Rabu, 12 September 2018

Jangan ambil mudah - Khairul Fahmi

Rabu, 12 September 2018 | 4:47pm
KHAIRUL Fahmi Che Mat - Foto ADZLAN SIDEK
Jangan ambil mudah - Khairul Fahmi
Oleh Aziman Rosdi
aziman@nstp.com.my
 
KUALA LUMPUR: Penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat menegaskan kemenangan 3-1 ke atas Kemboja dalam aksi persahabatan antarabangsa kelmarin bukan jaminan laluan mudah buat Harimau Malaya dalam kempen Piala AFF November ini.

Pemain berusia 29 tahun itu percaya, mereka seharusnya berwaspada dengan kebangkitan pasukan ‘underdog’ seperti Kemboja dan Laos yang mampu melakukan kejutan bagi saingan Kumpulan A.

“Pasukan Kemboja sangat berbeza di bawah Keisuke Honda (jurulatih baru). Saya pernah bermain menentang Kemboja sebelum ini tapi ini pasukan Kemboja yang terbaik,” kata pemain Melaka United itu.

“Saya percaya pada Piala AFF nanti, kita tak boleh ambil mudah pasukan ‘underdog’, kita kena bersedia kerana mereka boleh bangkit.”

Selain Kemboja dan Laos, skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe perlu berdepan pasukan pilihan Vietnam dan Myanmar untuk melepasi halangan Kumpulan A yang bakal bermula 8 November depan.

Dalam aksi persahabatan di Stadium Olimpik Nasional Phnom Penh kelmarin, Malaysia bangkit meledak gol pada babak kedua menerusi Shahrul Saad, Syazwan Andik dan Shahrel Fikri selepas Soeuy Visal membuka jaringan untuk tuan rumah.

Bagaimanapun, skuad kebangsaan seharusnya berterima kasih kepada Khairul Fahmi atau Apek yang menyelamatkan hampir lima percubaan bahaya Kemboja.

Biarpun mempamerkan aksi bertaraf wira itu, dia yang menjadi tonggak utama skuad juara Piala AFF 2010 mengakui belum ada jaminan untuknya memegang status penjaga gol nombor satu negara.

“Masih banyak yang perlu saya perbaiki, kena kerja kuat lagi untuk rebut tempat dalam skuad ke Piala AFF,” kata Khairul Fahmi.

Selain Khairul Fahmi, Cheng Hoe kini memiliki beberapa pilihan untuk posisi penjaga gol antaranya Farizal Marlias, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Haziq Nadzli, Izham Tarmizi dan Ifwat Akmal Chek Kassim.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE         Rabu, 12 September 2018 | 4:47pm

Kebangkitan bergaya Harimau Malaya


Muhd. Ardie Putra Suhaimi
11 September 2018 2:01 AM

PENYERANG Malaysia, Akhyar mengawal bola sambil dikejar dua pemain Kemboja, Bin Chanthacheary (kiri) dan Cheng Meng pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional, Phnom Penh malam tadi.

SKUAD bola sepak kebangsaan berjaya bangkit daripada ketinggalan untuk meraih kemenangan ketiga di pentas antarabangsa tahun ini selepas menewaskan Kemboja 3-1 pada perlawanan persahabatan di Stadium Nasional, Phnom Penh malam tadi.

Keputusan tersebut sekali gus menyaksikan skuad Harimau Malaya kembali di landasan kemenangan susulan kekalahan mengecewakan 0-2 pada aksi persahabatan antarabangsa menentang Taiwan di Taipei City minggu lalu.


Ketua jurulatih negara, Tan Cheng Hoe (gambar kecil) membariskan kesebelasan terbaik apabila meletakkan gandingan pemain muda dan berpengalaman seperti Akhyar Rasyid, Khairul Fahmi Che Mat, Shahrul Saad dan Nazmi Faiz Mansor yang diketuai oleh Zaquan Adha Abd. Radzak untuk mengharungi perlawanan tersebut.

Pada separuh masa pertama, skuad negara berdepan tekanan hebat daripada pasukan Kemboja yang mengharungi perlawanan kompetitif pertama di bawah sentuhan pengurus baharu pasukan dari Jepun, Keisuke Honda.

Mereka meraih peluang seawal minit keempat tetapi sepakan percuma yang dilakukan oleh Keo Sokpheng sekadar terkena palang gol negara.

Namun, kubu skuad negara akhirnya dibolosi oleh pasukan yang berada di ranking ke-166 dunia itu selepas rembatan kencang Soeuy Visal bijak memperdayakan barisan pertahanan negara pada minit ke-18.

Bersambung babak kedua, Cheng Hoe merombak kesebelasan utama dengan memasukkan penyerang, Shahrel Fikri Md. Fauzi serta Nik Akif Syahiran Nik Mat dan percaturan itu dilihat berbaloi apabila skuad negara mula menguasai sebahagian besar perlawanan.

Gol penyamaan Malaysia hasil tandukan Shahrul pada minit ke-62 berjaya memastikan lebih 40,000 penyokong tuan rumah di Stadium Nasional tergamam.

Rentak skuad negara terus bergaya apabila pemain pertahanan muda, Syazwan Andik Ishak bijak menyudahkan peluang hasil hantaran Shahrel untuk menambah tekanan pasukan tuan rumah pada minit ke-74.

Shahrel yang kini mewakili pasukan Liga Thailand, Nakhon Ratchasima melebarkan kelebihan dengan meledak gol ketiga buat skuad negara hasil gerakan cantik pada masa kecederaan.

Kejayaan malam tadi merupakan kemenangan ketiga buat skuad negara tahun ini selepas menewaskan Fiji dan Bhutan sebelum ini.

Mereka dijadualkan bertemu dengan Sri Lanka dan Kyrgyzstan pada aksi persahabatan antarabangsa bulan depan sebagai persediaan mengharungi kejohanan Piala AFF Suzuki yang akan berlangsung November nanti.
SUMBER-KOSMO ONLINE 11 September 2018 2:01 AM

Isnin, 10 September 2018

KEMBOJA 0-0 MALAYSIA

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Kemboja     0-0  Malaysia
PEMAIN MALAYSIA
22 KHAIRUL FAHMI CHE MAT
18 MAHALI JASULI
03 SHAHRUL SAAD
28 RAWILSON BATUIL
21 SYAZWAN ANDIK
14 NASIR BASHARUDDIN
12 AKRAM MAHINAN
16 SYAZWAN ZAINON
10 NAZMI FAIZ
07 AKHYAR RASHID
08 ZAKUAN ADHA

Jumaat, 7 September 2018

TAIWAN 1-0 MALAYSIA

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
PEMAIN MALAYSIA
1-Farizal Marlias
18-Mahalli Jasuli,
17-Irfan Zakaria,
3-Shahrul Saad,
5-Fazly Mazlan
6-Nik Akif Syahiran Nik Mat
12-Akram Mahinan
19-Syahmi Safari,
10-Nazmi Faiz Mansor,
16-Syazwan Zainon
8-Zaquan Adha Abd Radzak (C).

Jumaat, 31 Ogos 2018

Bola Shebby: Skuad B-23 berdepan pasukan lebih hebat


MyMetroArena

Serbegeth Singh
Setiap kali ada perubahan dalam perkembangan bola sepak negara, kita diheret semula dengan keputusan yang menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan. Tahun ini, kita gembira apabila pasukan negara bertindak cemerlang pada Kejohanan Bawah 23 Tahun AFC Januari lalu dan baru-baru ini, pada Sukan Asia 2018 Jakarta Palembang.

Namun setiap kali pula kita mematikan enjin kerana terpaksa berdepan dengan Mongolia, Bhutan dan Fiji. Tiga pasukan ini lebih rendah tahap berbanding Iraq, Jordan, Arab Saudi serta Korea Selatan yang menjadi lawan di China pada Januari lalu. Walaupun empat pasukan itu hanya skuad B-23 tetapi persaingan dan tahapnya jauh lebih baik berbanding Mongolia, Bhutan dan Fiji.

Ini bermakna kita tidak dapat langsung manfaat daripada perlawanan menentang Mongolia dan Bhutan. Jelas agenda bola sepak tidak diambil berat tetapi agenda Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengejar ranking lebih penting.

Kini pula, selepas keghairahan Sukan Asia, dengan persembahan yang membuktikan bola sepak Malaysia sudah boleh melayan taktik serta strategi yang fleksibel, kita terpaksa melayan Taiwan dan Kemboja.

Dua pasukan ini tidak setanding dengan pasukan B-23 yang menjadi pesaing kita di Sukan Asia. Taiwan dan Kemboja dengan skuad senior masih lagi berada di tahap lebih rendah berbanding Kyrgyzstan, Bahrain, Korea Selatan dan Jepun.

Kesimpulannya, skuad B-23 negara sentiasa menentang pasukan yang jauh lebih hebat berbanding senior.

Inilah satu lagi sebab mengapa pemain dari pasukan B-23 harus memegang tanggungjawab sebagai pemain skuad senior.

Sementara itu, Singapura mendahului Malaysia 9-1 dalam senarai pemain yang beraksi di luar negara. Ketua jurulatih mereka, Fandi Ahmad memanggil Hassan Sunny dari Army United, Izwan Mahbud (Nongbua Pitchaya), Baihakki Khaizan (Udon Thani), Zulfahmi Ariffin (Chonburi) dan Gabriel Quak (Navy FC). Kelima-lima pemain ini beraksi di Thailand.

Senarai empat lagi pemain yang beraksi di Malaysia pula diketuai Hariss Harun (JDT), Safuwan Baharudin (Pahang), Faris Ramli (PKNS FC) dan Shahdan Sulaiman (Melaka United).

Manakala, pasukan negara hanya mempunyai Shahrel Fikri Fauzi dari kelab Nakhon Ratchasima FC di Thailand.

Kekuatan mental serta karakter pemain bola sepak Singapura yang tidak segan meninggalkan “zon selesa” sudah tentu ada kaitan dengan khidmat negara yang wajib di negara itu.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 September 2018 @ 3:00 AM


Jumaat, 24 Ogos 2018

KEPUTUSAN MASA PERTAMA MALAYSIA 0-0 JEPUN


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Malaysia               0-0   Jepun
PEMAIN MALAYSIA
22 MUHAMMAD HAZIQ NADZLI
05 SYAHMI SAFARI
07 BADDROL BAKHTIAR
09 ADAM NOR AZLIN
11 SAFAWI RASID
14 DOMONIC TAN
15 RIZAL GHAZALI
17 IRFAN ZAKARIA
18 AKHYAR RASHID
21 SYAZWAN ANDIK ISHAK
20 SYAFIQ AHMAD

MALAYSIA 0-0 JEPUN

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Malaysia               0-0   Jepun
PEMAIN MALAYSIA
22 MUHAMMAD HAZIQ NADZLI
05 SYAHMI SAFARI
07 BADDROL BAKHTIAR
09 ADAM NOR AZLIN
11 SAFAWI RASID
14 DOMONIC TAN
15 RIZAL GHAZALI
17 IRFAN ZAKARIA
18 AKHYAR RASHID
21 SYAZWAN ANDIK ISHAK
20 SYAFIQ AHMAD