Khamis, 15 April 2021

Jaminan vaksin legakan Harimau Malaya

BERNAMA | | 15 April 2021




Pemain Harimau Malaya ketika menjalani latihan di Padang Seri Gelam, Johor Bahru bulan lalu. - Foto Football Association of Malaysia
JAMINAN suntikan vaksin Covid-19 kepada skuad kebangsaan menghilangkan kebimbangan dari sudut kesihatan pemain menjelang pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Jun depan.
Pengurus pasukan, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, perkembangan itu cukup melegakan anak buah ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe untuk berdepan UAE, Vietnam dan Thailand dalam saingan Kumpulan G kempen kelayakan tersebutMalah, beliau berkata, pemberian vaksin Covid-19 juga dapat membina keyakinan pemain dan pegawai pasukan yang akan berlepas ke UAE lebih awal bagi menghadapi dua aksi persahabatan menentang Kuwait (23 Mei) sebelum menentang pasukan kebangsaan Bahrain pada 28 Mei.
"Kesihatan barisan pemain kini terjamin. Mereka dapat pergi dengan hati yang tenang dan tanpa kerunsingan atau risau mereka akan dijangkiti. Pada kita (pasukan kebangsaan) ia amat penting untuk mendapatkan vaksin Covid-19 sebelum berangkat ke UAE," katanya pada Khamis.
Sebelum ini, dikhabarkan tiada jaminan diberikan kepada skuad Harimau Malaya untuk menerima vaksin Covid-19 sebelum berlepas ke UAE, sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pemain dan barisan kejurulatihan pasukan.
Namun, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pada Rabu mengesahkan 78 individu terdiri daripada pemain dan pegawai termasuk Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin akan menerima dos pertama suntikan vaksin di Putrajaya, Isnin depan.
SUMBERArtikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/133799/BERITA/Sukan/Jaminan-vaksin-legakan-Harimau-Malaya© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan