Rabu, 31 Julai 2019

Jordan uji Harimau Malaya

MyMetroArena
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
 
SKUAD kebangsaan Jordan sah akan menguji kekuatan skuad Harimau Malaya sebelum turun mengharungi dua aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bertemu Indonesia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada September ini.

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam (gambar), aksi persahabatan menentang Jordan yang kini menghuni ranking ke-99 dunia itu bakal dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil, 30 Ogos ini.

Katanya, ia adalah medan terbaik buat pengendali pasukan, Tan Cheng Hoe menilai barisan pemainnya sebelum turun membuka aksi Kumpulan G menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, 5 September ini disusuli aksi bertemu UAE lima hari kemudian di Stadium Nasional Bukit Jalil.

STUART Ramalingam. FOTO Azhar Ramli
“Kita ada satu perlawanan agak menarik bersama dengan Jordan pada 30 Ogos yang akan bertempat di Bukit Jalil.

“Persediaan perlawanan dengan Jordan dari segi sekretariat kertas kerja sedang berlangsung tetapi persetujuan bersama dengan Jordan sudah disahkan,” katanya ketika ditemui pada aksi persahabatan skuad B-19 tahun negara menentang Terengganu FC II di Wisma FAM, di sini, semalam.

Malaysia yang menghuni tangga ke-159 dunia diundi dalam Kumpulan G bersama tiga pasukan ASEAN iaitu Thailand, Vietnam dan Indonesia serta UAE dari Asia Barat.

Jelas Stuart, harga tiket bagi aksi berkenaan akan dimaklumkan kemudian selepas perbincangan bersama pihak Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) selesai dalam masa terdekat ini.

“Perbincangan dengan pihak stadium dan FAM sedang berlangsung dan daripada sana kita akan buat pengumuman harga tiket,” katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Ogos 2019 @ 6:01 AM

Sabtu, 13 Julai 2019

MOKHTAR DAHARI LAGENDA BOLA SEPAK MALAYSIA

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB


Allahyarham Dato' Mohamad Mokhtar Dahari (13 November 1953 – 11 Julai 1991) AMN DSSA DIMP ialah pemain bola sepak persatuan kebangsaan Malaysia. Beliau merupakan salah seorang pemain terbaik di Asia pada dekad 1970-an dan terkenal sebagai pemain bola sepak terbaik di Malaysia pada masa itu, seorang legenda dalam arena bola sepak negara. Semasa tahun 1970-an, beliau mewakili Malaysia sekaligus menjadi pasukan terhandal dan menewaskan Korea Selatan dan Jepun.

Beliau diberikan jolokan Supermokh kerana kehebatannya di atas padang, kekuatan dan keupayaannya menjaringkan gol sepanjang kerjayanya. Antara detik indah Mokhtar ialah apabila beliau berjabat tangan dengan Diego Maradona sebelum perlawanan persahabatan antara Selangor FA dan Boca Juniors.[1]

Walaupun tidak diiktiraf di pentas antarabangsa, Mokhtar menjaringkan 175 gol untuk Selangor, 20 gol dan 13 kemunculan di Kwong Yik Bank. Kajian menunjukkan beliau mewakili negara sebanyak 167 kaps dan menjaringkan  125 gol sepanjang mewakili Malaysia dari tahun 1972-1985.Mokhtar meninggal dunia pada 11 Julai 1991 di Pusat Perubatan Universiti Malaya setelah sekian lama bertarung dengan penyakit saraf.[2]


[1] https://ms.wikipedia.org/wiki/Mokhtar_Dahari
[2] Ibid