Selasa, 2 Mac 2021

De Paula tajamkan ‘taring’ Harimau Malaya



GUILHERME DE PAULA

Oleh ROZAIDI ZULKIFLI

2 Mac 2021, 2:19 pm

PUTRAJAYA: Keha­diran Guilherme De Paula sebagai pemain naturalisasi ketiga Harimau Malaya mampu menjadi penyelesaian kepada masalah penyudah tumpul skuad bola sepak negara.

Dalam lima aksi pertama Kumpulan G, kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Malaysia menjaringkan lapan gol dan dibolosi enam kali.

Pasukan negara yang kini menduduki tangga kedua de­ngan dua mata di belakang pendahulu, Vietnam akan mengharungi baki tiga perlawanan apabila kempen kelayakan kembali bersambung, Jun ini.

Skuad bimbingan Tan Cheng Hoe perlu berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Vietnam dan Thailand dalam kejohanan yang berlangsung secara karnival, selain belum diputuskan venue.

Pengesahan De Paula sebagai pemain naturalisasi ketiga negara berita gembira buat skuad kebangsaan.

Kami memang sudah buat perancangan, dia akan dipanggil menyertai latihan bulan ini jika berjaya mendapat pasport Malaysia.

Sudah tentu kami mengharapkan dia berada dalam ­prestasi terbaik dan saya rasa dia cukup bermotivasi untuk menyertai Malaysia.

Kita juga harap kehadiran De Paula boleh beri impak dan menguatkan jentera serangan kerana kita tahu pasukan kebangsaan mempunyai sedikit masalah dari segi ketajaman penyudah.

Kehadirannya, diharap mampu menyelesaikan masalah itu tetapi kita tidak akan terus beri dia tekanan,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

LUQMAN HAKIM SHAMSUDIN

Bekas pengendali Kedah itu berkata, buat kali pertama kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bulan ini akan disertai kesemua tiga pemain naturalisasi Malaysia iaitu Mohamadou Sumareh, Liridon Krasniqi dan De Paula.

Selain ketiga-tiga mereka, beliau juga mungkin memanggil penyerang remaja sensasi, Luqman Hakim Shamsudin yang kini beraksi bersama KV ­Kortrijk di Belgium.

Memang dalam peranca­ngan kita untuk memanggil Sumareh, Liridon dan De Paula menyertai kem latihan, selain Luqman. Kalau ikut rancang kem akan bermula pada 22 hingga 30 Mac ini,” ujarnya.

Malaysia kini menduduki tangga kedua Kumpulan G ­dengan dua mata di belakang Vietnam.

SUMBER-KOSMO ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan