Isnin, 28 Oktober 2019

Arif penyelamat


MyMetroNode
 
Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my
Seremban: Skuad Projek Sukan SEA 2017 kendalian jurulatih Frank Bernhardt dipaksa berhempas pulas sebelum mencatat keputusan seri 1-1 menentang skuad kebangsaan Nepal dalam aksi persahabatan, malam tadi.

Keputusan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, itu menyaksikan skuad muda negara gagal meneruskan rentak kemenangan selepas mengalahkan skuad bawah 22 tahun Filipina (B-22) 4-1 Rabu lalu.

Sedikit rombakan dilakukan Bernhardt bagi aksi kedua ini dengan empat pemain baru diberikan peluang beraksi dalam kesebelasan utama.

Ternyata pertemuan dengan skuad senior Nepal ini lebih sukar apabila skuad muda negara gagal mendominasi permainan serta sukar melakukan percubaan tepat ke arah pintu gol pasukan pelawat.

Nepal yang dibimbing jurulatih dari Jepun, Koji Gyotoku membuka tirai jaringan di minit ke-37 selepas Bharat Kawas melepasi kawalan kapten Mohamad Faris Shah Rosli sebelum tenang melepaskan rembatan ke gawang.

Skuad negara cuba bangkit pada babak kedua namun terpaksa menunggu sehingga minit ke-87 apabila pemain gantian Muhammad Arif Mohamad Anwar muncul penyelamat dengan menjaringkan gol penyamaan 1-1.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Mac 2016 @ 11:15 PM-SUMBER


Tiada ulasan:

Catat Ulasan