukan negara dan pihak pengurusan skuad negara juga dah tahu mengenai hal ini," katanya.

Walaupun Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) belum mengeluarkan tarikh rasmi perlawanan kelayakan Piala Dunia itu, namun berdasarkan kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), kemungkinan aksi berkenaan akan dilangsungkan pada minggu ketiga dan keempat Mac depan.

Skuad Harimau Malaya dijadual menentang UAE di Stadium Al Maktoum, Dubai terlebih dulu sebelum kembali ke tanahair bagi menghadapi Vietnam lima hari kemudian di Stadium Nasional, Bukit Jalil, dengan Thailand pula bakal menanti pasukan negara di Bangkok, Jun nanti.SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Disember 2020 @ 6:39 PM

Selasa, 24 November 2020

Cheng Hoe setuju ambil Tuck, Cabrera

Oleh Zulfaizan Mansor - November 24, 2020 @ 4:31pm

zulfaizan@bh.com.my



Lee Tuck dan Gonzalo Cabrera.

KUALA LUMPUR: Faktor usia dianggap bukan menjadi halangan terbesar buat Lee Tuck dan Gonzalo Cabrera untuk diserap sebagai pemain naturalisasi Harimau Malaya.Ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe dilihat lebih mementingkan prestasi pemain terbabit dalam menyumbang sesuatu yang positif buat skuad kebangsaan.Malah, Cheng Hoe tidak menafikan dua pemain itu antara yang boleh diberi peluang untuk bersama skuad kebangsaan berdasarkan prestasi cemerlang sepanjang beraksi di Liga Malaysia (Liga M).

"Kalau kita lihat pemain naturalisasi di mana-mana negara pun adalah sementara sahaja, yang mana matlamatnya untuk menguatkan pasukan. Tapi untuk jangka masa panjang, kita masih memerlukan bakat anak tempatan juga.

"Kalau pemain itu nampak lebih baik daripada pemain tempatan kita akan bagi mereka peluang. Sudah tentu usia satu faktor besar juga, tapi kadang-kadang terpulang kepada individu itu sendiri.

"Seperti Zlatan Ibrahimovic (39 tahun) masih berbisa bersama AC Milan, dan Cristiano Ronaldo, walaupun sudah berusia 35 tahun tapi masih lagi menjadi penyerang yang berbahaya.

"Namun kita perlu lihat juga sama ada mereka (Tuck dan Cabrera) mahu mewakili pasukan kebangsaan atau tidak. Tidak dinafikan Cabrera beraksi dengan baik bersama JDT dan Lee Tuck bersama TFC," katanya kepada BH Sukan.

BH Sukan sebelum ini melaporkan, Tuck, 32, dan Cabrera, 31, berada dalam pemantauan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebagai calon pemain naturalisasi selepas mereka bakal memenuhi syarat lima tahun beraksi di Liga M musim depan.

Selain itu, Cheng Hoe tetap masih mengharapkan akan muncul pemain tempatan yang akan menyinar dalam masa terdekat, terutama bagi posisi pertahanan tengah.

"Bahagian serangan memang kita masih harapkan penyerang tempatan seperti Shahrel Fikri (Fauzi), Syafiq Ahmad dan selepas ini ada Luqman Hakim Shamsudin.

"Kalau kita lihat bahagian tengah atau sayap kita ada pemain yang menyinar macam Safawi Rasid, Mohamadou Sumareh dan beberapa pemain lain," katanya.SUMBER BH ONLINE