Khamis, 18 Jun 2015

Nasib Dollah ditentukan
10 Julai

ABDUL HAFIZ AHMAD  |  19 Jun 2015 12:41 AM
Tengku Abdullah

PETALING JAYA - Nasib Dollah Salleh sama ada akan dikekalkan sebagai ketua jurulatih negara atau sebaliknya ekoran kekalahan teruk 6-0 kepada Palestin, bakal ditentukan Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada 10 Julai ini.
Sekalipun jurulatih itu telah ditetapkan Indeks Prestasi Utama (KPI) untuk layak ke Piala Asia 2019 yang perjalanannya masih terbuka, Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan jawatankuasa itu mempunyai budi bicara untuk membuat keputusan sebaliknya.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Amin berkata, setakat ini kedudukan Dollah bersama Harimau Malaya kekal tetapi sebarang rombakan atau tindakan susulan tertentu turut perlu bergantung kepada mesyuarat Exco dan dua lagi jawatankuasa yang turut akan membincangkan laporan jurulatih.
Hamidin turut membayangkan rombakan pemain adalah perlu dilaksanakan memandangkan kekalahan dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018-Piala Asia 2019 di Bukit Jalil, Selasa lalu menyerlahkan ada antara mereka yang tidak menunjukkan komitmen tahap tinggi.
“Setakat ini kedudukan Dollah kekal, kontraknya habis hujung tahun depan. KPI (sebagai ketua jurulatih negara) ialah layak ke Piala Asia 2019, tetapi Presiden dan Exco ada budi bicara untuk membuat keputusan sebaliknya, mengikut peraturan atau kontrak.
“(Semalam) saya adakan mesyuarat dengan Dollah dan staf kejurulatihannya, diikuti dua tiga lagi sesi lampas minda bersama. Dia diarahkan menyiapkan laporan dan bawa kepada Jawatankuasa Teknikal dan Pengurusan Pasukan Kebangsaan pada 6 dan 7 Julai ini sebelum dibincangkan Exco yang dipengerusikan Presiden pada 10 Julai,” katanya di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.
Hamidin, yang ditemui selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman dengan Liga Jepun dan Persatuan Bola Sepak Jepun, turut mengakui kekalahan besar dalam aksi Kumpulan A itu merupakan saat paling sukar dan tidak boleh diterimanya apatah lagi selaku pengurus pasukan negara.
“Apabila habis perlawanan malam itu, saya cakap dengan Dollah - semenjak kita main, kita banyak bolos dan dua kali kena 6-0 (termasuk dengan Oman dalam persahabatan). Cara bertahan kita memang teruk,” tegasnya, yang mendakwa pengurusan pasukan telah memberikan segala layanan terbaik kepada pemain dan pegawai sepanjang persiapan selama sebulan untuk menghadapi pertandingan itu.
Mengenai kenyataan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kelmarin supaya pasukan negara tidak lagi menggunakan khidmat pemain Johor Darul Ta’zim kerana sering dipersalahkan apabila kalah teruk, Hamidin berkata: “saya rasa itu pandangan peribadi beliau tetapi bukanlah jalan keluarnya.
“Kami akan terus memilih pemain yang terbaik dan berkeinginan bermain untuk negara. Kami juga sudah ada garis panduan (tentang hal ini) - mana-mana pemain yang dipanggil jurulatih (Malaysia) perlu hadir ke kem latihan pusat kecuali cedera,” katanya.
Namun beliau yakin berdasarkan sistem kelayakan AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia) bagi Piala Asia 2019 di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), peluang dan perjalanan anak-anak buah Dollah masih jauh lagi antaranya menerusi pencapaian tempat ketiga dan keempat setiap kumpulan selain play-off antara 12 pasukan terbawah untuk merebut baki lapan tempat.
Mengenai terdapatnya hasrat Tengku Abdullah sendiri untuk melepaskan jawatan Presiden FAM sekiranya skuad Dollah masih tidak melepasi KPI (layak Piala Asia 2019), kata Hamidin: “Itu hak individu, hak Presiden. Kalau hasratnya begitu, bererti sesuatu yang dipandangnya serius. Juga satu cabaran kepada pasukan untuk bangkit balik.”
Mesyuarat Exco FAM pada 10 Julai nanti juga dijangka membincangkan prestasi hambar skuad Bawah 23 dan Bawah 22 tahun negara bimbingan Datuk Ong Kim Swee dan Razip Ismail masing-masing dalam Sukan SEA Singapura yang baru tamat dan Kelayakan Asia Mac lalu.

- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/nasib-dollah-ditentukan-8232-10-julai-1.104485#sthash.f9NdSh4p.dpuf

Selasa, 16 Jun 2015

Palestin jauh lebih sukar

Harimau Malaya berdepan tugas getir malam ini
 FADHILUL IZMEL ISHAK  |  16 Jun 2015 1:03 AM
PEMAIN Harimau Malaya menjalani latihan akhir di Stadium Nasional,
 PEMAIN Harimau Malaya menjalani latihan akhir di Stadium Nasional,
PEMAIN Harimau Malaya menjalani latihan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam menjelang perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 menentang Palestin, malam ini.
KUALA LUMPUR - Dollah Salleh membayangkan kesukaran bakal menanti skuad bola sepak negara apabila berdepan Palestin dalam perlawanan kedua kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini kerana lawan mereka kali ini jauh lebih kuat berbanding Timor Leste, pasukan yang mengejutkan Malaysia 1-1 dalam aksi pertama, minggu lalu.

Menurut jurulatih Harimau Malaya itu, Palestin yang membariskan tujuh pemain naturalisasi hampir mengejutkan gergasi bola sepak Asia, Arab Saudi sebelum kalah tipis 2-3 dalam perlawanan pertama mereka, minggu lalu.

Malah, Malaysia juga bakal ber­aksi tanpa dua tonggak, Junior Eldstal dan Joseph Kalang Tie, yang masing-masing mengalami kece­deraan tendon serta buku lali.

“Apa yang saya tahu Palestin ada sekurang-kurangnya tujuh pemain naturalisasi, malah keputusan baru-baru ini (Palestin bertemu Saudi) menyaksikan Saudi terpaksa memerlukan jaringan pada saat akhir untuk menang, jadi itu jelas menunjukkan Palestin tidak boleh dipandang mudah.

“Saya harap apa yang berlaku dalam perlawanan tempoh hari (menentang Timor Leste) tidak berulang lagi (persembahan te­ruk).

“Saya juga berharap pemain dapat memberikan komitmen 100 peratus dan bagi yang terbaik,” katanya dalam sidang akhbar pra perlawanan, semalam.

Dalam perlawanan pertama Pa­lestin, mereka tewas 2-3 kepada Saudi selepas Mohammed Al Sahlawi berjaya menjaringkan gol kemenangan pada waktu kecederaan, sekali gus membolehkan pasukan itu menghuni tangga teratas Kumpulan A.

Sementara itu, kapten Harimau Malaya, Mohd. Safiq Rahim mahu melupakan aksi menentang Timor Leste, sebaliknya menggesa rakan sepasukan untuk kekal positif.

“Apa yang pasti perlawanan lalu sudah jadi sejarah dan kami perlu terus pandang ke hadapan.

“Kami perlu kekal positif dan saya yakin pasukan akan memberi impak serta mengikut perancangan jurulatih dengan baik,” katanya.

Sementara itu, penyerang se­nior, Mohd. Amri Yahyah berjanji akan berjuang habis-habisan untuk mendapatkan kemenangan di tempat sendiri.

“Kami memang kecewa dengan perlawanan menentang Timor Leste, jadi kami perlu bangkit esok jika mahu meraih tiga mata.

“Kita tidak mahu kesilapan yang sama berulang dan kami telah bersedia sepenuhnya,” katanya.

SUMBER-UTUSAN MALAYSIA ONLINE 16.6.2015

Jumaat, 12 Jun 2015

Dollah kecewa taktik gagal

lOleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI,
MUHAMMAD RIDUAN HANAFIAH
dan TENGKU ASYRAF TENGKU SALLEHUDDIN
 
DOLLAH menegaskan, sebahagian besar perancangannya gagal apabila para pemain tidak beraksi seperti diharapkan sehingga menyebabkan skuad kebangsaan sekadar seri 1-1 dengan Timor Leste malam kelmarin.

JURULATIH Harimau Malaya, Dollah Salleh tanpa berselindung mengakui kecewa apabila pasukan kendaliannya gagal meraih tiga mata ke atas Timor Leste pada aksi kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam kelmarin.

Pada aksi itu, Harimau Malaya sekadar menamatkan perlawanan dengan keputusan seri 1-1 apabila Ramon De Lima Saro meledak gol penyamaan ketika waktu kecederaan bagi mengikat jaringan Safee Sali yang menggegar gol skuad pelawat itu pada minit ke-33.

Bekas pengendali Pahang itu turut mengakui jentera serangan Harimau Malaya gagal memanfaatkan banyak peluang dan ia menjadi faktor utama skuad kebangsaan tidak berupaya meraih menewaskan Timor Leste.

"Keseluruhannya, saya kecewa terhadap (kualiti) persembahan kita yang tidak mengambil peluang ke atas pasukan yang tidak melakukan persediaan.

"Pada perlawanan kali ini, kita menguasai permainan tetapi tidak mencipta jaringan. Kita menyerang tetapi hilang (penguasaan) bola. Ada banyak peluang tetapi kita hanya mensia-siakan peluang itu.

"Kita buat kesilapan besar pada minit-minit terakhir. Saya lihat, pemain hanya mencapai 40 peratus daripada apa yang saya inginkan dan itulah yang membuatkan saya rasa kecewa," kata Dollah.

Dalam pada itu, jurulatih Timor Leste, Fabio Joaquim mengakui lega selepas pasukannya berjaya mengutip satu mata dalam aksi kelayakan tersebut.

Joaquim turut mengakui Timor Leste sepatutnya menjadi pemenang pada perlawanan itu, namun menyedari Harimau Malaya bukan sebuah pasukan yang mudah ditangani.

"Pemain kami keletihan kerana cuaca sangat panas dan tempoh latihan yang singkat turut menjadi punca keletihan. Tetapi, kami masih mempunyai peluang untuk menjaringkan gol.

"Kami hanya sempat berlatih dalam tempoh tiga hari. Selepas bertemu Mongolia baru-baru ini, para pemain sudah tahu cara untuk bermain sebagai sebuah pasukan.

"Saya berpuas hati dengan keputusan ini. Kami bermain dengan taktik yang lebih tersusun dan sama-sama mengukuhkan pertahanan," kata Joaquim semasa sidang akhbar selepas tamat perlawanan.

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0613&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_07.htm#ixzz3ctNocvq5 Hakcipta terpelihara

KAPS PEMAIN BOLASEPAK MALAYSIA SELEPASMENENTANG TIMOR LESTE 11.6.2015


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB


BIL
NAMA PEMAIN
U
NO
CAP
GOL
PASUKAN
1
SAFEE SALI
31
10
69
23
JOHOR DT
2
S KUNALAN
29
16
61
00
JOHOR DT
3
SAFIQ RAHIM
27
08
60
14
JOHOR DT
4
INDRAPUTRA MAHAYUDDIN
33
13
55
17
FELDA UNITED
5
MAHALI JASULI
26
04
42
02
JOHOR DT
6
FADHLI SHAS
24
03
42
00
JOHOR DT
7
AMRI YAHYAH
34
17
42
07
JOHOR DT
8
AZAMMUDDIN AKIL
30
14
33
04
PAHANG
9
KHAIRUL FAHMI CHE MAT
26
22
32
00
KELANTAN
10
FARIZAL MARLIAS
28
01
31
00
JOHOR DT
11
MUSLIM AHMAD
26
02
30
00
PDRM
12
ZUBIR AZMI
23
21
25
00
TERENGGANU
13
AFIF AMIRUDDIN
31
05
07
00
PDRM
14
NAZRIN NAWI
27
09
07
00
JOHOR DT
15
R GOPINATHAN
25
20
06
00
PAHANG
16
JOSEPH KALANG TIE
28
19
06
02
SARAWAK
17
YONG KUONG YONG
26
06
03
00
PULAU PINANG
18
KHAIRUL AZHAN KHALID
25
23
02
00
PAHANG
19
AHMAD HAZWAN BAKRI
23
18
03
03
SELANGOR
20
JUNIOR ELDSTAL
23
15
04
00
JOHOR DT
21
NASIR BASHARUDDIN
25
12
01
00
PERAK
22
AHMAD SYAMIM YAHYA
25
11
01
00
FELDA UNITED
23
AFIQ AZMI
26
07
02
00
SELANGOR



Isnin, 8 Jun 2015

Penyudah tumpul

Penyudah tumpul!Oleh Azlan Muhammad Zain
 azlanmz@hmetro.com.my
Shah Alam: Pengendali Harimau Malaya, Dollah Salleh akan memberikan penekanan untuk mempertajamkan sentuhan penyudah penyerangnya menjelang aksi penting kelayakan Piala Dunia 2018 bermula Khamis ini.

Barisan penyerang negara terutama Safee Sali, Afiq Azmi dan Amri Yahyah gagal memanfaatkan peluang yang diperoleh ketika terikat tanpa jaringan dalam aksi persahabatan menentang Hong Kong, malam kelmarin.

Walaupun beraksi dengan lebih baik pada separuh masa kedua, tiada sebarang jaringan mampu diterjemahkan anak buah Dollah.


“Kami masih kekurangan sentuhan jaringan. Selepas seminggu latihan, saya lebih memberikan tumpuan untuk pemilihan 23 pemain berbanding persediaan pasukan untuk menghadapi perlawanan ini. Saya fikir itu yang menjadi masalah,” kata Dollah.

“Kami perlu tingkatkan aspek hantaran bola selain sokongan barisan tengah ketika melakukan serangan.

“Penyerang juga perlu melakukan sesuatu yang lebih. Saya yakin dengan tempoh yang ada sebelum aksi kelayakan Piala Dunia, kami mampu mengatasi masalah ini,” ujarnya.

Ketiadaan kapten negara Safiq Rahim yang digantung satu perlawanan selain Norshahrul Idlan Talaha yang disisihkan kerana kecederaan turut diakui Dollah memberi impak kepada persembahan pasukan.

Skuad negara akan memulakan kempen kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Timor Leste Khamis ini, disusuli Palestin pada 16 Jun dengan kedua-dua aksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Jun 2015 @ 5:13 AM
 
MOHD Afiq (dua dari kiri) cuba melakukan jaringan ketika menentang Hong Kong, kelmarin.

- Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/56388#sthash.v6q1nc3m.dpuf