Selasa, 16 Disember 2014

Julang kejuaraan selesai masalah!

Hanya Piala AFF mampu diamkan pengkritik

16 Disember 2014 1:43 AM
 Safee
Safee
BANGKOK - Minda penyerang prolifik Harimau Malaya, Safee Sali langsung tidak terganggu biarpun kerap menjadi mangsa kritikan dan cemuhan segelintir penyokong Harimau Malaya di laman sosial.
Memahami situasi itu timbul ekoran keinginan peminat mahu melihat Malaysia menjuarai Piala AFF, Safee percaya, hanya kemenangan ke atas Thailand dalam perlawanan akhir sahaja mampu menyelesaikan semua masalah.
“Saya tidak mahu memikirkan lagi apa yang berlaku dalam laman sosial sebelum ini, termasuk di Instagram saya.
“Saya anggap ia asam garam dalam bola sepak kerana harapan tinggi disandarkan peminat yang mahu melihat kami memang.
“Bagi bola sepak moden, saya lihat ini sebagai satu cabaran baharu yang perlu ditempuh pemain kerana peminat bebas mengatakan apa sahaja dan ia ditujukan terus kepada kami.
“Namun saya tidak mahu fikir lagi kerana bagi saya percaya kejayaan menjuarai Piala AFF adalah jawapan terbaik atas semua kritikan,” katanya.
Jelas Safee, tiada apa yang diharapkan daripada penyokong, me­lainkan mahu mereka bersatu menjelang final Piala AFF.
“Kami menuntut sokongan padu peminat supaya mampu memberi aksi terbaik. Kami hanya mahukan sokongan positif agar dapat meningkatkan prestasi,” katanya.
Safee sebelum ini mencetus kontroversi apabila menyindir penyokong yang sering mencemuh skuad kebangsaan sejurus berjaya menewaskan Vietnam 4-2 dalam separuh akhir kedua di Hanoi, minggu lalu.
Menjelang pertemuan dengan Thailand esok, dia sudah 90 peratus bersedia untuk diturunkan.
“Selepas menjalani latihan hari ini (semalam), kesakitan semakin tidak dirasai dan saya boleh bermain bila-bila masa saja jika diarahkan oleh jurulatih,” katanya.
- Sumber: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/julang-kejuaraan-selesai-masalah-1.37038#sthash.91bivP8u.dpuf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan