MyMetroArena
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
PASUKAN ranking ke-99 dunia,
Bahrain bakal menguji skuad Harimau Malaya yang berada pada ranking 154 dunia
dalam aksi persahabatan di Manama, Bahrain, 2 Oktober ini.
Perancangan itu sekali gus
sebagai persediaan terbaik pasukan menjelang aksi getir menentang Emiriah Arab
Bersatu (UAE) di Dubai pada 8 Oktober dalam aksi Kumpulan G Kelayakan Piala
Dunia 2022/Piala Asia 2023 nanti.
Pengendali negara, Tan Cheng Hoe
berkata, berdasarkan jadual yang sedang disusun oleh Persatuan Bolasepak
Malaysia (FAM), anak buahnya bakal mengharungi perlawanan pemanas badan dengan
pasukan dari negara teluk itu.
Katanya, aksi itu bagus kerana ia
dapat menguji kemampuan pemainnya dengan corak permainan agresif ala 'Pak Arab'
dari pasukan Bahrain.
"Kalau ikut perancangan kita
akan lawan Bahrain di tempat mereka sebelum ke UAE.
"Saya sambut baik perlawanan
ini sebab kita bukan saja boleh membiasakan pemain dengan suasana dan cuaca
tetapi juga membiasakan pemain dengan permainan pasukan dari sana (Arab).
"Apapun, kita kena fokus dan
buat persiapan sebaik mungkin dan harap semua perancangan berjalan
lancar," katanya.
Sebelum ini, aksi persahabatan
dengan Bahrain dibatalkan pada Mac lalu ekoran penularan pandemik Covid-19.
Selain aksi menentang UAE dalam kempen
kelayakan nanti, skuad kebangsaan turut dijadual berdepan Vietnam di Stadium
Nasional, Bukit Jalil pada 13 Oktober sebelum bertemu Thailand pada aksi
terakhir Kumpulan G di Bangkok, 17 November depan.
Malaysia kini menduduki tempat
kedua Kumpulan G dengan kutipan sembilan mata selepas lima perlawanan dan
mereka berpeluang cerah ke pusingan akhir Piala Asia 2023 di China sekiranya
mencatat keputusan positif dalam baki tiga perlawanan.
Kali terakhir Malaysia layak ke
pusingan akhir Piala Asia adalah pada edisi 2007 selaku tuan rumah bersama tiga
negara ASEAN yang lain, iaitu Indonesia, Thailand dan Vietnam.[i]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan