Rabu, 18 Disember 2019

Pemain harus sesuaikan diri

MyMetroArena
 
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
KELEWATAN kalender saingan Liga Malaysia (Liga M) yang hanya akan bermula pada 28 Februari depan tidak akan menjejaskan persiapan skuad Harimau Malaya menjelang aksi getir bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE), di Dubai, 26 Mac depan.

Berbanding saingan musim ini, kempen Liga M bermula awal pada 2 Februari membabitkan aksi Piala Sumbangsih namun untuk musim depan ia akan bermula pada penghujung bulan Februari.

Berdasarkan situasi itu, sudah tentu barisan kejurulatihan negara tidak mempunyai banyak masa untuk membuat pemantauan dan penilaian prestasi pemain dalam saingan liga untuk disenaraikan dalam latihan pusat.

Bagaimanapun, jurulatih bola sepak kebangsaan Tan Cheng Hoe enggan menjadikan ia alasan sebaliknya pemain mampu mendapatkan momentum terbaik apabila saingan liga bermula serta ketika bersama pasukan kebangsaan.

Malah katanya, beliau sudah mengadakan perbincangan awal terlebih dahulu bersama Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sebelum kalendar bola sepak tempatan itu dikeluarkan.

“Kami di bahagian pengurusan FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) dan MFL memang selalu berbincang mengenai jadual pasukan baik untuk saingan Liga Malaysia dan skuad kebangsaan.

“Dalam masa yang sama, saya mendapat maklum balas yang baik daripada MFL dan kami pun sama-sama bersetuju dengan keputusan berkenaan.

“Saya juga selalu mengingatkan kepada pemain-pemain bahawa mereka kena pandai selaraskan masa dan sesuaikan diri dengan cepat dalam suasana ketika aksi dalam liga dan pasukan kebangsaan.

“Saya sebagai jurulatih sentiasa positif bahawa prestasi pemain-pemain akan terus konsisten sebaik sahaja liga bermula dan saya juga tidak mahu mereka berasa terlalu padat dengan jadual kemudian cepat penat nanti.” katanya.

Skuad Harimau Malaya kini berada di kedudukan selesa di tangga kedua Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 selepas mencatat tiga kemenangan ke atas Indonesia dan Thailand dengan 9 mata.

Malaysia akan berdepan UAE pada 26 Mac diikuti Vietnam pada 31 Mac sebelum menamatkan saingan kumpulan menentang Thailand pada Jun.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Disember 2019 @ 11:56 PM

1 ulasan:

  1. izin share ya admin :)
    buruan gabung bersama kami,aman dan terpercaya
    ayuk... daftar, main dan menangkan
    Line : agen365
    WA : +855 87781483 :)
    Silakan di add ya contaknya dan Bergabung juga ya :)

    BalasPadam