Isnin, 26 April 2021

Sentuhan Safawi ditagih Harimau Malaya

 BERNAMA



Pemain JDT, Safawi Rasid (tengah) pada saingan Liga Super menentang Penang FC.

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe berharap pemain sayap Johor Darul Ta'zim (JDT) Muhammad Safawi Rasid dapat kembali ke prestasi terbaiknya sebelum kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Jun depan.

Beliau berkata khidmat Muhammad Safawi, 24, di bahagian serangan masih ditagih skuad Harimau Malaya bagi menghasilkan impak positif ketika berdepan cabaran tuan rumah UAE, Vietnam dan Thailand dalam aksi Kumpulan G.

Beliau yang memantau perkembangan barisan pemain kebangsaan mengakui Muhammad Safawi memerlukan ruang dan masa untuk mendapatkan semula rentak permainan selepas mengalami kecederaan di lutut kiri sewaktu menentang UiTM FC pada aksi Liga Super, Mac lepas.

"Mana-mana pemain apabila pulih daripada kecederaan memerlukan masa mencari rentak, ia bukan senang dan ia memang agak sedikit kekok. Tetapi dia sudah mula beraksi dalam satu atau dua perlawanan dan ia bagus untuk kembalikan keyakinan.

"Kita harap Safawi dapat beri sesuatu (kepada pasukan kebangsaan), saya yakin beliau mampu menyerlah dalam perlawanan akan datang," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Selepas dipinjamkan ke kelab profesional Liga Portugal Portimonense S.C musim lepas, pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu kembali bersama JDT untuk membantu skuad Harimau Selatan mengharungi musim 2021.

Namun, perkembangan prestasi Muhammad Safawi terbantut apabila diketepikan antara dua hingga tiga minggu akibat kecederaan dialami sebelum kembali dimasukkan sebagai pemain gantian dalam dua aksi terakhir Liga Super JDT menentang Sri Pahang FC dan Terengganu FC.

Sementara itu, Cheng Hoe enggan meletakkan tekanan kepada jurulatih pasukan Liga Malaysia (Liga M) dengan mengharapkan barisan pemain kebangsaan diberikan peluang beraksi bersama pasukan masing-masing.

Beliau berkata meskipun minit permainan amat diperlukan untuk persiapan fizikal dan mental pemain, mereka tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada jurulatih pasukan masing-masing, sebaliknya perlu berusaha memastikan kecergasan sentiasa pada tahap terbaik.

"Saya menghormati jurulatih pasukan kerana mereka pun ada KPI (petunjuk prestasi utama) ditetapkan kelab dan saya juga tahu penyerang kita kurang beraksi dalam liga. Walaupun kurang minit permainan, mereka harus lakukan sesuatu yang lebih ketika sesi latihan," katanya.

Malaysia akan menentang UAE pada 3 Jun, diikuti Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun) dalam perebutan gelaran juara Kumpulan G bagi memburu slot automatik ke pusingan akhir Piala Asia 2023 sekali gus mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022.

Disiarkan pada: April 26, 2021 @ 11:31pm.1

___________________________________________

Ahad, 25 April 2021

Jangan ganggu skuad Projek FAM-MSN

Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.my



Pemain Terengganu II, Aqil Irfanuddin (dua kanan) diasak pemain Projek FAM-MSN, Azhad Harraz Arman (dua kiri) pada aksi perlawanan Liga Perdana di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah bulan lalu. FOTO Ghazali Kori

Kuala Lumpur: Belanja berjuta-juta bukan hanya untuk menghasilkan 20 pemain muda saja namun sasaran adalah lebih berdasarkan matlamat pembangunan bola sepak ketika ini.

Itu antara penjelasan Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Ong Kim Swee terhadap kenapa skuad Projek FAM-Majlis Sukan Negara (MSN) tidak harus diganggu walaupun terus mencatatkan keputusan yang teruk selepas mengharungi 10 perlawanan Liga Perdana.

Kim Swee berkata, pihaknya dalam usaha menghasilkan pemain muda berkualiti dan mempunyai masa depan cerah dalam karier bola sepak seterusnya diserapkan dalam skuad kebangsaan atau sekurangnya bermain untuk Sukan Sea.

Beliau berkata, skuad Projek FAM-MSN tidak akan dihentikan atau ditarik daripada menyertai Liga Perdana walaupun menerima kritikan pedas daripada pihak tertentu.

"Seperti saya katakan, jika mahu melihat pasukan ini berjaya atau tidak adalah menunggu pada hujung musim kerana ketika ini ada beberapa pemain sudah mula berunding bersama skuad lain.

"Mereka ini bukanlah terdiri daripada pemain utama namun jika diberikan ruang dan peluang mungkin pada masa hadapan akan mewakili negara.

"Kita sudah berhabis berjuta ringgit namun tak mahu berpuas hati dengan 20 pemain muda saja ketika ini kerana sudah tentu mahukan lebih," katanya.

Selain itu, bekas pengendali skuad Bawah 23 tahun itu berkata, sememangnya ada kerisauan apabila pasukan terbabit tewas dalam jumlah jaringan besar sekali gus menuntut penambahbaikan dilakukan dalam masa terdekat ini.

"Namun, mungkin pemain ini sudah matang dan akan tampil lebih baik pada sesi kedua nanti berdasarkan pengalaman dan kemahiran yang semakin meningkat," katanya.

Mengikut rekod, ketika ini, skuad kendalian Yusri Che Lah masih lagi 'setia' menghuni tangga tercorot Liga Perdana dengan hanya dua mata selepas mencatatkan dua seri dan lapan kali tewas selepas mengharungi 10 perlawanan.

SUMBER-MY METRO ONLINE Disiarkan pada: April 25, 2021 @ 6:25pm

Jumaat, 23 April 2021

‘Budak baru habis sekolah’ ikat Perak II



PERTAHANAN pasukan Projek FAM-MSN, Adam Iskandar Mohd. Isyak (kiri) mengawal bola dari pemain Perak FC II, Firdaus Saiyadi dalam perlawanan Liga Perdana di Stadium Perak, Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI

Oleh AZIZAN HASHIM

24 April 2021, 12:59 am

IPOH: Hasrat Perak FC II mengutip mata penuh dalam perlawanan dengan Skuad Projek MSN-FAM tidak kesampaian spabila sekadar seri tanpa jaringan di Stadium Perak malam ini.

Apa yang dibimbangkan jurulatih Syamsul Saad bahawa anak buahnya menghadapi kesukaran menjadi kenyataan apabila ditentang oleh anak didik Yusri Che Lah yang mengutip mata keduanya setakat ini.

Perlawanan antara dua pasukan ubi muda menyaksikan kedua-dua pasukan mengamal corak pantas.

Kedua-dua pasukan berbalas serangan dan Perak dapat dua peluang keemasan tetapi gagal disudahkan barisan hadapan.

Corak 4-5-1 yang berorientasi bertahan oleh Yusri nyata berkesan untuk menyekat kemaraan anak buah Syamsul yang membariskan tiga pemain Liga Super iaitu Firdaus Saiyadi, Adib Abdul Ra’op dan Mohamad Farid Khazali

Skrip babak kedua tidak banyak berubah dengan Perak meneruskan asakan tetapi skuad Projek FAM-MSN kental bertahan.

Walaupun tuan rumah berjaya menjaring gol tetapi jaringan pada minit ke-58 itu tidak dikira kerana ofsaid.

Malang menimpa Perak II apabila terpaksa meneruskan baki sembilan minit perlawanan dengan 10 pemain selepas Mohd. Nasrol Amri Kamarul Azhar dilayang kad merah pada minit ke-81.

Begitupun pelawat gagal memanfaatkan kelebihan itu manakala tuan rumah juga tidak mudah menyerah untuk mempertahan kubu nereka daripada dibolosi. – SUMBER-UTUSAN ONLINE

Khamis, 22 April 2021

Pemain tak sempat divaksin tetap dibawa

Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.my



SKUAD Cheng Hoe berdepan cabaran getir di Dubai.

Kelana Jaya: Beberapa tonggak Harimau Malaya yang kini berpangkalan di luar negara tetap akan dibawa menyertai skuad ke Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 walaupun tidak sempat divaksin.

Berdasarkan ketetapan kejohanan itu, vaksin bukanlah keperluan utama.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam berkata, ketika ini, pihaknya masih lagi berhubung dengan persatuan bola sepak negara berkaitan untuk mengetahui situasi semasa berkaitan proses vaksinasi.

Beliau berkata, FAM juga tidak berhadapan masalah jika vaksinasi terbabit perlu ditanggung oleh badan induk bola sepak negara kerana perkara penting adalah keselamatan semua pihak lebih terjamin ketika berada di Emiriah Arab Bersatu.

"Pemain kita dikira sebagai orang asing di negara terbabit dan mungkin kerajaan mahu beri keutamaan kepada rakyat mereka dahulu.Vaksin bukan kriteria utama untuk bermain bola, namun pelaksanaan gelembung sukan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ketatadalah penting.

"Pada masa sama, kita juga tiada masalah bayar untuk dapatkan vaksin itu namun sekarang ini masalah adalah bekalan," katanya pada Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Pengadil FAM penggal 2021-2025, di sini semalam.

Antara tonggak utama pasukan yang berada dalam radar untuk disuntik ialah Luqman Hakim Shamsudin yang kini beraksi dengan KV Kortrijk di Belgium, Liridon Krasniqi bersama kelab Newcastle Jets di Australia dan dua tonggak yang bermain di Thailand iaitu Dominic Tan (Police Tero) serta Junior Eldstal (Chonburi FC).

SUMBER-MYMEIRO ONLINEDisiarkan pada: April 22, 2021 @ 11:55pm

Rabu, 21 April 2021

FAM cuba dapatkan vaksin buat tonggak Harimau Malaya di luar Malaysia



LUQMAN Hakim Shamsudin (kanan) kini berada di Belgium bersama KV Kortrijk.

Oleh SUFIAN HADI SOJAK

21 April 2021, 10:27 pm

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedang bekerja keras untuk memastikan beberapa tonggak Harimau Malaya yang berada di luar negara akan turut menerima vaksin sebelum berlepas ke Dubai pada Mei nanti.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan pihak berwajib yang mengendalikan vaksin tersebut dan menjangkakan ia mengambil sedikit masa untuk diselesaikan.

Antara pemain yang berada di luar negara seperti Luqman Hakim Shamsudin yang mewakili KV Kortrijk di Belgium, Liridon Krasniqi (Newcastle Jets di Australia) selain dua tonggak yang bermain di Thailand iaitu Dominic Tan (Police Tero) serta Junior Eldstal (Chonburi FC).

LIRIDON Krasniqi beraksi buat Newcastle Jets di Australia.

Kami akan berusaha sedaya upaya dan kami juga kena lihat dari pelbagai sudut sebab pelaksanaan dekat setiap negara semuanya berlainan.

Status dan negara lain seperti Singapura lebih mudah dan cepat, tetapi pemain Singapura di Malaysia bermasalah. Jadi begitulah kordinasinya, di mana ia memerlukan perbicangan yang mendalam.

Saya tak ada jawapan untuk penyelesaian ini tetapi perbincangan sedang berlangsung. Perbincangan itu bukan dari FAM atau pasukan bola sepak, tetapi ia memerlukan kordinasi dari ‘G to G’ (Kerajaan dengan Kerajaan) di peringkat atasan.

Sebab urusan vaksin bukan dari pasukan, jadi mungkin seminggu dua lagi kita akan dapat status semasa yang saya boleh beri malumat lebih sikit tetapi untuk pengetahun semua perbincangan sedang berjalan,” kata Stuart.

Isnin lalu, kira-kira 50 daripada 78 pemain dan pegawai Harimau Malaya telah selesai menerima suntikan dos pertama vaksin menjelang dua siri perlawanan persahabatan sebelum mengharungi pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emeriyah Arab Bersatu (UAE).1

Harimau Malaya lebih yakin

 SUKAN



HAMIDIN (tengah) bersama Cheng Hoe (kanan) dan Aidil menunjukkan dokumen sudah menerima suntikan vaksin di Dewan Seri Seroja, Jalan Diplomatik 2/2, Diplomatik Presint, Putrajaya semalam.

Harimau Malaya lebih yakin

Oleh KOSMO!

20 April 2021, 12:15 pm

Oleh SUBKHI SUDARJI

SKUAD Harimau Malaya sudah boleh memberikan tumpuan sepenuhnya pada aksi Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 Jun depan selepas menerima suntikan pertama vaksin Pfizer-BioNTech di Putrajaya semalam.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, pengambilan vaksin itu membabitkan 38 pemain Harimau Malaya dengan selebihnya terdiri daripada barisan kejurulatihan serta kakitangan badan induk bola sepak itu.

Justeru, Hamidin melahirkan ucapan terima kasih kepada Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dengan kemungkinan pengambilan dos kedua pada 10 Mei depan sebelum berlepas ke Dubai pada 20 Mei.

Terima kasih juga kepada Kementerian Belia dan Sukan menerusi Menterinya, Datuk Reezal Merican Naina Merican dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba kerana membantu Harimau Malaya untuk menerima vaksin awal sebelum ke luar negara bagi mengharungi aksi persahabatan dan kelayakan.

Harap semua baik selepas dapat suntikan dan kita sama-sama berdoa agar pemain dan pegawai mendapat manfaat vaksin ini,” katanya selepas selesai menerima dos pertama semalam.

Hamidin, menjadi penerima suntikan pertama dalam kontinjen bola sepak negara diikuti jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe dan ketua pasukan, Aidil Zafuan Abd. Radzak pada program yang berlangsung di Dewan Seri Seroja, Jalan Diplomatik 2/2, Diplomatik Presint, Putrajaya.

Harimau Malaya akan berlepas ke Dubai pada pertengahan bulan depan bagi menghadapi dua siri perlawanan persahabatan sebelum mengharungi pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Beliau berkata, kira-kira 50 daripada 78 pemain dan pegawai Harimau Malaya hadir ke program tersebut, dengan bakinya akan disuntik pada Khamis ini.

Ada beberapa pemain yang tidak sempat untuk mengambil vaksin hari ini, tetapi mereka dijangka akan hadir di sini pada Khamis nanti.

Saya fikir, vaksin ini melampaui bola sepak. Semua perlu dapatkan vaksin. Sudah tentu kami akan tampil lebih yakin,” katanya.

Menurutnya, FAM menyenaraikan 38 pemain untuk divaksinkan bagi memudahkan Cheng Hoe memilih senarai akhir yang akan dibawa ke Dubai untuk perlawanan persahabatan menentang Kuwait pada penghujung Mei depan.

Ini penting untuk pemain, pegawai dan jurulatih yang akan pergi ke luar negara kerana mereka lebih yakin kerana lebih elok berlepas ke luar negara sekali gus bagus untuk moral masing-masing.

Setakat ini, Cheng Hoe akan pantau dahulu mana pemain yang akan dibawa, jadinya selepas Raya Aidilfitri nanti akan umum senarai akhir pemain,” tegasnya.SUMBER=SUKAN KOSMO ONLINE

Cheng Hoe tak panik

 Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my



CHENG Hoe menggesa barisan penyerang tempatan menajamkan sentuhan di depan gol. FOTO FAM

Kuala Lumpur: Tiada apa yang diminta oleh pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe selain berharap penyerang tempatan dapat melakukan latihan tambahan bagi menajamkan sentuhan di depan gol.

Ternyata harapan yang disuarakan Cheng Hoe itu boleh dianggap 'semboyan' kebangkitan buat penyerang tempatan yang kini diihat agak tenggelam dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) apabila senarai penjaring terbanyak lebih didominasi ayam tambatan import.

Jelas jurulatih berusia 53 tahun yang berasal dari Kedah itu, beliau sentiasa berfikir secara positif dan percaya penyerang negara akan bangkit lebih ampuh menjelang aksi Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) Jun ini.

"Kita tahu dari segi penjaring sekarang (senarai penjaring terbanyak Liga M) adalah pemain import. Sebagai jurulatih saya kena fikir positif di mana kita tetap kena menaruh harapan walaupun penyerang tempatan kurang menyerlah di liga.

"Setiap pemain walaupun diturunkan dalam separuh masa kedua sekalipun harap dapat beri persembahan terbaik.

"Mungkin mereka boleh mempertajamkan sentuhan penyudah dalam latihan untuk bersedia bagi latihan aksi persiapan terakhir skuad kebangsaan itu nanti dan sebagai jurulatih itu harapan saya," katanya.

Arena Metro semalam melaporkan, menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2022 yang berbaki 44 hari lagi, kekuatan jentera serangan skuad Harimau Malaya menjadi kebimbangan berikutan tiada seorang pun penyerang tempatan yang merekodkan lebih daripada lima gol dalam sembilan aksi di Liga Super.

Sebaliknya ia dikuasai ayam tambatan import yang diketuai penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson da Silva dengan sembilan gol diikuti pemain Selangor FC, Ifedayo Olusegun (tujuh gol), pemain Kedah Darul Aman FC, Kpah Sherman (enam gol) dan tonggak Penang FC, Casagrande (lima gol).

Bagaimanapun, pemain baharu naturalisasi negara dari Brazil, Guilherme de Paula yang beraksi untuk Perak FC mungkin memberi sedikit kelegaan apabila berjaya meledak empat gol.

Selebihnya penyerang tempatan seperti Shahrel Fikri sekadar meledak satu gol, begitu juga dengan beberapa pemain senior lain termasuk Akhyar Rashid dan Safawi Rasid turut mencetak satu gol.

Disiarkan pada: April 21, 2021 @ 8:36pm.1

Skuad Projek FAM-MSN perlu diteruskan

BERNAMA



KIM Swee mempertahankan skuad Projek FAM-MSN. FOTO Asyraf Hamzah

Kuala Lumpur: Penglibatan skuad Projek FAM-MSN dalam saingan Liga Perdana perlu diteruskan, demi kelangsungan pembangunan bola sepak negara, kata Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Ong Kim Swee.

Kim Swee yang mengulas mengenai prestasi buruk skuad bimbingan Yusri Che Lah itu, turut menolak idea pembubaran pasukan berkenaan.

Namun, beliau berpendapat bahawa perancangan serta hala tuju yang mantap perlu difikirkan, bagi memastikan pelaburan jutaan ringgit terhadap pasukan yang dibentuk hasil kerjasama FAM dan Majlis Sukan Negara (MSN), tidak disia-siakan begitu sahaja.

"Memang rancang hendak kekalkan, projek ini saya rasa takkan bubar tapi perancangan projek ini mungkin akan difikirkan hala tujunya bagaimana, mungkin main dalam Liga Super selepas ini.

"Kita tidak boleh ada program setahun dan bubar, ini program remaja, tidak masuk akal (dibubarkan)," katanya ketika ditemui pada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di Putrajaya baru-baru ini.

Selepas sembilan perlawanan, skuad projek FAM-MSN berada di kedudukan tercorot dengan mengumpul satu mata, selepas mengalami lapan kekalahan dan mencatat satu keputusan seri.

Bekas pengendali skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan itu, meminta peminat bersabar untuk melihat impak skuad berkenaan, kerana matlamat utama projek tersebut adalah menyaksikan ia kekal sehingga ke pusingan kelayakan Sukan Olimpik 2024 nanti.Katanya peminat harus memberi ruang dan peluang kepada pemain, kerana rata-ratanya masih 'mentah' dengan saingan liga kompetitif dan percaya mereka mampu bangkit membuat kejutan pada pusingan kedua Liga Perdana kelak.

"Moral pemain agak negatif selepas mengalami kekalahan demi kekalahan, namun kita perlu beri bimbingan dan pendedahan. Mereka masih lagi baharu dalam liga, pasukan lain tentu sasar layak ke Liga Super, namun tidak bagi kami buat masa sekarang."Kami mahu mendedahkan kepada mereka dalam saingan kompetitif, kerana orang ramai perlu faham tujuan program ini adalah kekal sehingga ke kelayakan Sukan Olimpik 2024, jika dapat dua hingga tiga orang pemain yang terpilih pun sudah baik, daripada tiada apa-apa langsung," katanya.Dalam pada itu, Kim Swee difahamkan terdapat beberapa pasukan sedang berusaha memancing pemain daripada skuad berkenaan.Katanya jika tiada sebarang pemain dipancing pasukan lain, bermakna perjalanan program ini harus difikirkan semula sama ada sesuai atau tidak beraksi di Liga Perdana atau perlu ditukarkan ke pertandingan domestik yang lain.1

Disiarkan pada: April 21, 2021 @ 9:46pm

___________________________

Skuad Projek FAM-MSN mungkin main Liga Super

April 21, 2021 @ 9:47pm



Aksi pemain Skuad Projek FAM-MSN (jersi kuning) menentang Kelantan United.

KUALA LUMPUR: Pembabitan skuad Projek FAM-MSN dalam saingan Liga Perdana perlu diteruskan, demi kelangsungan pembangunan bola sepak negara, kata Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Ong Kim Swee.

Kim Swee yang mengulas mengenai prestasi buruk skuad bimbingan Yusri Che Lah itu, turut menolak idea pembubaran pasukan berkenaan.

Namun, beliau berpendapat bahawa perancangan serta hala tuju yang mantap perlu difikirkan, bagi memastikan pelaburan jutaan ringgit terhadap pasukan yang dibentuk hasil kerjasama FAM dan Majlis Sukan Negara (MSN), tidak disia-siakan begitu sahaja.

"Memang rancang hendak kekalkan, projek ini saya rasa takkan bubar tapi perancangan projek ini mungkin akan difikirkan hala tujunya bagaimana, mungkin main dalam Liga Super selepas ini.

"Kita tidak boleh ada program setahun dan bubar, ini program remaja, tidak masuk akal (dibubarkan)," katanya ketika ditemui pada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Putrajaya baru-baru ini.

Selepas sembilan perlawanan, skuad projek FAM-MSN berada di kedudukan tercorot dengan mengumpul satu mata, selepas mengalami lapan kekalahan dan mencatat satu keputusan seri.

Bekas pengendali skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan itu, meminta peminat bersabar untuk melihat impak skuad berkenaan, kerana matlamat utama projek tersebut adalah menyaksikan ia kekal sehingga ke pusingan kelayakan Sukan Olimpik 2024 nanti.

Katanya peminat harus memberi ruang dan peluang kepada pemain, kerana rata-ratanya masih 'mentah' dengan saingan liga kompetitif dan percaya mereka mampu bangkit membuat kejutan pada pusingan kedua Liga Perdana kelak.

"Moral pemain agak negatif selepas mengalami kekalahan demi kekalahan, namun kita perlu beri bimbingan dan pendedahan. Mereka masih lagi baharu dalam liga, pasukan lain tentu sasar layak ke Liga Super, namun tidak bagi kami buat masa sekarang.

"Kami mahu mendedahkan kepada mereka dalam saingan kompetitif, kerana orang ramai perlu faham tujuan program ini adalah kekal sehingga ke kelayakan Sukan Olimpik 2024, jika dapat dua hingga tiga orang pemain yang terpilih pun sudah baik, daripada tiada apa-apa langsung," katanya.

Dalam pada itu, Kim Swee difahamkan terdapat beberapa pasukan sedang berusaha memancing pemain daripada skuad berkenaan.Katanya jika tiada sebarang pemain dipancing pasukan lain, bermakna perjalanan program ini harus difikirkan semula sama ada sesuai atau tidak beraksi di Liga Premier atau perlu ditukarkan ke pertandingan domestik yang lain. - BERNAMA.1

Siapa ayam tambatan?

Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my



Pemain Selangor FC, Ifedayo Olusegun Patrick Omosuyi ( dalam aksi saingan liga super menentang Perak FCdi Stadium MBPJ. FOTO OWEE AH CHUN

Kuala Lumpur: Timbul kebimbangan di jentera serangan skuad Harimau Malaya menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang berbaki 44 hari sebelum turun menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Dubai pada 3 Jun ini.

Berdasarkan kedudukan terkini senarai penjaring Liga Super, tiada seorang pun penyerang tempatan yang merekodkan lebih daripada lima gol dalam sembilan aksi di saingan divisyen satu Liga Malaysia (Liga M) itu.

Sebaliknya ia dikuasai ayam tambatan import yang diketuai penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson da Silva dengan sembilan gol diikuti pemain Selangor FC, Ifedayo Olusegun (tujuh gol), pemain Kedah Darul Aman FC, Kpah Sherman (enam gol) dan tonggak Penang FC, Casagrande (lima gol).

Bagaimanapun, pemain baharu naturalisasi negara dari Brazil, Guilherme de Paula (gambar) yang beraksi untuk Perak FC mungkin memberi sedikit kelegaan apabila berjaya meledak empat gol bagi melegakan seketika tekanan pasukan negara di bahagian hadapan.

Selebihnya penyerang tempatan seperti tonggak Selangor, Shahrel Fikri sekadar meledak satu gol, begitu juga dengan beberapa pemain senior lain termasuk bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Akhyar Rashid dan Safawi Rasid turut mencetak satu gol.

Begitupun, tonggak muda JDT yang semakin meningkatkan naik iaitu Arif Aiman Hanapi mungkin boleh dijadikan sandaran di pusingan kelayakan di Dubai itu nanti apabila pemain berusia 18 tahun itu berjaya meledak dua gol setakat ini.

Untuk rekod, penyerang tempatan yang kini mendahului senarai penjaring adalah Darren Lock yang beraksi buat Petaling Jaya City serta S Kumaahran bersama Melaka United yang masing-masing sudah menjaringkan tiga gol.

Pengendali negara, Tan Cheng Hoe pastinya berdepan cabaran besar untuk memastikan taring skuad Harimau Malaya di Dubai nanti tampil lebih tajam bagi merobek gawang lawan, sekali gus memburu kemenangan.

Namun mengikut statistik pasukan kebangsaan sebelum ini, ternyata corak permainan dan taktikal Cheng Hoe tidak hanya meletakkan tugas menjaringkan gol di bahu penyerang semata-mata.

Hampir separuh gol yang dicatatkan dalam lima aksi kelayakan sebelum ini disumbangkan oleh pemain tengah dan sayap dengan menekankan aspek permainan bola sepak secara terbuka.

Apa yang penting, dua aksi persahabatan menentang Bahrain dan Kuwait harus digunakan sebaiknya untuk meningkatkan dan mengasah taring pasukan negara sebelum ke medan sebenar bertemu UAE, Vietnam dan Thailand pada 3, 11 dan 15 Jun ini.

Ketika ini, Malaysia menghuni tangga kedua Kumpulan G dengan sembilan mata dan hanya dipisahkan dua mata daripada Vietnam di tangga pertama.SUMBER-MY METRO ONLINE

Sementara Thailand, UAE dan Indonesia di kedudukan ketiga hingga lima.

Disiarkan pada: April 21, 2021 @ 7:15am

Semoga Harun Jusoh cepat sembuh

Malik Muhamad

am@hmetro.com.my



Bekas pemain kebangsaan, Harun Jusoh ditemani isterinya, Sharifah Azizah Syed Omar selepas terlantar sakit radang sendi di rumahnya. FOTO Malik Muhamad

Kuala Terengganu: "Saya rindu bola sepak... saya nak lihat pasukan negara dan Terengganu terus cemerlang," demikian reaksi dalam nada tersekat-sekat bekas pemain bola sepak kebangsaan yang pernah beraksi di Sukan Olimpik Munich, Jerman 1972, Harun Jusoh, 73.

Beliau yang juga legenda bola sepak Terengganu kini bertarung dengan penyakit radang sendi dan kini memerlukan penjagaan yang rapi kerana tidak mampu bergerak dan hanya bergantung sepenuhnya kepada susu khas untuk meneruskan hidup.

Menurut isterinya, Sharifah Azizah Syed Omar, 69, suaminya terlantar sakit sejak lebih sebulan lalu dan kini mengharapkan bantuan orang lain untuk menguruskan diri termasuk mandi dan memakai lampin pakai buang.

"Sebelum ini suami menghidap sakit saraf selepas bersara daripada arena bola sepak, namun ketika itu masih lagi berupaya melakukan kerja.

"Namun sejak lebih sebulan lalu keadaan kesihatannya mulai merosot selepas disahkan menghidap radang sendi dan hanya bergantung kepada susu khas sebagai sumber makanan.

"Jadi untuk menguruskan seorang diri makcik tak mampu, khidmat jururawat disediakan bagi membantu suami di samping anak makcik.

"Besar harapan makcik untuk melihat suami kembali pulih seperti biasa selain memohon doa daripada seluruh peminat bola sepak negara," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Che Kundur, Batu Buruk, semalam.

Harun Jusoh (duduk dua kanan) bersama rakan sepasukannya dalam skuad Olimpik Munich 1972.

Mengulas lanjut, Sharifah Azizah berkata, ketika sihat suaminya jarang berkongsi mengenai sukan bola sepak, namun dia pernah menyatakan hasrat untuk membimbing anak muda Terengganu menjadi pemain bintang dalam sukan itu.

"Suami pernah melahirkan hasrat untuk membantu pemain muda jadi sepertinya kerana dia terlalu sayangkan sukan ini, tapi apakan daya kudratnya kini semakin merosot akibat penyakitnya itu," katanya.

Mengimbas zaman kegemilangannya ketika mewakili pasukan negeri dan kebangsaan, beliau seorang pemain sayap kiri yang lincah dan digeruni pihak lawan.Jadi tidak hairan beliau menjadi anak pertama Terengganu terpilih mewakili pasukan kebangsaan sebelum adiknya, Allahyarham Yahya yang meninggal pada 2013 mengikut jejaknya mewakili negara.

Sepanjang kariernya, beliau pernah beraksi bersama legenda kebangsaan termasuk Allahyarham Mokhtar Dahari, Ali Bakar, Abdullah Ali, Datuk Soh Chin Aun, R Arumugan, Datuk Santokh Sing dan Shukor Salleh selain pernah mencipta sensasi ketika beraksi bersama pasukan kebangsaan menewaskan Arsenal 2-0 dan 1-1 dalam dua aksi persahabatan pada Mei 1975.

Selain itu beliau juga pernah mewakili negara dalam temasya Sukan Sea Rangoon , Myanmar 1969, Sukan Asia Tehran 1974 (mengutip gangsa) dan Sukan Olimpik Moscow 1980 sebelum Malaysia tarik diri.

SUMBERDisiarkan pada: April 21, 2021 @ 3:00pm

Isnin, 19 April 2021

Muka baharu gamit tumpuan Cheng Hoe

| | 19 April 2021




Ramadhan Saifullah antara bintang muda negara yang sedang meningkat naik. FOTO: FB JOHOR SOUTHERN TIGERS
BEBERAPA muka baharu berjaya menarik perhatian ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk dipilih mewakili skuad Harimau Malaya bagi menghadapi baki kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) Jun ini.
Tanpa mendedahkan pemain berkenaan, Cheng Hoe berkata, penelitian itu dibuat setelah pihaknya membuat senarai pendek terhadap 38 pemain untuk persiapan menghadapi cabaran di UAE nanti.
“Kita akan pantau prestasi mereka dalam saingan liga terlebih dahulu.Terdapat juga beberapa pemain yang mengalami kecederaan dan tidak beraksi dalam Liga Super, jadi saya harapkan mereka dapat segera pulih supaya dapat bersedia selain berharap tiada lagi pemain mengalami kecederaan selepas ini bagi menghadapi saingan di UAE,” katanya kepada pemberita pada Isnin.
Beliau berkata demikian selepas menerima suntikan vaksin dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di Dewan Seri Seroja Putrajaya.
Antara muka baharu yang dipanggil menjalani latihan skuad negara sebelum ini, adalah penyerang muda sensasi, Luqman Hakim Shamsudin dan bintang meningkat naik Johor Darul Ta'zim (JDT), Ramadhan Saifullah Usman.
Saingan lebih mencabar pastinya menanti barisan pemain untuk merebut tempat dalam skuad kebangsaan memandangkan hanya 26 atau 27 pemain akan terpilih dalam senarai akhir sebelum berlepas ke UAE dijadualkan pada 20 Mei depan.
Terdahulu, skuad kebangsaan akan dihimpunkan untuk menjalani kem latihan pusat pada 16 Mei sebelum beraksi dalam dua perlawanan persahabatan menentang Kuwait yang dijangka pada 23 Mei dan Bahrain (28 Mei).
Malaysia akan menentang tuan rumah, UAE pada 3 Jun, diikuti berdepan Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun) dalam perebutan gelaran juara Kumpulan G untuk memburu slot automatik ke pusingan akhir Piala Asia 2023 sekali gus mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022. - Bernama
SUMBER-Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/134411/BERITA/Sukan/Muka-baharu-gamit-tumpuan-Cheng-Hoe© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Sabtu, 17 April 2021

‘Pak Arab’ mampu uji karakter Harimau Malaya

SHAHRIZAL AHMAD ZAINI | | 16 April 2021




Cheng Hoe
PENGENDALI Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe berharap aksi pemanas badan berdepan Bahrain dan Kuwait dapat membantu persiapan skuad kendaliannya bagi menghadapi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Jun depan.
“Kami pilih Bahrain kerana gaya serta corak permainan mereka sama dengan UAE termasuk dari segi saiz pemain. Malah, satu lagi pasukan yang akan menguji pasukan kita juga dari Asia Barat.“Kami bukan tidak mahu aksi persahabatan dengan pasukan dari negara ASEAN tetapi corak permainan mereka termasuk saiz pemain hampir sama dengan pemain-pemain negara.
“Jadi sebaiknya kami menentang pasukan dari Asia Barat kerana ia akan menguji kekuatan pasukan negara. Lagipun kami perlu juga menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di sana,” katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.
Skuad Harimau Malaya dijadualkan berlepas ke Bahrain pada 19 Mei sebelum menghadapi dua aksi persahabatan menentang Kuwait (23 Mei) dan Bahrain (28 Mei).
Selepas mengharungi lima perlawanan, Malaysia kini berada di tangga kedua Kumpulan G Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dengan mengumpul sembilan mata - dua mata di belakang pendahulu, Vietnam.
Dalam baki tiga perlawanan di UAE nanti, Malaysia dijadualkan menentang UAE pada 3 Jun diikuti Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun).
Dalam pada itu, Cheng Hoe menarik nafas lega apabila skuad Harimau Malaya bakal menerima suntikan vaksin Covid-19 sebelum mereka berlepas ke UAE bermula 19 April ini.
“Ini satu berita baik. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican (Naina Merican) atas inisiatifnya bagi memastikan skuad Harimau Malaya menerima suntikan vaksin Covid-19,” ujarnya.
SUMBERArtikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/133813/BERITA/Sukan/Pak-Arab-mampu-uji-karakter-Harimau-Malaya© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Khamis, 15 April 2021

Jaminan vaksin legakan Harimau Malaya

BERNAMA | | 15 April 2021




Pemain Harimau Malaya ketika menjalani latihan di Padang Seri Gelam, Johor Bahru bulan lalu. - Foto Football Association of Malaysia
JAMINAN suntikan vaksin Covid-19 kepada skuad kebangsaan menghilangkan kebimbangan dari sudut kesihatan pemain menjelang pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Jun depan.
Pengurus pasukan, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, perkembangan itu cukup melegakan anak buah ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe untuk berdepan UAE, Vietnam dan Thailand dalam saingan Kumpulan G kempen kelayakan tersebutMalah, beliau berkata, pemberian vaksin Covid-19 juga dapat membina keyakinan pemain dan pegawai pasukan yang akan berlepas ke UAE lebih awal bagi menghadapi dua aksi persahabatan menentang Kuwait (23 Mei) sebelum menentang pasukan kebangsaan Bahrain pada 28 Mei.
"Kesihatan barisan pemain kini terjamin. Mereka dapat pergi dengan hati yang tenang dan tanpa kerunsingan atau risau mereka akan dijangkiti. Pada kita (pasukan kebangsaan) ia amat penting untuk mendapatkan vaksin Covid-19 sebelum berangkat ke UAE," katanya pada Khamis.
Sebelum ini, dikhabarkan tiada jaminan diberikan kepada skuad Harimau Malaya untuk menerima vaksin Covid-19 sebelum berlepas ke UAE, sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pemain dan barisan kejurulatihan pasukan.
Namun, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pada Rabu mengesahkan 78 individu terdiri daripada pemain dan pegawai termasuk Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin akan menerima dos pertama suntikan vaksin di Putrajaya, Isnin depan.
SUMBERArtikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/133799/BERITA/Sukan/Jaminan-vaksin-legakan-Harimau-Malaya© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rabu, 14 April 2021

Harimau Malaya kena ‘cucuk’ Isnin depan



Oleh SUFIAN HADI SOJAK

14 April 2021, 9:12 pm

KUALA LUMPUR: Seramai 78 pemain Harimau Malaya termasuk pegawai dan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin akan divaksinkan Isnin depan di Putrajaya.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam sidang akhbar pada majlis pelancaran Detik 100 Hari ke Olimpik Tokyo.

Alhamdulillah berkat daripada usaha kita yang berterusan, kami ingin memaklumkan bahawa sejumlah 78 pemain, jurulatih dan pegawai termasuk Presiden FAM akan divaksinkan pada tarikh yg lebih awal iaitu 19 April ini hari Isnin di Dewan Seri Seroja, Presint 15, Putrajaya.

Bermakna mereka dapat divaksin sepenuhnya (dua dos) sebelum berangkat ke Dubai bagi menghadapi perlawanan bermula 23 Mei,” katanya.

Dos kedua akan diterima tiga minggu atau 21 hari selepas suntikan pertama iaitu pada 10 Mei.

Skuad Harimau Malaya pada awalnya dijadualkan menerima suntikan vaksin tersebut pada penghujung bulan April ini.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe akan menyertai kem latihan pada 16 Mei ini, sebelum berlepas ke Bahrain tiga hari kemudian.SUMBER-SUKAN UM ONLINE

Selasa, 13 April 2021

Pemain muda gugup

Nazri Abu Bakar

sukan@hmetro.com.my



Yusri Che Lah.

Melaka: "Usah tunduk dan terus bangkit kerana bola sepak bukan sesuatu yang mudah buat pemain muda tambahan semuanya masih baharu dalam liga di negara kita," kata jurulatih Skuad Projek FAM-MSN, Yusri Che Lah selepas pasukannya dibelasah 1-7 oleh Sarawak United di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, malam kelmarin.

Justeru, katanya, pemain perlu bekerja lebih keras kerana liga itu menjanjikan saingan cukup baik terutama pendedahan yang amat positif dalam aspek pembangunan.

Apapun, beliau mengakui tidak berpuas hati dengan komitmen ditunjukkan pemainnya yang berubah berbanding aksi terdahulu ketika mengikat Kuching FC.

Menurutnya, keputusan berkenaan memang berat untuk diterima kerana pemain sekali lagi berdepan situasi terlalu menghormati lawan, menyebabkan sedikit sebanyak kegugupan berlaku sepanjang perlawanan, namun beliau tetap positif terhadap masa depan pemain projek terbabit.

Beliau berkata, gol yang diperoleh lawan semuanya hasil kesilapan dicipta sendiri oleh pemainnya sepanjang 90 minit permainan.

"Kami meletakkkan barisan sama ketika berdepan Kuching FC. Namun sikap terlalu hormat pemain lawan menjadi antara punca dua gol awal berlaku dalam tempoh dua minit menyebabkan moral pemain dan pasukan terjejas," katanya.

Gol Sarawak United dihadiahkan menerusi empat jaringan Uche Agba pada minit ke-15, 17, 30 dan 61 selain S Chanturu m-45, Abdul Rahim Abdul Razak m-82 dan Tommy Mawat Bada m-87.

Jaringan sagu hati skuad projek diperoleh menerusi sepakan penalti Azhad Harraz Azman (m-57) sekali gus memecah kekebalan kubu Sarawak United sepanjang lima aksi sebelum ini.

Kemenangan itu, membolehkan Sarawak United kini unggul di persada liga menerusi kutipan 16 mata hasil daripada enam perlawanan sementara tangga kedua milik Negeri Sembilan dengan 13 mata selepas mengharungi tujuh aksi awal.

Sementara itu, jurulatih Sarawak United, E Elavarasan terkilan kubu yang tidak pernah bocor sebelum ini musnah di tangan Skuad Projek FAM-MSN.

Katanya, usaha mengekalkan rekod tanpa dibolosi akhirnya musnah menerusi jaringan penalti lawan, namun cara gol itu tetap dianggap positif sebagai motivasi pemain kerana gawang dibocori bukan menerusi gerakan padang.

"Saya akui pengalaman luas pemain kami termasuk bintang import memberi kelebihan kepada pasukan Sarawak United untuk menafikan kesungguhan lawan.

"Prestasi pemain muda negara tidak boleh diukur dalam perlawanan ini kerana Skuad Projek masih dalam proses pembentukan dan pembangunan yang perlu diberi ruang setahun atau dua tahun lagi untuk lebih matang," katanya.

Disiarkan pada: April 12, 2021 @ 7:01am SUMBER-MYMETRO ONLINE

Kaji semula - Azraai

Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my



SKUAD Projek FAM-MSN (jersi hitam) disaran beraksi di Liga M3 atau Piala Presiden terlebih dulu. FOTO AZRUL EDHAM MOHD AMINUDDIN

Kuala Lumpur: Kekalahan terbaharu 1-7 oleh skuad projek Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)-Majlis Sukan Negara (MSN) di tangan Sarawak United dalam Liga Perdana perlu dikaji semula.

Bekas pengendali skuad Harimau Muda A, Azraai Khor Abdullah berkata, pembabitan pasukan muda itu berusia 17-20 tahun di saingan divisyen dua Liga Malaysia (Liga M) itu dilihat agak sukar buat skuad masa depan negara itu.

"Mana boleh pasukan itu (skuad projek FAM-MSN) nak bersaing dengan pasukan profesional di Liga Perdana. Saingan Liga Perdana adalah tinggi di mana pasukan-pasukan banyak gunakan pemain import yang bagus-bagus dan berkualiti.

"Macam mana budak-budak itu nak bersaing dengan pemain profesional. Sama lah juga dulu, masa saya bawa Harimau Muda A main di Slovakia main dalam divisyen dua di sana, memang susah nak menandingi mereka.

"Saya rasa tak terlambat lagi, daripada main Liga Perdana bagi mereka main dulu di Liga M3 atau Piala Presiden. Di situ lebih sesuai buat mereka daripada dibiarkan hingga semangat pemain pun luntur," katanya kepada Arena Metro.

Kelmarin, anak buah Yusri Che Lah dibelasah 1-7 oleh Sarawak United dalam aksi Liga Perdana di Stadium Hang Jebat yang boleh dianggap memalukan.

Faktor dibarisi pemain muda berusia 17-20 tahun, tiada pemain import atau skuad pembangunan tidak boleh dijadikan alasan kerana hakikatnya mereka mewakili masa depan bola sepak negara.

Arena Metro cuba menghubungi Timbalan Presiden FAM, Datuk S Sivasundaram yang juga memegang portfolio hal ehwal pembangunan gagal untuk dihubungi bagi mendapatkan respon beliau mengenai kekalahan terbaru itu.

Skuad projek FAM-MSN dibentuk bagi menghadapi pusingan Kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 selain Sukan Sea Kemboja 2023 nanti.SUMBER-MY METRO ONLINE

Disiarkan pada: April 12, 2021 @ 11:19pm

Selasa, 6 April 2021

'Tak mungkin sebulan dua boleh hebat'

Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.my



SKUAD Projek FAM-MSN tewas semua enam perlawanan setakat ini. FOTO Johor Southern Tigers

Kuala Lumpur: "Kita tidak mampu untuk lahirkan pemain hebat dalam tempoh satu atau dua bulan saja," Itu penjelasan pengendali skuad Projek Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)-Majlis Sukan Negara (MSN), Yusri Che Lah apabila anak buah terus 'konsisten' mencatat kekalahan keenam berturut-turut pada saingan Liga Premier baru-baru ini.

Menerusi rekod yang boleh dikatakan agak buruk dengan hanya empat jaringan dan 20 gol dibolosi serta tewas semua perlawanan sudah tentu Yusri menyedari banyak kritikan pedas terus dilemparkan kepada pasukan kendaliannya ketika ini.

Yusri berkata, sudah tentu mana-mana pengendali pasukan bola sepak mahukan kemenangan namun beliau menyedari dalam situasi sekarang agak sukar berbuat demikian dengan anak buahnya masih baharu dalam saingan kompetitif.

"Kita perlukan masa dan sudah tentu mana mampu melahirkan pemain hebat terus untuk tempoh sebulan dua. Pada masa sama, saya faham dengan kata-kata di luar, mereka tidak mahu kata-kata selamat namun kena faham kerana inilah pembangunan dalam bola sepak," katanya.

Terdahulu, Lim Teong Kim menerusi laporan Arena Metro berkata, definisi pembangunan bola sepak sebenar adalah untuk melahirkan pemain secara individu yang memiliki kekuatan mental dan karakter serta jati diri kuat berbanding tindakan FAM yang dilihat hanya mahu membina sebuah pasukan semata-mata.

Selain itu, Pengarah Teknikal Persatuan FAM Datuk Ong Kim Swee enggan mahu terus memberi kenyataan berkaitan isu berkenaan dan mahu semua pihak menunggu seterusnya melihat saja hasilnya pada hujung musim nanti.

Malah, Kim Swee tidak mahu terus melihat isu membabitkan skuad ubi muda itu terus menjadi 'bahan utama' untuk dihentam dan dipertikaikan oleh pihak tertentu sekali gus akan menjejaskan prestasi mereka ketika ini.

Kim Swee berkata, ketika ini terlalu awal untuk meletakkan 'hukuman' atau menghentam inisiatif berkenaan walaupun pasukan itu gagal mengutip sebarang mata selepas mengharungi lima perlawanan.

SUMBER=MY METRO ONLINE Disiarkan pada: April 6, 2021 @ 11:11am

Ahad, 4 April 2021

Cheng Hoe harap persiap Harimau Malaya lebih awal

April 4, 2021 @ 9:37pm



Tan Cheng Hoe (lima dari kanan) ketika mengendalikan latihan pusat skuad Harimau Malaya di Johor Bahru, baru-baru ini. - Foto ihsan Facebook FAM.

KUALA LUMPUR: Menyedari skuad kebangsaan jauh ketinggalan dari sudut persiapan berbanding tiga lawannya, ketua jurulatih Tan Cheng Hoe berharap dapat menyediakan pasukan lebih awal menjelang baki saingan kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023, Jun ini.

Cheng Hoe mahukan tempoh antara 10 hingga 12 hari pada Mei, sebelum berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 3 Jun, Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun) yang sudah melakukan persiapan lebih awal termasuk menguji pasukan melalui beberapa siri aksi persahabatan sejak tahun lalu.

Jelasnya, persediaan rapi sebelum bersaing dengan ketiga-tiga pasukan dalam aksi Kumpulan G itu, adalah faktor utama yang mampu membawa kepada kejayaan skuad Harimau Malaya dalam misi layak secara automatik ke pusingan akhir Piala Asia 2023.

"Mana-mana pasukan kalau dapat lagi lama (persiapan) lagi bagus, tetapi jika dapat dalam 10 atau 12 hari memang sesuatu yang terbaik. Sebab kita juga perlu menyusun aksi pemanas badan yang juga elemen terpenting kepada pasukan.

"Berbanding main di laman sendiri, aksi kali ini agak berlainan sebab kita bermain di UAE. Kita perlu berada di sana atau negara yang iklimnya lebih kurang dengan UAE, kerana kita memang perlukan masa untuk tujuan adapatasi dengan cuaca di sana," katanya kepada Bernama, hari ini.

Bulan Jun dianggap sebagai musim panas di UAE, terutama di ibu kotanya Abu Dhabi dengan purata suhu di waktu siang mampu mencapai 40 darjah celsius dan purata 25 darjah celsius pada sebelah malam.

Sebagai jurulatih berpengalaman, Cheng Hoe bagaimanapun tidak melihat ia sebagai halangan untuk mencipta kejayaan di UAE, sekiranya barisan pemain mampu bersedia dari segi mental dan fizikal menerusi tempoh masa persiapan yang ideal.

Kini, apa yang menjadi kegusaran beliau adalah aksi saingan Liga Malaysia (Liga M) yang dijadual berlangsung sehingga minggu terakhir Mei, sekali gus menjadi halangan bagi mengumpulkan barisan pemain lebih awal.

Namun, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah mengemukakan cadangan kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk menangguhkan aksi Liga M, membabitkan perlawanan selepas Aidilfitri yang dijangka disambut pada 13 dan 14 Mei.

"Memang bagus jika ia (cadangan FAM) diterima, sebab semua maklum skuad kebangsaan sudah lebih setahun tidak dikumpulkan untuk menjalani kem latihan . Dan kem latihan pusat di Johor Bahru (22-28 Mac) juga agak singkat, tetapi saya gembira dengan bagaimana ia dilaksanakan," kata Cheng Hoe.

Selepas lima perlawanan, Malaysia dipisahkan dua mata di belakang Vietnam selaku pendahulu kumpulan dengan mengumpul 11 mata, sementara Thailand di kedudukan ketiga (lapan mata) dan UAE di kedudukan keempat mengumpul enam mata, dengan kurang satu perlawanan.

Layak ke Piala Asia 2023 adalah misi skuad kebangsaan dalam Peta Hala Tuju FAM (F:30), dan selepas menewaskan Thailand serta Indonesia dalam aksi kumpulan sebelum ini, Malaysia berada di landasan terbaik untuk layak secara merit, selepas kali terakhir pada edisi Piala Asia 1980 di Kuwait.

- BERNAMA SUMBER-MY METRO ONLINE

Khamis, 1 April 2021

Kebimbangan terhadap skuad Projek FAM-MSN jadi realiti

Syafiq Aznan - April 1, 2021 @ 12:39pm

syafiq.aznan@bh.com.my



Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (tengah) melancarkan logo Skuad Projek FAM-MSN di Wisma FAM pada 10 Disember lalu. - Foto ihsan team mas

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (tengah) melancarkan logo Skuad Projek FAM-MSN di Wisma FAM pada 10 Disember lalu. - Foto ihsan team mas

KUALA LUMPUR: Apa yang dibimbangkan akhirnya berlaku juga selepas Skuad Projek FAM-MSN menjadi 'lubuk tiga mata' kepada pasukan Liga Perdana pada penyertaan sulung mereka dalam kancah divisyen dua itu musim ini.

Ini kerana selepas mengharungi lima perlawanan, skuad bimbingan Yusri Che Lah itu menjadi satu-satunya pasukan yang belum meraih sebarang mata selepas tewas semua perlawanan dengan agregat jaringan bolos 4-15.

Situasi ini menyaksikan bekas pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim menggesa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) supaya menarik keluar pasukan itu bagi mengelak keyakinan pemain terus 'dirosakkan' dengan siri keputusan negatif yang diraih mereka.

Bekas pengendali skuad remaja Bayern Munich itu menegaskan kekalahan demi kekalahan yang dihadapi 'ubi muda' itu mungkin memberi kesan kepada mentaliti kemenangan pemain.

Bagaimanapun, pendapat Teong Kim disanggah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan FAM, Datuk S Sivasundaram yang memberi bayangan pihaknya tiada perancangan untuk membatalkan penyertaan pasukan itu dalam Liga Perdana.

Sivasundaram yang juga Timbalan Presiden FAM itu menegaskan pandangan yang diberikan Teong Kim itu adalah pendapat peribadi semata-mata dengan dia mengakui Skuad Projek FAM-MSN memerlukan pertandingan di peringkat lebih tinggi untuk membantu perkembangan mereka.

"Itu hanyalah pandangan seorang individu. Saya berpendapat Skuad Projek FAM-MSN ini perlu diteruskan kerana lebih baik mereka beraksi di peringkat yang lebih tinggi. Kita tidak harus melihat kepada keputusan perlawanan semata-mata.

"Sebagai contoh, kita lihat sebelum ini pada aksi menentang Selangor II, mereka ketinggalan 3-0 tetapi berjaya menjaringkan dua gol walaupun tewas 4-2. Jadi kita tahu pemain ada keinginan dan semangat untuk memberikan persembahan yang terbaik.

"Sebab itulah kita akan terus memberi sokongan kepada skuad projek ini," katanya,

SUMBER-BH ONLINE