Isnin, 19 November 2018

Aidil sukar terima kekalahan


 AIDIL ZAFUAN ABDUL RADZAK (kiri) cuba merebut bola daripada pemain
AIDIL ZAFUAN ABDUL RADZAK (kiri) cuba merebut bola daripada pemain tengah Vietnam, Pham Duc Huy dalam aksi Piala AFF di Stadium Nasional My Dinh di Hanoi, kelmarin. AFP
Rozaidi Zulkifli
sukan.utusan@gmail.com
18 November 2018 3:00 AM

KUALA LUMPUR 17 Nov. - Tonggak pertahan negara, Aidil Zafuan Abdul Radzak mengakui sukar untuk dirinya menerima kekalahan pasukan Harimau Malaya di tangan Vietnam dalam aksi Piala AFF 2018, semalam.

Jelasnya, kemenangan sepatutnya memihak kepada pasukan negara yang jelas mendominasi permainan walaupun bermain di hadapan 40,000 penyokong tuan rumah yang memenuhi setiap sudut Stadium Nasional My Dinh, Hanoi.


Pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu turut berharap dapat bertemu semula dengan pasukan Naga Emas tersebut, mungkin di pentas final.

“Dari segi positif dalam perlawanan itu kita berjaya menguasai bola, namun negatifnya kita gagal menjaringkan gol.

“Saya tidak salahkan sesiapa, jika kalah bermakna semua pemain gagal bermain dengan baik,”

“Tentunya, kita akan memperbaiki corak permainan untuk memastikan kemaraan pasukan negara dalam perlawanan sete­rusnya,” katanya.

Dalam aksi Kumpulan A kempen Piala AFF, skuad kendalian Tan Cheng Hoe yang mendominasi permainan dikecewakan dengan serangan balas pantas pasukan tuan rumah apabila tewas 0-2, sekali gus menghuni kedudukan ketiga kumpulan tersebut.

Pertemuan terakhir dengan Myanmar pada 24 November ini menjadi misi wajib menang buat Harimau Malaya.

Selain itu, Harimau Malaya perlu menang dengan jumlah jaringan yang besar untuk berada dalam kedudukan lebih selesa.

“Kami akan kembali menjalani latihan Isnin ini, dan segala kelemahan pada perlawanan dengan Vietnam harus diperbaiki segera dan saya menjangkakan Myanmar akan bermain corak permainan yang sama.

“Apa sekali pun, kita perlu menang dan untuk lebih selesa kita perlu menang dengan jumlah jaringan besar iaitu 3 atau 4 gol, jika mahu layak ke peringkat separuh akhir,” jelasnya.

Kekalahan semalam, me­nyaksikan Malaysia menghuni tangga ketiga Kumpulan A berkongsi enam mata dengan pendahulu, Myanmar dan Viet­nam di kedudukan kedua, namun mereka kekurangan satu perlawanan berbanding pasukan negara
SUMBER-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/aidil-sukar-terima-kekalahan-1.789340#ixzz5XI1RVcgc
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan