Rabu, 7 September 2016

Garuda aibkan Harimau Malaysia di Solo

RABU, 7 SEPTEMBER 2016 @ 12:04 AM
Garuda aibkan Harimau Malaysia di Solo
KUALA LUMPUR: Harimau Malaysia dimalukan pasukan jiran, Indonesia selepas tewas 0-3 pada aksi persahabatan Kelas A di Stadium Manahan, Solo sebentar tadi. Lebih perit untuk diterima, ia adalah perlawanan antarabangsa pertama skuad Garuda selepas lebih setahun berdepan penggantungan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Ia sama sekali berbeza dengan skuad Harimau Malaysia yang mendapat banyak pendedahan di peringkat antarabangsa terutama pada aksi kelayakan Dunia 2018/Piala Asia 2019 dan siri jelajah di Oceania pada Jun lalu.
 
KAPTEN Indonesia, Boaz Solossa. -Sumber tribunnews.com Indonesia hanya memerlukan tujuh minit untuk berada di depan menerusi jaringan kapten Boaz Solossa selepas kesilapan Fadhli Mohd Shas yang gagal mengeluarkan bola di kawasan bahaya.

Empat minit kemudian, gawang Harimau Malaysia bocor lagi apabila Irfan Bachdim tenang menyempurnakan hantaran Solossa. Tidak cukup dengan itu, Solossa sekali lagi menghukum kealpaan benteng skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee untuk meledak gol ketiga pada minit ke-21.

Harimau Malaysia cuba bangkit mencari gol pertama di babak kedua namun berjaya dipatahkan pertahanan Indonesia. Kedudukan 3-0 memihak Indonesia kekal hingga ke wisel penamat dan bagi Kim Swee, dia sudah pasti perlu melakukan kerja keras menjelang saingan Piala AFF Suzuki yang akan bermula 19 November ini.


SUMBER-Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/190400

Tiada ulasan:

Catat Ulasan