Sabtu, 1 Disember 2018

Harimau Malaya pilih jalan sukar

MyMetroArena
Aziman Rosdi dan Zulfaizan Mansor
sukanteam@nstp.com.my
 
KUALA LUMPUR: Hasrat skuad Harimau Malaya mencalar ego juara bertahan, Thailand tidak kesampaian apabila sekadar seri 0-0 pada separuh akhir pertama Piala AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.

Anak buah Tan Cheng Hoe seharusnya menyalahkan diri sendiri kerana memilih jalan sukar tanpa bekalan selesa apabila akan bertandang ke Bangkok Rabu depan bagi aksi kedua untuk mencari tiket ke final.

Pada aksi sebentar tadi, Cheng Hoe menaruh kepercayaan kepada kesebelasan utama yang sama ketika menundukkan Myanmar 3-0 pada aksi terakhir kumpulan untuk mara ke separuh akhir.

Ia 45 minit pertama yang cukup mengecewakan buat 80,000 penyokong tuan rumah yang membanjiri stadium apabila tiada gol yang dapat dihasilkan pemain negara meskipun menguasai sepenuhnya permainan.

Jarang sekali dapat melihat skuad Harimau Malaya lebih banyak mengasak berbanding Thailand, juara lima kali kejohanan yang lebih banyak bertahan dan hanya menunggu peluang untuk serangan balas pantas.

Malaysia yang juga juara 2010 seharusnya sudah di depan sekurang-kurangnya dengan dua gol menerusi percubaan dalam kotak penalti pemain sayap, Safawi Rasid pada minit kelima dan Mohamadou Sumareh (m-26) tapi tersasar.

Thailand yang dibimbing Milovan Rajevac memiliki peluang terbaik di minit ke-24 namun Nurul Sriyankem yang bijak melepasi perangkap ofsaid sekadar melihat bola sepakannya melepasi palang.

Tuah terus tidak memihak kepada pasukan negara apabila bola rembatan Norshahrul  Idlan Talaha dalam kotak penalti selepas melakukan hantaran satu dua dengan Zaquan Adha Abd Radzak sedikit melepasi palang di minit ke-66.

Situasi tampak semakin sukar buat anak buah Cheng Hoe apabila dua pemain, Sumareh dan pertahanan kanan Syazwan Andik terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan ketika mereka buntu untuk mencipta gol.

Keputusan seri tanpa jaringan jelas melegakan skuad Gajah Perang yang tewas 2-3 pada pertemuan terakhir dengan Malaysia di Bukit Jalil pada final 2014 namun menjulang kejuaraan menerusi agregat 4-3.
sumberArtikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Disember 2018 @ 10:50 PM

Tenang dan bangkit di Bangkok [METROTV]


MyMetroArena
Aziman Rosdi dan Zulfaizan Mansor
sukanteam@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe tetap berpuas hati dengan persembahan anak buahnya meskipun keputusan seri 0-0 dengan Thailand pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF bakal menyukarkan mereka untuk pertemuan kedua di Bangkok, Rabu depan.

Beliau berkata, apa yang dipamerkan pemainnya di depan lebih 80,000 penyokong di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi adalah yang terbaik sepanjang kempen kejohanan kali ini.


“Ini adalah perlawanan terbaik kami, pemain cukup fokus dan kita terlepas beberapa peluang terbaik untuk menjaringkan gol. Sudah pasti ia perlawanan yang sukar di Bangkok nanti dan pemain cuma perlu tenang.

“Apa pun saya gembira sebab kami tak bolos, saya jangka bila kita bermain di Bangkok nanti, Thailand akan menyerang dan kita kena fokus bertahan,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.

Malaysia yang juga juara 2010 seharusnya menamatkan riwayat juara bertahan Thailand lebih awal apabila beberapa deretan peluang dicipta gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan.

Sekurang-kurangnya dua gol sudah boleh dibawa ke Bangkok sebagai bekalan namun percubaan dalam kotak penalti pemain sayap, Safawi Rasid pada minit kelima dan Mohamadou Sumareh (m-26) tersasar.

Namun apa yang menambah kebimbangan Cheng Hoe untuk berdepan skud Gajah Perang di Stadium Nasional Rajamangala adalah kecederaan menimpa Sumareh dan pertahanan kanan, Syazwan Andik.

“Saya berharap Sumareh dan Syazwan akan kembali pulih kerana mereka mengalami kecederaan hamstring,” katanya.
 
sumberArtikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Disember 2018 @ 11:44 PM

TERKINI MALAYSIA 0-0 THAILAND

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Malaysia 0-0 Thailand
PEMAIN MALAYSIA
01 FARIZAL MARLIAS
03 SHAHRUL SAAD
04 SYAHMI SFARI
06 SYAZWAN ANDIK
07 AIDIL ZAFUAN
08 ZAQUAN ADHA
09 NORSHAHRUL IDLAN
11 SAFAWI RASID
12 AKRAM MAHINAN
13 MOHAMADOU SUMAREH
12 SYAMER KUTTY ABBA
PEMAIN GANTIAN
20 HAZWAN BAKRI.   
21 NAZIRUL NAIM
10 SHAHREL FIKRI


KEPUTUSAN MASA PERTAMA MALAYSIA 0-0 THAILAND


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Malaysia 0-0 Thailand
PEMAIN MALAYSIA
01 FARIZAL MARLIAS
03 SHAHRUL SAAD
04 SYAHMI SFARI
06 SYAZWAN ANDIK
07 AIDIL ZAFUAN
08 ZAQUAN ADHA
09 NORSHAHRUL IDLAN
11 SAFAWI RASID
12 AKRAM MAHINAN
13 MOHAMADOU SUMAREH
12 SYAMER KUTTY ABBA

MALAYSIA 0-0 THAILAND


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Malaysia 0-0 Thailand
PEMAIN MALAYSIA
01 FARIZAL MARLIAS
03 SHAHRUL SAAD
04 SYAHMI SFARI
06 SYAZWAN ANDIK
07 AIDIL ZAFUAN
08 ZAQUAN ADHA
09 NORSHAHRUL IDLAN
11 SAFAWI RASID
12 AKRAM MAHINAN
13 MOHAMADOU SUMAREH
12 SYAMER KUTTY ABBA

Pertahan maruah bumi Malaysia


Harimau Malaya sedia catat satu lagi kejayaan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini
01 Disember 2018 3:00 AM

CHENG Hoe mahu pada pemain percaya pada kemampuan diri dan corak permainan yang digunakan dalam misi untuk menjerat Thailand malam ini.

TURUN dengan misi untuk mencari bekalan selesa sebelum aksi kedua di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok, Rabu depan, skuad Harimau Malaya menggalas satu lagi tugas getir dijadualkan berdepan Thailand pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki, malam ini.

Rekod pertemuan nyata tidak begitu memihak kepada pasukan negara apabila hanya menang sebanyak tiga kali dalam 13 pertemuan menentang Thailand pada kempen yang sama sejak 1996 berbanding tujuh kemenangan diraih oleh skuad Gajah Perang itu serta tiga keputusan seri.


Bagaimanapun, skuad negara masih ada sesuatu yang perlu dipertahankan apabila mereka tidak pernah merekodkan sebarang kekalahan sepanjang 21 pertemuan menentang Thailand di bumi Malaysia sejak aksi Sukan Asia Tenggara 1971 dengan mencatat 13 kemenangan dan selebihnya keputusan seri.

Biarpun catatan itu seakan memberi kelebihan kepada Malaysia, ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe tidak mahu para pemainnya dibuai dengan rekod tersebut sebaliknya menuntut mereka untuk mempamerkan aksi terbaik serta waspada dengan ancaman skuad yang dibimbing oleh Milovan Rajevac.

“Rekod hanyalah sekadar rekod biarpun kita telah mencatatkan keputusan yang positif ketika berdepan Thailand apabila beraksi di laman sendiri.

“Apa pun yang paling penting buat pasukan ketika ini adalah untuk mencari kemenangan sementara mengelakkan sebarang gol daripada pihak lawan supaya kami dapat membawa bekalan yang selesa untuk berdepan Thailand di Bangkok selepas ini,” katanya semalam.

Sementara itu, Cheng Hoe mengharapkan para pemainnya memberikan sepenuh komitmen dan meletakkan kepercayaan penuh terhadap kemampuan dan corak permainan yang digunakan oleh pasukan biarpun sedar Thailand memiliki pemain yang 
berkualiti.
KOSMO ONLINE 01 Disember 2018 3:00 AM

Saiful Affendy Sapran & Zulfaizan Mansor


MyMetroArena
Saiful Affendy Sapran & Zulfaizan Mansor
sukanteam@nstp.com.my
 
NILAI: Tiada perasaan gusar mahupun tekanan dihadapi pemain tengah Harimau Malaya, Syamer Kutty Abba meskipun lawan separuh akhir pertama Piala AFF yang bakal ditemui Sabtu ini adalah juara bertahan serta gergasi Asia Tenggara, Thailand.

Sebaliknya, pemain berusia 21 tahun itu menegaskan skuad negara juga mempunyai mutu permainan yang baik sekali gus tidak mustahil untuk menundukkan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil.


"Saya tidak tertekan sebab saya percaya setiap pemain di atas padang adalah sama saja. Apa yang penting ialah kita perlu perbaiki kesilapan dan lakukan yang terbaik.

"Insya-Allah kalau ada rezeki kita boleh menang. Bagi saya kami perlu melakukan sejarah baharu.

"Jadi, kita perlu ubah (mentaliti) yang kita juga boleh mencatatkan kemenangan sebab Malaysia juga antara yang terbaik di rantau Asia Tenggara.

"Untuk saya di bahagian tengah, kami perlu kurangkan kesilapan dan cuba menguasai bola bagi membolehkan kami mencipta lebih banyak peluang," katanya ketika ditemui pada sesi latihan hari ini.

Mengulas mengenai Thailand yang dilihat lebih mempamer aksi bertahan, Syamer percaya ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe sudah mempunyai ramuan terbaik untuk mengatasinya.

"Saya rasa jurulatih sudah buat persediaan apa yang perlu dilakukan apabila bertemu dengan Thailand.

"Jadi apa saja yang jurulatih arahkan kami akan cuba lakukan di atas padang," katanya.

Syamer juga mengakui banyak pengalaman yang ditimba pada penampilan pertamanya di saingan Piala AFF.

"Saya perlu perbaiki prestasi permainan dalam setiap perlawanan dan harap ia dapat diteruskan pada aksi separuh akhir nanti," katanya.

sumberArtikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 November 2018 @ 7:21 PM