Selasa, 29 Oktober 2019

Piala Negara-Negara milik Thailand


MyMetroNode
 
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
Melaka: Hasrat skuad Projek Sukan SEA 2017 untuk muncul juara sulung Kejohanan Piala Negara-Negara terkubur apabila tewas tipis 1-2 kepada pasukan Bawah 21 (B-21) Thailand dalam aksi final di Stadium Hang Jebat, malam tadi.

Skuad kendalian Frank Bernhardt yang dibarisi pemain B-21 gagal menyekat permainan pantas Thailand apabila mereka mengejutkan kem negara seawal minit kedua menerusi Worawut Namvech.

Bagaimanapun, pemain sayap negara Syamie Iszuan Amin kembali menyamakan kedudukan selepas dia bijak menyambut hantaran jauh Safawi Rasid pada minit ke-35.

Ketua pasukan Thailand, Chenrop Samphaodi muncul wira apabila dia menjaringkan gol kedua pada minit ke-79 untuk mereka menjuarai edisi ini.

Sementara itu, pada aksi terdahulu pasukan B-21 Vietnam meraih tempat ketiga apabila menumbangkan B-21 Singapura menerusi penentuan sepakan penalti 5-4 selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam masa sebenar.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Jun 2016 @ 12:20 AM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan