Sabtu, 30 Mei 2015

Sekadar satu jaringan


 
PEMAIN negara, Muhammad Nurizwan Abu Hassan (dua dari kanan) cuba melepasi empat pemain Timor Leste pada saingan Kumpulan B Sukan SEA Singapura di Stadium Bishan malam tadi.

KEM bola sepak negara perlu membuat lebih banyak `kerja rumah' setelah sekadar mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Timor Leste dalam saingan Kumpulan B di Stadium Bishan, Singapura malam tadi.

Mutu permainan skuad muda negara bimbingan Datuk Ong Kim Swee perlu ditingkatkan bagi memberi saingan sengit ke atas juara bertahan Thailand serta Vietnam yang ghairah menjaringkan enam gol tanpa balas ke atas Laos dan Brunei pada aksi pertama kelmarin.

Gol tunggal skuad negara dihasilkan oleh D. Saarvindran pada minit ke-11 dan pemain Pahang itu turut melepaskan beberapa peluang untuk menambah jaringan.

Aksi skuad muda negara kemudian tempang apabila pemain tengah, Muhammad Nazmi Faiz Mansor dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan, Foo Chuan Hoi pada minit ke-31 setelah didakwa meludah pemain lawan, Filipe Oliveira.

Pada aksi kedua Malaysia akan berdepan saingan Vietnam Selasa ini, diikuti cabaran sukar menentang

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0531&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz3bfvzvMwG Hakcipta terpelihara

KEPUTUSAN PENUH MALAYSIA 1-0 TIMOR LESTE


OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Malaysia    Timor Leste
m-11 D.Saavindran
PEMAIN MALAYSIA
01 MOHD FARHAN ABU BAKAR
06 D SAAVINDRAN
07 MUHAMMAD NAZMI FAIZ MANSOR
09 SYAFIQ AHMAD
12 GARY STEVEN ROBBAT
16 MD NURIDDZUAN ABU HASSAN
17 FANDI OTHMAN
25 ADAM NOR AZLIN
26 MD AMER SAIDIN
28 MD AZRUL HISYAM
29 MATTHEW DAVIES
PEMAIN GANTIAN
20 S.KUMAHRAN
21NAZIRUL NAIM

08 SAIFUL RIDUAN SELAMAT

Sabtu, 16 Mei 2015

Pelan terjejas

Oleh Azlan Muhammad Zain-azlanmz@hmetro.com.my

Petaling Jaya: Pengendali Harimau Malaya, Dollah Salleh mengakui persiapannya sedikit terjejas apabila sejumlah besar pemain kebangsaan akan mendaftar lewat bagi kem latihan pusat bermula hari ini.
Dollah terpaksa melepaskan pemain Johor Darul Ta’zim (Johor DT) dan Pahang apabila kedua-dua pasukan itu melangkah ke pusingan kedua Piala AFC dengan perlawanan dijadualkan berlangsung pada 26 dan 27 Mei ini.
Ia membabitkan 13 pemain Johor DT termasuk Safiq Rahim, Aidil Zafuan Abd Radzak, Amri Yahyah, S Chanturu selain lima pemain Pahang serta beberapa pemain yang terbabit dengan saingan Sukan SEA di Singapura.
“Setakat ini tiada perubahan dalam senarai pemain untuk kem latihan pusat, cuma saya khuatir dengan ketiadaan pemain Johor DT dan Pahang yang akan lewat lapor diri (pada 28 Mei),” kata Dollah.
Ketiadaan pemain kedua-dua pasukan bermakna skuad negara kehilangan sebahagian besar pemain utama.
“Persiapan sedikit terjejas. Saya perlu menunggu hingga mereka melaporkan diri untuk terangkan konsep yang saya inginkan. Saya perlu memulakan kembali supaya pemain Johor DT dan Pahang dapat memahami konsep. Itu kerisauan saya,” ujarnya.
Dollah menerusi laporan Arena Metro semalam mahu menerapkan corak latihan berbeza yang menekankan intensiti tinggi selepas meninjau corak latihan pemain di Jepun baru-baru ini.
Seramai 19 pemain tempatan selain lima pemain import dipanggil bagi kem latihan pusat fasa pertama bermula hari ini hingga 27 Mei untuk aksi persahabatan menentang kelab Liga Perdana Inggeris, Tottenham Hotspurs.
Ia disusuli fasa kedua kem latihan pusat dari 28 Mei hingga 17 Jun dengan misi menghadapi kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 menentang Timor Leste dan Palestin di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Mei 2015 @ 5:09

- SUMBER: http://www.hmetro.com.my/node/51523#sthash.A8Ii2PCh.dpuf