Allahyarham Dato' Mohamad Mokhtar
Dahari (13 November 1953 – 11 Julai 1991) AMN DSSA DIMP ialah pemain bola sepak
persatuan kebangsaan Malaysia. Beliau merupakan salah seorang pemain terbaik di
Asia pada dekad 1970-an dan terkenal sebagai pemain bola sepak terbaik di
Malaysia pada masa itu, seorang legenda dalam arena bola sepak negara. Semasa
tahun 1970-an, beliau mewakili Malaysia sekaligus menjadi pasukan terhandal dan
menewaskan Korea Selatan dan Jepun.
Beliau diberikan jolokan
Supermokh kerana kehebatannya di atas padang, kekuatan dan keupayaannya
menjaringkan gol sepanjang kerjayanya. Antara detik indah Mokhtar ialah apabila
beliau berjabat tangan dengan Diego Maradona sebelum perlawanan persahabatan
antara Selangor FA dan Boca Juniors.[1]
Walaupun tidak diiktiraf di
pentas antarabangsa, Mokhtar menjaringkan 175 gol untuk Selangor, 20 gol dan 13
kemunculan di Kwong Yik Bank. Kajian menunjukkan beliau mewakili negara
sebanyak 167 kaps dan menjaringkan 125 gol
sepanjang mewakili Malaysia dari tahun 1972-1985.Mokhtar meninggal dunia pada
11 Julai 1991 di Pusat Perubatan Universiti Malaya setelah sekian lama
bertarung dengan penyakit saraf.[2]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan