Khamis, 24 Oktober 2019

Razman Roslan kapten Pilihan Malaysia


MyMetroNode
 
Oleh Ferzalfie Fauzi & Mohd Firdaus Hashim
sukan@hmetro.com.my

Subang: Ketua pasukan Pahang Razman Roslan dilantik selaku kapten skuad Pilihan Malaysia apabila bertemu kelab gergasi Inggeris Liverpool di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat ini.

Pengumuman itu dibuat sendiri oleh ketua jurulatih negara Dollah Salleh pada sidang media yang berlangsung di Hotel Saujana, di sini, sebentar tadi.

Razman yang sebelum ini enggan melaporkan diri bersama skuad Dollah membuat pusingan 'U' dengan mengubah keputusan awalnya itu selepas dipujuk jurulatih Pahang Zainal Abidin Hassan.

Katanya, dia amat terkejut dengan pengumuman itu dan berjanji akan melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan baik biarpun menyedari bukan mudah untuk menundukkan Liverpool.

"Saya terima dengan hati terbuka dan akan cuba lakukan yang terbaik bersama pasukan pasukan.

"Tidak ada sebarang tekanan di atas lantikan itu cuma ada rasa tanggungjawab yang lebih kepada pasukan," katanya

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Julai 2015 @ 6:24 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan