Jumaat, 25 Disember 2015

FAM perlu bijak buat keputusan



FAM perlu bijak buat keputusan
Oleh MUHAMMAD RIDUAN
MOHD. HANAFIAH
WAN JAMAK

PEMILIHAN calon jurulatih skuad kebangsaan terus menjadi perdebatan dalam kalangan peminat bola sepak negara apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menyenarai pendek tiga calon jurulatih iaitu Datuk Ong Kim Swee, bekas jurulatih Sarawak, Robert Alberts dan bekas jurulatih Johor Darul Takzim (Johor DT), Bojan Hodak.

Pengumuman tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada kalangan penyokong fanatik yang menyifatkan pemilihan jurulatih tersebut perlu dilakukan secara terperinci agar mutu bola sepak negara dapat dikembalikan dan berada pada landasan yang sebenar.

Perkara tersebut turut mendapat perhatian bekas pengendali pasukan bola sepak kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan yang menyifatkan tiga calon yang disenaraikan FAM tersebut mempunyai kelebihan serta kepakaran yang berlainan selain mempunyai tugas berat untuk mengembalikan maruah skuad Harimau Malaya.

“Memegang jawatan ketua jurulatih bukanlah tugas yang mudah kerana mereka membawa tanggungjawab yang besar. Mereka perlu memberi nafas baharu dalam pasukan negara dan ketika ini peranan jurulatih amat penting untuk membimbing mereka.

“Bagi saya setiap jurulatih yang terpilih ini mempunyai kepakaran dan keistimewaan tersendiri dalam mengendalikan pasukan. Seperti Kim Swee, dia sudah bawa pemain dari remaja lagi dan kelebihan terdapat pada sudut tersebut.

“Alberts juga merupakan jurulatih yang pengalaman kerana telah membawa pasukan negeri, sekali gus mengetahui kelemahan dan kelebihan yang ada pada pemain-pemain negara.

“Hodak pula pernah membimbing Johor DT dan Kelantan merupakan jurulatih yang berpengalaman di negara ini. Kesemua jurulatih ini adalah hebat dan ia adalah satu keputusan yang sukar buat FAM,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Tambahnya, FAM perlu membuat keputusan yang bijak untuk memilih calon lebih sesuai bagi mengisi kekosongan kerusi panas tersebut.

“Ketika ini pasukan negara dalam keadaan tenat dan memerlukan sesuatu pembaharuan dan saya harap dengan pemilihan jurulatih baharu ini FAM perlu sentiasa menyokong mereka agar peningkatan mutu permainan dapat dilakukan dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Selain tiga jurulatih berkenaan, calon-calon lain yang turut mengemukakan permohonan termasuk pemain Bayern Munich dan AC Milan, Jean-Pierre Papin; Alex Miller (bekas jurulatih Liverpool); legenda Jerman, Rudi Voller; bekas pemain Liverpool, John Barnes; bekas jurulatih Chelsea, Ray Wilkins dan legenda Chelsea, Marcel Desailly serta George Boateng.

Apa pun, individu yang bakal diberi kepercayaan hanya akan terjawab pada Januari tahun depan.




Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1225&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz3v49zwwbI Hakcipta terpelihara

Isnin, 23 November 2015

SENARAI PEMAIN MALAYSIA MENENTANG UAE 2015

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
BIL
NAMA PEMAIN
3.9
2015
17.11
2015
KAP
GOL
22
Khairul Fahmi Che Mat
/
-
1

02
Afif Amiruddin
/
-
1

06
Amiridzwan Taj Tajuddin
/
-
1

15
Junior Eldstal
/
-
1

16
S. Kunanlan
/
-
1

21
Zubir Azmi
/
-
1

08
Safiq Rahim (K)
/
/
2

09
Nasir Basharudin
/
-
1

12
Ahmad Hazwan Bakri
/
-
1

17
Amri Yahyah
/
-
1

19
Wan Zack Haikal Wan Nor
/
/
2

01
Zamir Selamat
G
-
1

13
Razman Roslan
G
-
1

23
Khairul Azhan Khalid
G
S
1

23
Mohamad Izham Tarmizi bin Rosl

/
1

02
Matthew Davies
S
/


23
Baddrol Bakhtiar
S
/

1
14
Azamuddin Akil
S
/


04
Muhammad Fazly bin Mazlan
-
/


05
Ronny bin Harun
-
/


07
Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak
-
/


09
Ahmad Fakri bin Saarani
-
/


10
Mohd Safee bin Mohd Sali
-
/









     Berdasarkan statistik cuma Safiq Rahim, Wan Zack Haikal sahaja yang kekal dari pasukan kendalian Dollah Salleh yang kalah ditangan UAE 10-0 pada 3 September 2015. Kekuatan barisan pemain Malaysia bimbingan Datok Ong Kim Swee sehingga menyekat kekalahan besar buat kali kedua ialah kerjasama berpasukan semasa bertahan. Selain dari itu Safiq Rahim bermain dengan baik dan dapat menghantar bola melalui sepakan percuma untuk ditanduk masukoleh Badrol Bakhtiar pada minit ke-59. Tahniah Malaysia.