Rabu, 31 Mac 2021

Luqman Hakim lulus ujian awal

MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | | 30 Mac 2021




Luqman Hakim
KEMPEN Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 yang akan berlangsung pada Jun ini berkemungkinan bakal menyaksikan penampilan pertama bintang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin bersama skuad Harimau Malaya.
Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe memberikan gambaran itu apabila beliau sedia memanggil semula Luqman Hakim pada kem latihan pusat pada Mei ini, sekali gus menyerap pemain berusia 19 tahun itu dalam pasukan senior kebangsaan.
“Memang namanya ada dalam perancangan skuad kebangsaan kita. Apabila Luqman kembali ke kelabnya, kita akan memantau dan lihat prestasi dia. Kemungkinan besar kita akan memanggilnya semula pada bulan Mei nanti.
“Saya harap dia dapat kekalkan prestasi dan tidak mengalami kecederaan untuk dipanggil semula nanti untuk kita serap dia dalam pasukan kebangsaan,” katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.
Luqman Hakim yang kini ‘berguru’ dengan kelab Belgium, KV Kortrijk pertama kali dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan bermula 22 Mac lalu dan berakhir pada Ahad.
Mengulas lanjut, Cheng Hoe mengakui bakat besar dimiliki pemain yang dicungkil bakatnya daripada Akademi Mokhtar Dahari itu selepas seminggu mengikuti kem latihan pusat Harimau Malaya.
“Kami nampak dia mempunyai bakat yang besar dalam bola sepak dan kita nampak dia boleh bekerjasama dalam pasukan dan komited dalam latihan. Dia seorang pemain pemain yang berdisiplin tinggi dan mampu menjadi harapan buat pasukan kebangsaan,” ujarnya.
Dalam pada itu, Cheng Hoe turut menjelaskan, beliau masih belum mempunyai gambaran keseluruhan kesebelasan pemain yang akan menggalas cabaran Harimau Malaya pada kempen kelayakan itu nanti.
“Para pemain yang hadir pada kem latihan pusat pertama di Johor Bahru ini masih belum selamat sebenarnya kerana masih terlalu awal untuk menyenaraikan mereka.
“Saya akan terus memantau setiap pemain dan saya harap mereka akan terus memberikan prestasi terbaik menjelang tiga perlawanan penting di Emiriah Arab Bersatua (UAE) Jun depan,” ujarnya.
SUMBERArtikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/130980/BERITA/Sukan/Luqman-Hakim-lulus-ujian-awal© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

FAM tidak akan tarik penyertaan skuad Projek FAM-MSN

MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | | 01 April 2021




Antara aksi menarik pertemuan skuad Projek FAM-MSN menentang Negeri Sembilan dalam saingan Liga Premier baru-baru ini. -Foto: Negeri Sembilan FC
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) akan terus memastikan skuad Projek FAM-MSN beraksi dalam saingan Liga Premier disebalik desakan sesetengah pihak yang mahu skuad tersebut dikeluarkan daripada saingan Liga Malaysia (Liga-M).
Timbalan Presiden FAM, Datuk S Sivasundaram berkata, skuad Projek FAM-MSN itu akan terus diberikan peluang bersaing untuk menimba pengalaman di pentas tertinggi bola sepak negara.
"Bagi saya, ia pendapat peribadi pihak tersebut. Banyak sebab untuk pasukan skuad Projek FAM-MSN ini beraksi di Liga Premier antaranya memberikan pendedahan kepada pemain beraksi diperingkat tertinggi dan ia pengalaman berguna buat pemain.
"Kami di FAM akan meneruskan program dan akan menyokong pasukan ini terus bersaing dalam saingan liga selain memberikan ruang sepenuhnya kepada mereka membuktikan kemampuan di atas padang," katanya yang diberikan tanggungjawab selaku Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan FAM.
Sebelum ini, bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari, Lim Teong Kim membidas keputusan FAM yang menubuhkan skuad Projek FAM-MSN untuk bersaing dalam saingan Liga Premier yang dikhuatiri akan memberikan kesan buruk kepada psikologi pemain termasuk membunuh mentaliti kemenangan dalam diri mereka.
Untuk rekod, skuad projek tersebut yang dibarisi oleh 30 pemain bawah 19 tahun telah tewas kesemua lima perlawanan dalam kempen saingan Liga Premier setakat ini.
Mengulas lanjut, keputusan menang atau kalah tidak diambil sebagai sesuatu yang serius oleh badan induk bola sepak negara itu dengan misi sebenar mahu memastikan pendedahan di peringkat tertinggi dapat diberikan kepada pemain muda negara.
"Menang atau kalah adalah perkara yang kita tidak ambil sebagai sesuatu yang penting kerana pengalaman adalah misi sebenar kami kepada pemain muda ini untuk menghadapi saingan di peringkat tertinggi liga.
"Sebagai contoh ketika mereka menentang Selangor II (dalam saingan Liga Premier) beberapa minggu lalu, mereka ketinggalan 3-0, namun mampu menjaringkan dua gol sebelum kalah 4-2. Dari situ kita nampak semangat dan kesungguhan mereka untuk bersaing," katanya.
Skuad Projek FAM-MSN yang dikendalikan oleh Yusri Che Lah mencatat kekalahan 0-4 kepada Terengganu FC II, tunduk kepada Kelantan FC 1-2, tewas 2-4 kepada Selangor FC II, 1-3 di tangan PDRM FC dan 0-2 kepada Negeri Sembilan FC dalam lima perlawanan Liga Premier musim ini.
SUMBERArtikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/131364/BERITA/Sukan/FAM-tidak-akan-tarik-penyertaan-skuad-Projek-FAM-MSN© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkra

Isnin, 15 Mac 2021

Luqman dapat panggilan skuad Harimau Malaya

 SUKAN



LUQMAN bakal menyertai skuad Harimau Malaya yang akan menjalani latihan pusat bermula 22 Mac ini.

Luqman dapat panggilan skuad Harimau Malaya

Oleh MUHAMAD ARDIE PUTRA SUHAIMI

14 Mac 2021, 8:24 pmPEMAIN muda sensasi negara yang berpangkalan di Belgium, Luqman Hakim Shamsudin akhirnya mendapat panggilan skuad senior Harimau Malaya buat pertama kali untuk menjalani kem latihan yang akan bermula pada 22 Mac depan.Pengurus skuad Harimau Malaya, Datuk Yusoff Mahadi mengesahkan Luqman telah dipilih untuk bersama menjalani latihan skuad Harimau Malaya yang membuat persiapan sebelum mengharungi baki saingan kelayakan Piala Asia 2023/Piala Dunia 2022 pada Jun depan.Kata Yusoff, Luqman yang mendapat pelepasan awal daripada kelab yang diwakilinya, K.V. Kortrijk akan menjalani tempoh kuarantin selama seminggu di Kuala Lumpur sebelum dilepaskan menyertai kem latihan skuad kebangsaan.Luqman akan bersama dengan skuad kebangsaan yang sedang mengharungi persiapan Piala Asia 2023/Piala Dunia 2022 pada Jun depan. Saya gembira apabila dia mendapat pelepasan awal daripada kelab yang diwakilinya.Justeru, saya rasa tidak timbul isu kekangan masa kerana dia tetap akan menjalani tempoh kuarantin seperti yang ditetapkan oleh pihak kerajaan sebelum dilepaskan menyertai kem latihan pusat bermula Isnin depan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.K.V. Kortrijk telah mendedahkan menerusi laman sosial Facebook mereka bahawa pemain berusia 19 tahun itu telah berangkat pulang ke Malaysia kelmarin.Difahamkan, kem latihan pusat skuad Harimau Malaya kali ini dijangka dilakukan di Johor Bahru dengan kemungkinan selama 10 hari.Sementara itu, ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengesahkan senarai penuh pemain yang akan menyusuli Luqman bakal dikeluarkan dalam masa yang terdekat.Seperti yang saya beritahu sebelum ini, Luqman memang akan dipanggil bersama skuad Harimau Malaya dan senarai penuh 28 pemain mungkin akan diumumkan pada esok (hari ini) atau selewatnya pada Selasa,” katanya. Kosmo! ONLINE

Siaran Media: Senarai 28 Pemain Ke Kem Latihan Pusat Skuad Harimau Malaya Dari 22 Hingga 30 Mac 2021



Berikut senarai nama 28 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya selama sembilan hari di Johor Bahru, Johor bermula Isnin, 22 Mac 2021 hingga Selasa, 30 Mac 2021.
Ia sebagai persiapan skuad Harimau Malaya menjelang baki tiga perlawanan terakhir Kumpulan G bagi Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang akan diadakan secara berpusat di UAE yang mana Malaysia dijadual bertemu UAE pada 3 Jun, Vietnam pada 11 Jun dan Thailand pada 15 Jun 2021.
Daripada senarai tersebut, Cheng Hoe masih mengekalkan seramai 17 pemain dari skuad 23 pemain Harimau Malaya bagi dua aksi terakhir kelayakan sebelum ini iaitu bertemu Thailand dan Indonesia di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 14 dan 19 November 2019.
Sementara baki enam pemain lain tidak disenaraikan bagi kem latihan pusat kali ini iaitu penjaga gol Haziq Nadzli, Dominic Tan, Syazwan Andik Ishak, Baddrol Bakhtiar, Azzizan Nordin serta Safawi Rasid yang mengalami kecederaan pada aksi Liga Super 2021, Johor Darul Ta’zim FC bertemu UiTM FC, Sabtu lalu.
Bagi melengkapkan senarai 28 pemain yang dipanggil kali ini, Cheng Hoe telah menyenaraikan 11 pemain baharu iaitu dua penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat (Melaka United FC) dan Rahadiazli Rahalim (Terengganu FC); Rizal Ghazali (Kedah Darul Aman FC), Irfan Zakaria (Kuala Lumpur City FC), Fazly Mazlan (Sri Pahang FC), Faisal Halim (Terengganu FC), Nazmi Faiz Mansor (Johor Darul Ta’zim FC), Ramadhan Saifullah Usman (Johor Darul Ta’zim FC), Shahrel Fikri Md Fauzi (Selangor FC), Luqman Hakim Shamsudin (KV Kortrijk) dan pemain naturalisasi terbaharu negara, Guilherme de Paula (Perak FC).
"Saya tidak memanggil dua lagi pemain yang beraksi di kelab luar negara iaitu Liridon Krasniqi (Newcastle Jets) dan Junior Eldstal (Chonburi FC) kerana tempoh kuarantin untuk masuk ke Malaysia dan kembali ke Australia dan Thailand menjadi kesukaran untuk mereka menyertai kem latihan pusat kali ini.
"Lagipun kedua-dua pemain ini saya lihat sedang meningkatkan persembahan dan prestasi masing-masing bersama kelab baharu mereka ini.
"Jadi saya kira lebih baik mereka menyertai kem latihan pusat pada Mei nanti dengan prestasi yang lebih baik selepas mendapat aksi minit permainan di Liga Australia dan Liga Thailand.
"Bagi Luqman Hakim pula, memang dari tahun lepas kita rancang nak panggil dia sertai kem latihan pusat ini. Jadi ini peluang terbaik untuk kita melihat tahap fizikal, keyakinan dan corak permainannya selepas lebih enam bulan bersama KV Kortrijk di Belgium," kata Cheng Hoe.
Dalam pada itu, enam pemain diletakkan dalam senarai menunggu, jika terdapat mana-mana daripada 28 pemain yang berada dalam senarai dipanggil kali ini disahkan mengalami kecederaan oleh doktor pasukan.
Mereka terdiri daripada penjaga gol, Samuel Somerville (Penang FC), Rodney Celvin Akwensivie (Kedah Darul Aman FC), Arif Fadzilah Abu Bakar (Terengganu FC), Shahrul Nizam Ros Hasni (Terengganu FC), S. Kumaahran (Melaka United FC) dan Darren Lok (PJ City FC).
Cheng Hoe turut menyatakan bahawa kemudahan lengkap yang dimilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi faktor utama kem latihan pusat kali ini diadakan di Johor Bahru.

Ahad, 14 Mac 2021

Luqman Hakim teruja sertai kem latihan Harimau Malaya

| | 14 Mac 2021




Luqman Hakim mendapat pelepasan KV Kortrijk untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya.
PEMAIN muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin cukup teruja dan bermotivasi apabila dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan pertama bermula 22 hingga 30 Mac ini, kata ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.
Beliau berkata, pemain berusia 19 tahun itu berada pada tahap baik dengan keyakinan diri berbekalkan latihan dan pengalaman bersama beraksi bersama kelab Liga Belgium, KV Kortrijk.
“Memang kita sudah lama merancang untuk memanggilnya ke latihan skuad kebangsaan dan ini merupakan masa yang sesuai, selain kelab pun bersetuju untuk melepaskannya.
“Namun, kita tidak mahu memberikan tekanan kepadanya kerana kali pertama menyertai skuad senior,” katanya yang akan mengumpulkan pemain selepas lebih setahun sebagai persediaan ke kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Jun ini.
Menerusi entri Facebook KV Kortrijk semalam, foto penyerang berbisa skuad Bawah-19 tahun negara berkenaan kelihatan dengan beg pakaiannya bersedia untuk pulang ke tanah air buat kali pertama sejak menyertai kelab tersebut pada Ogos lalu.
Sementara itu, Cheng Hoe berkata, pemain naturalisasi baharu, Guilherme De Paula juga bakal dipanggil ke kem tersebut manakala keputusan mengenai bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Liridon Krasniqi yang kini dipinjamkan ke kelab Australia, Newcastle Jets, perlu dikaji semula kerana beberapa kekangan seperti kuarantin.
Beliau berkata, senarai pemain yang dipanggil ke kem latihan yang akan diadakan dalam norma baharu di sebalik perjuangan menentang pandemik COVID-19 itu, akan diumumkan dalam masa beberapa hari lagi.
Pengendali berusia 52 tahun dari Kedah itu, turut mahu melihat status kecederaan pemain seperti Muhammad Safawi Rasid (JDT) dan Brendan Gan (Selangor FC) sebelum membuat keputusan.
“Pemain baru mula beraksi dalam tiga perlawanan Liga Malaysia selepas sekian lama dan ada yang cedera. Jadi saya akan buat keputusan dalam masa satu atau dua hari lagi.
“Selepas lebih setahun sejak kem latihan, fokusnya adalah untuk mendapatkan semula teknik dan rentak permainan. Kita perlu menggilap kembali kemahiran, berusaha dengan gigih dan mendapatkan semula rentak pasukan.
“Pada masa sama, kami tidak boleh memberi tekanan yang banyak kepada pemain kerana mereka baru sahaja memulakan liga...akan beraksi hanya lima perlawanan sebelum menyertai kem latihan,” katanya.
Skuad Harimau Malaya dijadualkan menyambung balik aksi kelayakan Piala Dunia/Piala Asia itu, yang terganggu lebih setahun akibat Covid-19 menentang UAE pada 3 Jun, diikuti aksi menentang Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun).
Malaysia berada di landasan terbaik untuk melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2023 apabila berada di kedudukan kedua Kumpulan G dengan sembilan mata selepas lima perlawanan. - Bernama
SUMBER-Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/128429/BERITA/Sukan/Luqman-Hakim-teruja-sertai-kem-latihan-Harimau-Malaya© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Luqman Hakim teruja sertai latihan skuad Harimau Malaya

Mac 14, 2021 @ 10:43pm



Pemain muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin.

KUALA LUMPUR: Pemain muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin cukup teruja dan bermotivasi apabila dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan pertama bermula 22 hingga 30 Mac ini, kata ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.

Katanya, pemain berusia 19 tahun itu berada pada tahap baik dengan keyakinan diri berbekalkan latihan dan pengalaman bersama beraksi bersama kelab Liga Belgium, KV Kortrijk.

"Memang kita sudah lama merancang untuk memanggilnya ke latihan skuad kebangsaan dan ini merupakan masa yang sesuai, selain kelab pun bersetuju untuk melepaskannya.

"Namun, kita tidak mahu memberikan tekanan kepadanya kerana kali pertama menyertai skuad senior," katanya yang akan mengumpulkan pemain selepas lebih setahun sebagai persediaan ke kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Jun ini.

Menerusi entri Facebook KV Kortrijk semalam, foto penyerang berbisa skuad Bawah-19 tahun negara berkenaan kelihatan dengan beg pakaiannya bersedia untuk pulang ke tanah air buat kali pertama sejak menyertai kelab tersebut pada Ogos lalu.

Sementara itu, Cheng Hoe berkata pemain naturalisasi baharu Guilherme De Paula juga bakal dipanggil ke kem tersebut, manakala keputusan mengenai pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) Liridon Krasniqi yang kini dipinjamkan ke kelab Australia, Newcastle Jets, perlu dikaji semula kerana beberapa kekangan seperti kuarantin.

Katanya, senarai pemain yang dipanggil ke kem latihan, yang akan diadakan dalam norma baharu di sebalik perjuangan menentang pandemik COVID-19 itu, akan diumumkan dalam masa beberapa hari lagi.

Pengendali berusia 52 tahun dari Kedah itu, turut mahu melihat status kecederaan pemain seperti Muhammad Safawi Rasid (JDT) dan Brendan Gan (Selangor FC) sebelum membuat keputusan.

"Pemain baru mula beraksi dalam tiga perlawanan Liga Malaysia selepas sekian lama dan ada yang cedera. Jadi saya akan buat keputusan dalam masa satu atau dua hari lagi.

"Selepas lebih setahun sejak kem latihan, fokusnya adalah untuk mendapatkan semula teknik dan rentak permainan. Kita perlu menggilap kembali kemahiran, berusaha dengan gigih dan mendapatkan semula rentak pasukan.

"Pada masa sama, kami tidak boleh memberi tekanan yang banyak kepada pemain kerana mereka baru sahaja memulakan liga...akan beraksi hanya lima perlawanan sebelum menyertai kem latihan," katanya.

Skuad Harimau Malaya dijadualkan menyambung balik aksi kelayakan Piala Dunia/Piala Asia, yang terganggu lebih setahun akibat COVID-19, menentang UAE pada 3 Jun, diikuti aksi menentang Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun).

Malaysia berada di landasan terbaik untuk melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2023 apabila berada di kedudukan kedua Kumpulan G dengan sembilan mata selepas lima perlawanan.

- BERNAMA-SUMBER SUKAN BH ONLINE

Jumaat, 12 Mac 2021

Sabar tunggu de Paula ‘menggegar’

SHAHRIZAL AHMAD ZAINI | | 11 Mac 2021



Aksi de Paula musim lalu

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) tetap optimis pemain naturalisasi terbaharu, Guilherme de Paula mampu memberi ‘nilai tambah’ kepada skuad Harimau Malaya.Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, peminat dan penyokong bola sepak Malaysia tidak seharusnya membuat penilaian hanya bersandarkan kepada kelibat de Paula dalam satu perlawanan.“Kita jangan terburu-buru menilai kemampuan de Paula. Tak sepatutnya kita nak compare (bandingkan) dia dengan dengan pemain lain. Saya percaya coach Tan (Cheng Hoe) mampu membuat penilaian yang sewajarnya.“Saya percaya de Paula masih mampu memberikan sumbangan kepada pasukan kebangsaan. Bagi dia ruang dan peluang untuk memperbaiki prestasinya dalam beberapa perlawanan lagi.“Lagi pun kita kena ingat rekod jaringan de Paula dalam beberapa musim lalu. Adakalanya pemain tidak menyerlah dalam satu atau dua perlawanan, jadi kena sabarlah,” katanya.Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi pula berkata, pemilihan de Paula sebagai pemain naturaliasi ketiga Harimau Malaya dibuat dengan ‘proses saringan’ yang betul.“Kalau kita tengok, tak ramai pemain yang melepasi tahap untuk dinaturalisasikan. Tetapi de Paula berjaya melepasi beberapa tahap yang diperlukan sebagai salah seorang pemain naturalisasi.“Selain itu, de Paula juga telah melalui pemilihan melibatkan jawatankuasa teknikal yang turut dianggotai oleh coach Tan. Malah, beliau yang memberikan cadangan dan pandangannya mengenai pemilihan pemain.“Walaupun ramai yang mempersoalkan mengenai faktor umur de Paula, kita kena fikir juga keperluan skuad negara sekarang yang memerlukan seorang penggempur bagi memantapkan lagi jentera serangan,” ujarnya.SUMBER-Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/127908/BERITA/Sukan/Sabar-tunggu-de-Paula-menggegar© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

FAM ada sebab hantar skuad B-19 negara ke Sukan SEA 2021

SHAHRIZAL AHMAD ZAINI | | 11 Mac 2021




Skuad projek FAM/MSN menjalani latihan.
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak mempunyai sebarang niat memperlekehkan prestij Sukan SEA 2021 di Vietnam apabila membuat keputusan menghantar skuad Bawah 19 Tahun (B-19) negara.
Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, temasya dwitahunan itu akan menjadi sebahagian daripada persiapan untuk menghadapi Sukan SEA 2023 selain layak ke Sukan Olimpik 2024 di Paris.
“Ini adalah cadangan daripada Pengarah Teknikal (Datuk Ong Kim Swee) dan kita bersetuju untuk bawa (skuad B-19) ke sana (Hanoi).
"Sasaran utama bagi skuad B-19 masih kekal iaitu memberi pendedahan di Sukan SEA kali ini untuk meraih emas pada edisi 2023 dan layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 nanti.
“Sebanyak 30 pemain sedang beraksi bersama skuad Projek FAM-MSN (dalam saingan Liga Premier musim ini) manakala lebih kurang 19 pemain beraksi bersama pasukan lain,” katanya pada Rabu.
Persepsi peminat dan penyokong bola sepak tempatan untuk Malaysia meraih ‘ibu emas’ iaitu dalam acara bola sepak mula meningkat selepas Hamidin diumumkan sebagai ketua kontinjen pada Selasa.
FAMAskuad B-19Sukan SEAPresiden FAMSukan Olimpik 2024
×Penolong pegawai tadbir hadapi 120 pertuduhan terima wang
SUMBER-Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/127907/BERITA/Sukan/FAM-ada-sebab-hantar-skuad-B-19-negara-ke-Sukan-SEA-2021© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Khamis, 11 Mac 2021

Sentuhan Brazil

MyMetroUtama



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Tonggak naturalisasi ketiga negara, Guilherme de Paula tidak perlu menunggu lama apabila disahkan namanya turut tersenarai dalam latihan pusat skuad Harimau Malaya hujung bulan ini.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi mengakui nama penyerang Perak FC itu berada dalam perancangan pengendali kebangsaan, Tan Cheng Hoe.

De Paula, 34, yang baharu menerima pengesahan sebagai pemain tempatan bulan ini adalah pemain naturalisasi ketiga selepas Mohamadou Sumareh dan Liridon Krasniqi sebelum ini.

"Oleh kerana dia dah berstatus pemain tempatan, jadi memang kita minta dan Cheng Hoe pun dah maklum perkara ini. Memang ada dalam perancangan Cheng Hoe untuk panggil dalam latihan pusat nanti bagi menilai prestasi terkini dia," kata Yusoff yang juga pengurus pasukan senior negara.

Latihan pusat yang dijangka pada 20 Mac ini adalah kem latihan pertama sejak kali terakhir anak buah Cheng Hoe dikumpulkan pada November 2019 lalu.

Kem latihan ini cukup penting sebagai persediaan aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang akan berlangsung pada Jun ini dengan kemungkinan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bakal dipilih sebagai venue bagi menghabiskan kesemua baki aksi Kumpulan G di negara itu.

Sementara itu, Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mengumumkan tarikh perlawanan membabitkan pasukan negara di mana Malaysia menentang UAE pada 3 Jun sebelum berdepan Vietnam lapan hari kemudian.

Aksi penutup kempen kelayakan itu pula menyaksikan Harimau Malaya berdepan Thailand pada 15 Jun depan dengan venue perlawanan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Malaysia setakat ini berada di tangga kedua kumpulan dengan sembilan mata, kurang dua mata di belakang pendahulu, Vietnam.

sumber-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Mac 2021 @ 7:00 AM

Selasa, 2 Mac 2021

De Paula tajamkan ‘taring’ Harimau Malaya



GUILHERME DE PAULA

Oleh ROZAIDI ZULKIFLI

2 Mac 2021, 2:19 pm

PUTRAJAYA: Keha­diran Guilherme De Paula sebagai pemain naturalisasi ketiga Harimau Malaya mampu menjadi penyelesaian kepada masalah penyudah tumpul skuad bola sepak negara.

Dalam lima aksi pertama Kumpulan G, kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Malaysia menjaringkan lapan gol dan dibolosi enam kali.

Pasukan negara yang kini menduduki tangga kedua de­ngan dua mata di belakang pendahulu, Vietnam akan mengharungi baki tiga perlawanan apabila kempen kelayakan kembali bersambung, Jun ini.

Skuad bimbingan Tan Cheng Hoe perlu berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Vietnam dan Thailand dalam kejohanan yang berlangsung secara karnival, selain belum diputuskan venue.

Pengesahan De Paula sebagai pemain naturalisasi ketiga negara berita gembira buat skuad kebangsaan.

Kami memang sudah buat perancangan, dia akan dipanggil menyertai latihan bulan ini jika berjaya mendapat pasport Malaysia.

Sudah tentu kami mengharapkan dia berada dalam ­prestasi terbaik dan saya rasa dia cukup bermotivasi untuk menyertai Malaysia.

Kita juga harap kehadiran De Paula boleh beri impak dan menguatkan jentera serangan kerana kita tahu pasukan kebangsaan mempunyai sedikit masalah dari segi ketajaman penyudah.

Kehadirannya, diharap mampu menyelesaikan masalah itu tetapi kita tidak akan terus beri dia tekanan,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

LUQMAN HAKIM SHAMSUDIN

Bekas pengendali Kedah itu berkata, buat kali pertama kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bulan ini akan disertai kesemua tiga pemain naturalisasi Malaysia iaitu Mohamadou Sumareh, Liridon Krasniqi dan De Paula.

Selain ketiga-tiga mereka, beliau juga mungkin memanggil penyerang remaja sensasi, Luqman Hakim Shamsudin yang kini beraksi bersama KV ­Kortrijk di Belgium.

Memang dalam peranca­ngan kita untuk memanggil Sumareh, Liridon dan De Paula menyertai kem latihan, selain Luqman. Kalau ikut rancang kem akan bermula pada 22 hingga 30 Mac ini,” ujarnya.

Malaysia kini menduduki tangga kedua Kumpulan G ­dengan dua mata di belakang Vietnam.

SUMBER-KOSMO ONLINE

Aksi pemanas badan Harimau Malaya belum muktamad

MyMetroArena



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Aksi pemanas badan skuad Harimau Malaya pada kem latihan pusat bermula 20 Mac ini masih belum dapat disahkan berikutan beberapa kekangan yang disebabkan oleh pandemik Covid-19.

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam, beberapa perbincangan bersama pasukan sudah dibuat, namun pihaknya tidak dapat memuktamadkannya dalam masa terdekat ini.

"Pada masa ini tidak ada apa-apa perlawanan persahabatan yang boleh saya sahkan, perbincangan persahabatan ada, tetapi tak ada pengesahan lagi disebabkan perubahan jadual semua negara Asia.

"Juga masih kita alami isu-isu mengenai SOP (prosedur operasi standard), imigresen yang menyebabkan mungkin berlakunya kuarantin dan sekatan kepada mana-mana pasukan untuk datang ke Malaysia atau pasukan Malaysia keluar dari sini. Kita kena ambil masa sikit, tetapi panggilan latihan itu pasti," katanya.

Sebelum ini, barisan pengurusan skuad negara bercadang untuk mengadakan sekurang-kurangnya satu aksi persahabatan antarabangsa selepas setahun lebih tidak bersama berikutan wabak Covid-19.

Jelas Stuart, latihan pusat itu akan berlangsung selama sembilan hari di mana Liga Malaysia (Liga M) akan berehat seketika dalam tempoh kalendar aksi persahabatan antarabangsa hujung Mac ini.

"Pasukan kebangsaan kita akan ada kem bulan tiga, kem terbabit akan membabitkan lebih 30 pemain yang jurulatih Tan Cheng Hoe akan panggil," katanya yang mengesahkan latihan berkenaan akan dijalankan di Lembah Klang dan bukannya di Pusat Latihan JDT di Johor seperti mana yang digembar-gemburkan di media sosial.

Malaysia yang kini menghuni tangga kedua Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 sepatutnya turun beraksi menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Vietnam hujung bulan ini, serta Thailand pada Jun depan.

Bagaimanapun kempen terbabit terpaksa ditangguhkan oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) selepas majoriti negara bertanding termasuk daripada Kumpulan G bersetuju menundanya hingga Jun ini dengan menggunakan format secara karnival di satu negara terpilih.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Mac 2021 @ 8:20 PM

Cheng Hoe gembira De Paula perkuat Harimau Malaya

Oleh Zulfaizan Mansor - Mac 2, 2021 @ 11:11am

zulfaizan@bh.com.my



Pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe. - Foto ihsan FAM

PUTRAJAYA: Berita mengenai Guilherme De Paula mendapat status pemain naturalisasi ketiga skuad Harimau Malaya menjadi perkhabaran gembira buat pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe.

Malah, beliau meletakkan harapan tinggi kehadiran penyerang Perak itu mampu menajamkan lagi jentera serangan skuadnya menjelang kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, pada Jun ini.

Bekas pengendali Kedah itu berkata, beliau akan memanggil De Paula bagi menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan yang dijangka diadakan pada 22 hingga 30 Mac ini.

"Memang dalam perancangan kita kalau dia dapat pasport Malaysia kita akan panggil untuk menjalani latihan bersama skuad kebangsaan pada Mac ini. Sudah tentu kita mengharap dia berada dalam prestasi terbaik dan saya rasa dia cukup bermotivasi untuk menyertai kita.

Belum masa impi ke Piala Dunia

"Kita juga harap kehadiran De Paula boleh beri impak dan menguatkan lagi jentera serangan kerana kita tahu pasukan kebangsaan mempunyai sedikit masalah dari segi ketajaman penyudah.

"Maka dengan kehadirannya, diharap mampu menyelesaikan masalah itu tetapi kita tidak akan terus beri dia tekanan," katanya, semalam.

Aksi De Paula (kanan) pada saingan Liga Super musim lalu. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Difahamkan berita mengenai kelulusan De Paula mendapat taraf naturalisasi diterima FAM pada minggu lalu. Untuk rekod, skuad Harimau Malaya sebelum ini sudah memiliki dua pemain naturalisasi iaitu Mohamadou Sumareh dan Liridon Krasniqi.

Mengulas lanjut, Cheng Hoe tidak menolak kemungkinan panggilan kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bulan ini bakal disertai tiga pemain naturalisasi itu.

"Memang dalam perancangan kita akan panggil ketiga-tiga pemain naturalisasi iaitu Sumareh, Liridon dan De Paula menyertai kem latihan pasukan," katanya.

SUMBER-SUKAN BH ONLINE